Sabtu, 28 April 2012

PART 1

Assalamualaikum...

Terima kaseh kerana setia menanti aku untuk update entry nih. Tq to my all silent reader. Tq so much kerana sudi menyinggah ke teratak kecik aku nih (aicehh!)

Alhamdulillah.. untuk entry yg lepas feedbacknya sgt best. Yg msg kat private inbox dekat FB ramai jugak. Wah, korang semua nak tau ye?

Ok, macam ni sebenarnya kisah Ila dan Along bermula................<@


Awal perkenalan kitorang sebenarnya bukanlah macam dekat novel tu. Kitorang takdelah baru berjumpa terus falling in luv. Sebelum Along pindah 1 sekolah dengan aku, kitorang memang dah banyak kali terserempak kat mana-mana. Cuma masa tu aku memang nyampah tengok dia sebab dia pernah ejek aku. Time tu aku kena denda sebab datang lambat.. Ingat lagi ape yang dia ejek time tu "eee..pengawas ape datang lambat" argghhh...nyampah nyampah!!!




Bila aku naik ting. 3, Along pindah ke sekolah aku. Masa tu, dia lebih rapat dengan my sepupu, kak Zana. Aku pun malas nak layan sangat sebab mesti dia lagi suka dengan my cousin tu. Entah macamana Kak Zana boleh couple dengan sepupu dia.... 
Satu masa, time tu periksa darjah Khas (kalau kat Johor periksa KHAS untuk agama) tempat duduk aku dekat dengan tempat duduk dia. Depan aku Aina (now my adek ipar) dan belakang aku Aqib. Kitorang ni memang jadik geng meniru taw! hehehe.. dari situlah kitorang boleh baik-baik. 
Lepas habis periksa Khas, aku teman my sepupu ke pasar. Sebenarnya dia nak jumpa pakwe dia tu... Entah macamana, Along pun ikut cousin dia. So, cousin aku jalan dgn cousin dia and aku TERPAKSA jalan dengan dia.



Sampai satu part, lalu dekat tempat orang jual buah. Alamak, entah macamana aku boleh tarik tangan dia. Kitorang boleh terkedu, tergamam!

Aissyyyy.... control control.... masa tu, mcm ada satu perasaan yg lahir dlm hati aku. Apekah????





Selang berapa hari, my cousin asyik sampaikan salam Along je.... Suka tapi masih keraskan hati. Dont want banana fruit two time...hehehe...

Tiba-tiba, 1 hari ni aku dapat panggilan dari dia...isk, mana ko tau nombor aku nih?? jawapannya...adelaa... Sah, mesti kamu wahai kakak sedaraku!



Dari hari ke hari, dia rajin telefon rumah. Tanya dah makan ke belum. Bla bla bla.... Abah pun dah mula bising sebab asyik telefon aje... hehehe... luculah!





Bila dah masuk ting. 4, aku dapat offer untuk masuk ke sekolah teknik. Nak pergi ke tak.. nak pergi ke tak... Bingung sangat. Hati macam nak pergi tapi....





"Along, ila dapat offer belajar kat sekolah teknik."





senyap....










Along : ''mesti kena pergi ke?''






''macam nak pergi, memang teringin sangat nak belajar kat sana''




senyap lagi...







Along : ''tak payahlah...''






''kenapa Along tak bagi?''






Along : '' sebab........''





Diam lagi.... tensen aku!









....................'' sebab Along sayang Ila ''....................










Terdiam... tergamam...terkejut...tergembira pun ade....






Tapi?




Pindah ke aku?






Berjayakah Along pujuk aku untuk pindah sekolah?





see u di next entry ye..............







Isnin, 23 April 2012

INI BUKAN CINTA MONYET


Assalamualaikum.....




Orang kata cinta zaman sekolah adalah cinta monyet. Eh, ye ke? Monyet mana tu yang tau bercinta ni? iskk... taklah kot.. Kenapalah budak sekolah yang masih bercinta disamakan dengan cik mon-cik mon yang tidak bersalah tu? explain cikit wahai kamu-kamu semua!









Sebenarnya, cinta zaman sekolah banyak yang tidak berkekalan. Cinta itu hanya cinta suka-suka aje. Tapi, macamana dengan cinta aku dan Encik Along itu? Adakah patut jugak disamakan dengan cinta para cik mon sekalian alam? No no no no !! ~~~sambil goyang-goyang jari telunjuk :)






Mungkin ada kawan-kawan sekolah aku yang masih ingat dengan cinta kami. Cinta antara seorang budak pengawas berbaju biru dengan mat gangster kat sekolah. Hihihiii... Kenapalah aku boleh jatuh cinta dengan mamat brutal nih...





So... korang nak cerita selanjutnya ke???






Kalau ramai yang bagi komen YE, aku akan ceritakan di next entry.


Kalau komen korang agak-agak suam-suam suku, akan ku simpan di sudut hati ni ~~ ceh, ayat takley handle kan??~~





So..





tungguuuuu..............




cartoon trademark aku dulu-dulu














Ahad, 15 April 2012

MEMANG COMEL!

Assalamualaikum..

Rajinnya aku minggu ni! selalunya ntah berapa hari baru nak update, tapi hari ni dah update lagi.. hak hak! sebenarnya petang tadi aku tengok something kat google. And than entah macamana boleh pulak aku taip perkataan ''BABY ROOM'' pastu keluarlah bermacam-macam gambar bilik baby yang memang tersangat super cun melecun, cute miut and comel lotey.




mak aihh!! bestnya! ceh,macam bilik ni sesuai untuk aku je... aku macam dapat imagine Aiman golek2 kat situ and than baling bola tu kat Ummi ngan Daddy dia. Memang sure best! tapi macam tadika pulak ek??!





alahai..anak sapelah yang comel nih! culik jadik anak angkat aku karang....=p





bilik nih memang sangat sesuai untuk baby boy. So nice and tenang je kan? gerenti kalau baby letak kat bilik ni terus tido. Bestnya!






