Jumaat, 27 Julai 2012

PREPARATION AWAL!

Alhamdulillah, esok dah seminggu kita berpuasa. Puasa dari makan dan minum di siang hari. Puasa nafsu, mata, pendengaran dan yang sewaktu dengannya. Alhamdulillah, setakat ni semuanya dapat ditempuhi dengan baik even ada jugak halangan kecik. Bulan depan, insyaallah Aiman pun dah masuk setahun. Cepat masa berlalu, tak sangka betul. Tahun lepas, time-time macam ni aku bukan prepare nak raya, tp prepare nak sambut baby. everything yang aku beli hanya untuk baby. Tapi sempat gaklah aku sambar beg Carlo Rino. Orang kata biar anaknya nanti tak meleleh air liur. Ahaks!!!!! alasan baek punye


Sebut je pasal raya mesti terbayang baju baru, langsir baru, kasut baru... alah, senang kata semua nak baru. Benda-benda yang dah beli tahun lepas pun kalau boley nak tukar baru. Membazir kan?
Tapi kalau nak kira membazir, memang membazir sangat-sangat. Tapi kalau wit korang memang dah terlalu banyak belilah.. Yang penting, ikutlah kemampuan. 

Tahun ni, aku and encik Along memang excited nak beraya. Dengan Aiman yang sekarang tengah ligat...hehehehe, tak boleh nak imagine.
Siang tadi, aku dapat jugak belikan sehelai baju melayu untuk Aiman. Yang penting sama kaler dengan Daddy dia. Tinggal carik samping and kopiah untuk dak kecik tu. Alahai....


Okeh, untuk aku, baju raya memang dah tempah awal2. Adalah jugak yang aku beli siap je. Tinggal nak beli handbeg..Arghhhh!!! aku memang giler beg!!!!   
 Untuk Encik Along, baju melayu dah ada, seluar jeans baru pun dah beli. Tinggal beli T-shirt dia aje.
Balang raya dah beli, mesti beli yang plastik untuke elakkan dibaling oleh pembaling terbaik, Muhammad Aiman Darwisy..hehehehe.
Kuih, ingat nak beli sikit tapi boleh menyebabkan yang dtg nnt menjilat ibu jari dan terbayang-bayang sampai umah diorang..

Esok, nak tanggalkan langsir and basuh. Tak payahlah buat baru. Macam tak penting sangat kot.
Aii...memang excited ni. Orang kata, balas dendam untuk tahun lepas. Ngeh ngeh ngeh.

Duit raya pun jangan lupa. Bujet-bujet berapa org yang nak dibagi and berapa RM kena sedia. