Selasa, 31 Januari 2012

FEBUARI YANG MEMBINGUNGKAN

Assalamualaikum...

Korang...aku demam...demam yang boleh dikatakan terok gak. Badan menggigil, sakit pinggang, tekak sakit...serius, aku tak pernah demam sampai macam ni. Apelah nasib badan. Hari ni dah masuk hari kedua aku terpaksa mencutikan diri aku. Bukan aku sengaja untuk tak kerja, tapi aku mang betul-betul tak larat. Ni pun disebabkan aku bosan yang amat, so aku gagahkan diri menaip...

1st day aku demam (semalam), aku kuatkan semangat dan cube kuatkan diri aku hantar Aiman pegi klinik. Semalam Aiman ada temujanji untuk di inject. Aku pun dah tak ingat dos yg keberapa...perghhh... dahlah panas terik. Nasib baik mak datang teman, kalau tak memang aku pengsan. Sampai kat klinik mula-mula Aiman stedy je... tp lama-lama mengaruk sakan! nurse tu pun satu, pada hal time aku dtg tak de orang pun, dia boleh lambat-lambat... 1 klinik mang dengar suara Aiman nanges. Ya Allah, dugaan dugaan...

Petang, my suami balik keja, dia antar pi klinik. Balik dari klinik, hujan pulak.. Kereta parking agak jauh. Dah kena hujan pulak.... bila time malam amik kaw, mengigil terok... "abang, ummi sakit''.... nasib baik my suami sangat-sangat prihatin... Thank my lovely hubby... ummi sayang abang. Time tengah malam, Aiman boleh tiba-tiba nanges sekuat-kuatnya. Aku yang masih lembik n lemah terkejut! kenapa sayang ummi ni... kenapa ni nak... Aiman sakit ke kena inject td? air mata aku memang tak boleh di tahan-tahan... Ya Allah kenapa dengan anak aku ni.... My suami terus dukung Aiman, picit-picit kaki, urut sikit-sikit perutnye..takot kembung.... Aku??? hanya mampu memandang... Aiman, ummi tak larat nak dukung Aiman, ummi tak larat nak pujuk Aiman..ummi sayang Aiman.... Alhamdulillah, tak lama dia dah ok.. Thanks Ya Allah!



Hari ni, aku masih tak ley nak kerja... Aiman pun mak yang jaga. Mak suruh aku rehat puas-puas. Lagipun takut berjangkit pulak sakit aku ni kat dia. Mak, sayang sangat kat mak.... Tapi kan korang, sedih tau tak hati aku ni bila time dah nak di hantar, Aiman tengok aje muka umminye ni... agaknya dia faham umminye tak sihat. Air mata aku kuar lagi...mang asyik nak nanges je...

Korang..doakanlah aku cepat baik......

Ahad, 29 Januari 2012

TEKA TEKI TEKU

Assalamualaikum....



TENGOK BETUL-BETUL.....

















ADAKAH MUHAMMAD AIMAN DARWISY IKUT MUKA INI














ATAU








INI??????

























SILALAH MENEKA YE.....









bui bui bui...................<@

Jumaat, 27 Januari 2012

A.I.M.A.N & H.U.S.N.A

Assalamualaikum wahai kawan-kawanku....


Tak payah aku terangkan kat sini pon korang mesti boleh baca betapa lovingnye dua orang kanak-kanak ribena ni kan kan kan!


Tak perlu kata apa-apa~~~




~~~hihihi...macam lucu pulak aku tengok budak-budak ni~~~


Sila telengkan kepala anda...*-*


Entry kali nih tak yahlah aku taip panjang-panjang. Bukan malas ye, tapi aku nak korang tengok pic-pic kat atas tu senyum-senyum kambing kejap..eh, salahlah..kambing pulak.....senyum-senyum comellah..huhuuu



Okeh kamu-kamu semua...


bui bui bui...




Jumaat, 20 Januari 2012

Kesayangan Kami~~~

Assalamualaikum....


Lagi berapa jam kita akan menuju 21hb Januari 2012...


Lagi 2 hari Aiman akan masuk 5 bulan.....


Betapa cepatnya masa berlalu...


pejam


celik



pejam




celik



Aiman....anak ummi dan daddy dah mula bijak

anak ummi dan daddy makin pandai...

anak ummi dan daddy makin cerdik......









Korang nak tau tak, dari hari ke hari macam-macam yang Aiman boleh buat. Sekarang dia tengah kemaruk nak meniarap. Kadang-kadang nak tido, kat dalam kereta pun nak tiarap. Ada aje yang nak dibuatnya, tapi paling haru bila time kami berdua makan and dia nampak. Mulut dia asyik nak mengunyah...Adek belum boleh makan apa yang ummi dan daddy makan. Takkan ummi n daddy makan sambal belacan, adek pun nak ugek??? huhuuuuu


Comelnye dia.... Ummi nak cium Aiman banyak-banyak..tak kira tak kira..hihi=p











Nilah dia kepakaran terbaru si comel Aiman. Sekarang dah tak boleh lalai and Aiman tak boleh ditinggalkan sorang-sorang. Bahaya tau. Yelah, mana tau time dia nak tiarap kepala terkena lantai ke, tangan tersepit ke...


Ermmm....Aiman, ummi, daddy and semua orang tak sabar nak tengok Aiman membesar. Nak tengok Aiman pandai merangkak, jalan, cakap...Ya Allah, sungguh bermakna anugerah yang ciptakan dan kau berikan ini..... Alhamdulilah.....


p/s : Semakin Hari Semakin Sayang.....


Sabtu, 14 Januari 2012

KHAS UNTUK KAMU KAUM-KAUM WANITA!!

Assalamualaikum....

Lama dah aku tak menaip-naip blog ni. Biasalah, sibuk dengan macam-macam...kadang-kadang cuma tengok FB pastu offline. Harini aku rasa lapang sikit, so bolehlah aku keluarkan story yang aku peruk dalam otak ni since 2-3 hari yg lepas..Arghhhh!!!..sesungguhnya penantian itu sangat menyeksakan..huhuhuuuu



Tapi kan kowang, suka sangat tau sebab jumlah follower blog ni dah bertambah menjadi 11 orang...KAMU ADALAH ORANG-ORANG COMEL DAN BAIK HATI..~~~~wink**wink***
Memanglah, jumlah follower blog ni takdelah macam blog-blog orang lain yang mencapai target sampai beribu-ribu..tapi tak kisahlah sikit ke banyak, yang penting Aiman tak kesah..huhuuuu



Ok-ok..stop melalut wahai ummi Aiman, today aku nak share something yang terrrsangat bagus dan best expecially untuk kaum-kaum wanita, anak-anak dara, mak cik-makcik dan nenek-nenek, hehehe.. Ape tu yang spesel sangat tu cik kak???





Kejap, tarik nafas...






Suspen kejap ye....








jejejang jejejang......








taraaaaa!!!!!






inilah dia...
Kalau tengok kat kotak merah tu namanya puannnjang sangat. But, herba ni more famoust dengan nama HERBA MAHARANI. Mesti ada sesetengah korang yang pernah dengar nama herba ni kan kan kan????



Cantik sangat kotak dan Bekas tempat letak jamu dia ni.. Jarang tau nak tengok jamu yang bagus dalam bekas yang spesel cantek ni, siap berkait-kait...Nak buang pun sayang..huhu




ni sebelum di pecahkan bola putihnya tu





ni bentuknya..bulat-bulat

Ok..enough lah tu ek gambarnye...Now, aku akan explain kelebihan dan kebaikan yang ada kat dalam Herba Maharani ni...(aku copy and paste je tau)

(1) Kebaikan Herba Maharani :


(a) Melegakan masalah wanita & gadis remaja (senggugut, keputihan, peredaran haid, usaha mengelakkan kemandulan)

(b) Amalan yang baik kepada wanita selepas bersalin (menguat & mengecutkan otot rahim, saluran peranakan)

(c) Melegakan sakit pinggang & belakang, sakit sendi & lutut, angin dalam badan dan sebagainya

(d) Mengaktifkan hormon estrogen, progestron & androgen wanita

(e) Awet muda, menegang & memberi keanjalan kulit

(f) Menghilangkan keletihan, meningkatkan kadar metabolisme

Kebaikan-kebaikan yang dinyatakan di atas adalah kerana Herba Maharani terdiri daripada bahan-bahan bernilai seperti :


(a) Gallus Gallus Domesticus (ayam hitam) yang membantu menguatkan badan dan baik untuk mereka dengan badan yang lemah, mudah rasa letih dan menghadapi masalah wanita seperti kesakitan haid


(b) Ginseng, Concha Ostrea Gigas, Radix Angelica Sinensis dan herba-herba tradisional Cina lain yang menambahkan tenaga & darah, melegakan kesakitan haid, menghilangkan keletihan dan sebagainya

(2) Herba Maharani membantu anda mengawalatur peredaran haid supaya menjadi tetap & menguatkan badan. Jadi, ia menambahkan peluang untuk mengandung.

So, bagi sesiapa yang inginkan baby, trylah produk ni..Aku memang berani jamin bout keberkesananya bcoz jamu nilah yang aku amalkan. Dulu masa belum kahwin memang aku amalkan jamu ni, pastu stop... Lepas kahwin, aku lambat nak mengandung, so aku makan balik jamu ni..alhamdulillah, sekarang aku dah dapat seorang anak bujang yang terrrraaamat comel. Time pantang pun, kenalah amalkan. Bagus banget deh..!
sambung lagi....

Cara pengambilan : anda dinasihatkan untuk mengambil Herba Maharani pada hari ke-6 period, 1/2 biji bola kuning sehari & berterusan sehingga period yang seterusnya pada bulan depan. Kesan produk boleh dirasai selepas 2/3 bulan.

Nota :
Jika rasa badan ‘panas’ selepas makan, anda boleh menggunakan satu daripada cara yang berikut :
(a) minum air garam
(b) makan separuh biji (25 biji kecil) setiap kali

2. Untuk masalah gatal-gatal pada kulit, biji-biji kulit dan berair.
Produk Hai-O Bamboo Salt sesuai untuk menyelesaikan masalah ini kerana sifat menyahtoksin yang baik.

Cara pengambilan : ambil sebungkus Hai-O Bamboo Salt Premier Drink, dicampur dengan air suam (~200 ml) dan minum sekali pada waktu pagi (sebelum sarapan) dan malam (sebelum tidur) = 2 kali sehari.


Ha...mesti korang tertarik dengan produk ni kan?? aku tau dah...tapi mesti korang terkerut-kerut dahi katne nak carik produk ni? Ok, jangan risau...aku akan share kan link-link agen Hai-o yang diiktiraf and korang contactlah mereka-mereka itu..So, rajin-rajinlah meninjau laman kat tepi tu ye...hehe

ok, korang semua..stoplah dulu..see u at next entry ok!

bui bui bui


p/s : struggling nak collect duit..berazam nak beli set Premium Beautiful! Sponsor plizzzz!!!

Sesungguhnya gambar-gambar tu memang asli dari umah dan tangan yang comel itu adalah tangan saye! hihi..


Ahad, 8 Januari 2012

Love so much....

Assalamualaikum...

Hello...hai...oit oit oit...hehehehe, ntah kenapa dengan aku nih? Biasalah, hujung-hujung minggu ni memang hari yang aku tunggu-tunggu. Time nilah aku dapat peluk cium anak bujang comel aku tu... 1 hari guling-guling dengan dia. Argh....bila petang je aku mesti ngeluh dengan my suami tercayang ''cepatnya dah petang....esok dah keja, kena tunggu malam baru boleh pelok cium adek puas-puas"...ingat time baru-baru nak masuk kerja time abes pantang, aku boleh touching tak tentu pasal sebab aku tak dapat tengok dia 24 hour..Serius tau, time tu, aku tak boleh kawal mata aku dari kuarkan air...My lovely suami pun pujuk-pujuk.. Sesungguhnya, Allah je yang tau ape yang aku rasa..



Hari pertama hantar kat umah mak, Ya Allah...time on the way, aku nanges lagi...
Aiman, ummi berat hati nak tinggal Aiman...Ummi nak pelok Aiman lagi...Ummi nak cium Aiman lagi... (tetiba air mata aku keluar time nih! arghh...)
Padahal kan, tengah hari aku balik rehat, petang aku ambik tapi dont know tiap kali pagi aku rasa macam berat hati nak tinggalkan Aiman... Kenapa ni?????





....................................................................=(




Betullah kata orang, emas, duit, harta takkan dapat dibandingkan dengan nilai seorang anak. Betapa indahnya dunia bila setiap kali dapat tengok dia ketawa, senyum and menangis... So, PERHATIAN kepada orang-orang yang buang anak dengan sesuka hati, please lah...tolonglah jangan buat anak korang macam tu..cukup-cukuplah dosa yang korang buat, janganlah campak anak tu kat mana-mana...tau tak korang macamana sebak hati kitorang setiap kali baca kat paper pasal bayi-bayi yang korang buang tu tersangkut kat tiang, mati lemas kat sungai, mati kena gigit dengan semut,lipan....mati sebab kena makan dengan binatang... (Ya Allah, ampunkan dosa mereka semua)



Untuk insan yang bergelar Ummi, Ibu, Mama, Emak....ini semua untuk kamu semua...



*PAHALA WANITA MENGANDUNG

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan.



* PAHALA WANITA BERSALIN

Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.



* KELEBIHAN MELAHIRKAN ANAK

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.



* KELEBIHAN MEYUSUKAN ANAK

Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.



* PAHALA MEMELIHARA ANAK

Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.



Masyaallah....betapa hari-hari kita di tawarkan oleh Allah ganjaran pahala yang TERAMAT BESAR... betapa kita kena sentiasa bersyukur kerana kita adalah seorang WANITA...



Oklah korang, kita jumpa lagi kat next entry ye, hope korang dapat sikit manfaat dan ilmu bila baca entry kali ni.

p/s : Bila hati terasa gundah, tengok gambar anak and suami. Insyaallah, hati riang semula=)

Rabu, 4 Januari 2012

BUAT HATI MAKIN TENANG....

Assalamualaikum...

Korang semua macamana harini?? alhamdulillah today aku dapat meyempurnakan kerja-kerja dengan sebaik mungkin. Penat? yup, aku memang penat yang teramat. Tapi bila aku tengok muka my encik Hubby dan my comel Aiman, penat tu macam kat awang-awangan. Tulah nikmatnya bila dah berumah tangga ni kan?



Sejak dua menjak ni aku rajin sangat godek-godek artikel-artikel yang ada kat internet ni. Rasa banyak sangat pengetahuan yang boleh aku dapat. Bila dah ada line internet ni, janganlah asyik nak bukak FB je kan. Kenalah rajin-rajin survey bcoz rugi tau lau korang tak rajin godek-godek mcm aku ni..hehe...



Ok-ok, harini aku nak tunjukkan korang 1 entry yang aku rasa boleh buat korang insaf dan bertafakur sekejap. Terutama yang dah ada baby macam aku ni...
Ok...bacalah and hayati ye...

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

  • Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

  • Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

  • Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

  • Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

  • Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

  • Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

  • Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu semua hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.

Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

  1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
  2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