Yang ni pun aku LIKE! simple, nice and good looking kan? siap ada tulisan tu. If aku, aku nak tulis kat situ " setiap hari, setiap saat, setiap kali Aiman bernafas, Ummi and Daddy love u so much.... <3
ok tak?? sila komen ye! tapi dalam hati u oll ajelah ye..ahaks!!





Macamana ni??? tengok pic kat google je aku dah rambang and terpikat habesss.. belum untuk buat kat umah sendiri tu!
Tapi aku rasa, nak buat bilik macam tu tunggulah Aiman umornya 5 ke 6 tahun. Sekarang nih aku masih nak peluk dia je. Tak sangguplah aku nak letak dia sowang-sowang kat bilik macam tu .
Tunggu ye Aiman, nanti Aiman dah besar Ummi sediakan bilik yang cun melecun untuk Aiman...




Ok kowang..


bui bui bui-----------------------<@



Jumaat, 13 April 2012

Kenangan Itu Memang Indah......


Pejam celik pejam celik dah 7 bulan Muhammad Aiman Darwisy... cepatnya nak... macam baru semalam ummi masuk hospital, menunggu bila anak ummi yang ada dlm perut ni keluar ke dunia. Menahan rasa sedih bila anak ummi ditahan dalam wad baby. Menangis setiap malam bila nurse bagitau kat ummi and daddy yang anak ummi belum boleh balik sebab masih kena kuning.

Sekarang....








Sudah pandai senyum, ketawa bila kena usik, menangis bila Ummi tinggal ke dapur... pantang tengok orang makan mesti nak ikut makan jugak...


7 bulan Aiman.... Ummi rasa masa tu cepat sangat.




Tengoklah tu...
Macamanalah Ummi tak rasa rindu bila Ummi kerja. Macamanalah Ummi tak sayang sedangkan anak Ummi ni terlalu istimewa untuk Ummi..

* * * *---------------------------------<3



Ya Allah, lindungilah anakku ini setiap masa....
Jadikanlah dia anak yang soleh,anak yang bijaksana.... sesungguhnya dialah anak yang terbaik Engkau berikan kepada kami setelah 3 tahun kami menanti dengan penuh kesabaran.... Amin ya rabbal alamin.

Isnin, 2 April 2012

~~ L * O * V * E ~~

Assalamualaikum kawan-kawan.


Lama tak update entry...



Lama tak upload gambar...



Lama tak taip panjang....



Bukan merajuk, bukan mogok...




Tapi.....




hehehehe, aku agak bz cikit. Yelah, supermak, memanglah bz. Dengan anak, suami, kerja yang tiada abesnya.. dengan ayam itik, dengan kain baju yang minta dilipat dan di basuh. Bukan takat tu aje, mintak iron sekali, isk isk... tp tang ayam itik tu, mcm auta sikitlah coz itik takde bela. Ayam adalah... Biasalah, kesayangan suami, teringin nak bela ayam... Kadang seronok dengar bunyi dia kokok, kadang-kadang rasa macam nak baling selipar kalau kokok tak kira waktu. Huhu....

Ok ok..aku bukan nak citer pasal ayam ye, aku nak letak gambar ni sebenarnya....

jejang jejang.....



Yessszaaa...... ni lah dia untie Aina yang Aiman sayang.... Nama pun lebih kurang kan, Aina Aiman. hehehe. Gambar ni time majlis bertunang dia sebulan yang lepas. Alhamdulillah, selamat sudah. Majlis pun berlangsung dengan baik dan meriah. Tapi, mintak maaflah ye coz sebulan sudah masuk dua bulan baru aku upload, hehehe...


Si comel kuasa 2... hehehe.... ~~~ Aiman pun nak interfrem jugak ye...~~~

Cantek kan make up and baju and pelamin and my sis ??? ok, so kalau ada sape-sape yang berminat dengan semua tu bolehlah singgah ke Butik Andaman Ieta . Insyaallah korang akan berpuas hati dengan hasilnya.


keluarga sebelah Azrai



Hehe, malunye bila tengok kakak yg berbaju merah itu... Kenapalah kamu nampak gemok?????

~~~~ with pak cu Razi~~~~



cupcake yang comel + sedap = D'hazel Cake House



P/s untuk ''kakak'' tersayang... Along and Kak Ila sayang sangat dengan kamu dan adek. Sayangnya kami kadang-kadang menyebabkan kami terlebih prihatin kerana kami berdua tak nak adek-adek kami dipandang terok oleh orang luar. Sayangnya seorang Along kerana dia adalah abang yang terbaik untuk kamu berdua. Sayangnya seorang kakak kerana tak nak adeknya terluka.

Dekat sini, kitorang nak ucapkan selamat menempuh ke alam pertunangan walaupun dah nak dekat 2 bulan. Jaga nama baik keluarga selalu. Banyakkan bersabar dan berdoa selalu semoga ianya kekal sampai bila-bila. Untuk encik Azrai, jaga adek kami baik-baik kerana kami menyayanginya bukan untuk sehari dua tetapi untuk selamanya....

~~~~ ntah kenapa, time ni rasa syahdu macam time raya pulak, huhu....~~~
Sedih jugak sebab gambar kami sekeluarga pun takde. Gambar kami dengan mak ayah tak sempat nak amik coz mereka terlalu sebok dengan tetamu yang datang....

wassalam...