  3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
  4. Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Masyaallah...betapa besarnya nilainya kasih sayang seorang ibu... Hopefully, korang semua tak kira yang dah kawen ke yang belum..lelaki or pompuan mendapat manfaat dari apa yang aku tulis ni...

Love, Love and Love...

Isnin, 2 Januari 2012

2011..bye bye bye~~~~

Assalamualaikum...
Harini ni dah hari kedua untuk new year..baper jam lg masuk hari yang ketiga. Masyaallah, cepatnya masa berjalan. Sekejap je,tup tup dah 3 hari dah... Sebut tahun baru je mesti kita teringin nak countdown sama-sama kan??? yup, dulu aku memang teringin sangat nak join ramai-ramai orang kat dataran lepas tu kira sama-sama time jam nak masuk pukul 12.00 tengah malam. Hihihiii, seronoknyalah...
Untuk tahun ni, buat kali pertama lepas aku kawen aku dapat merasa countdown sama-sama dengan Encik Hubby and my comel son. Kitorang celebrate kat tempat yang spesel tau...bukan calang-calang tempat..hehehe.. Kitorang celebrate dekat office..Disebabkan aku n my Encik Hubby satu tempat keja, so senanglah.... Happening sangat tau..tapi sowilah, aku tak snap even 1 pic pun time tu..huhuuuu=(

Takpe takpe, jangan sedey ok. Tahun baru kita kenalah hepi-hepi, buang semua benda buruk yang kita dapat time 2011. Orang kata tutup buku lama beli buku baru. So, untuk tahun 2012 apa azam korang?? Azam aku?? cuba korang baca entry before nih, aku ada list kan azam-azam TERBAEK aku..yuhuuu...bestnya kan kalau semua tu dapat aku capai dalam sekelip mata...wink wink******

Alhamdulillah, azam 2011 aku dapat capai dengan rasa syukur. Penantian aku selama 3 tahun akhirnya tercapai. Akhirnya 23hb Ogos, di bulan mulia Ramadhan aku selamat melahirkan seorang makhluk ciptaan Allah yang menghuni selama 38 minggu dalam perutku..ya Allah, syukur yang tak terhingga. Emas,duit berjuta-juta pun takkan dapat tunjukkan betapa berharganya anak ni...
Tiba-tiba aku feeling-feeling sebak...Arghhh..takmo takmo!!!

Ok, stop bout new year entry... Aku nak cerciter ni..exceli aku baru kua ngan my Encik Hubby and my comel Aiman. Saje jer nak jalan-jalan, disamping itu menyempat aku hasut my hubby singgah kedai baju. Nak carik belt lah...belt yang sedia ada sudah mau rosak. So, bila dah singgah ke tempat macam tu, aku pun mulalah tergoda dengan hasutan-hasutan baju-baju and seluar..(ceh, macam boleh berkata-kata bendatu semua..hihiii) Time aku tengah belek satu seluar jeans ni, my Encik Hubby bagitau.."yang, adik iyak" ALAMAK!!!! pampers tak bawak nih..so terpaksalah aku extend beli seluar jeans tu..huhuuuu..
Oh Aiman.......

tengoklah, menyempat aje nak snap pic kan kan kan!!!!

tak kesahlah Aiman bucuk..Ummi nak kiss Aiman banyak-banyak..

Bucuk-bucuk pun sempat jugak nak xpose ye..hihi...

Sepanjang kat jalan tu, memang tak pasang air cond..Lucu tau...My Encik Hubby sempat cakap ape tau..nasib bek adek iyak, kalau tak ada yang dah tido dengan seluar jeans baru..uhuk!! tersedak sekejap..tapi sempat aku hadiahkan satu cubitan kat pipi my hubby..ooooo...taktik kotor ni..hehehehe..
Tak apa, esok masih ada...aku pun sempat pesan kat untie yang jual simpankan seluar tu untuk aku..hehehe. Terbayang-bayang aku dibuatnya.. Kiranya tu dah termasuk azam baru aku tu untuk dapatkan seluar tu..kih kih kih...... bijak bebenorrr!!!!
Oklah, nak tito... Esok akan bermula satu kehidupan yang baru..cewah! Mudah-mudahan esok lebih baik dari hari ni..amiiiin ya robbal alamin... bui bui bui korang...nite
p/s : pic agak tak cun coz snap kat dalam gelap...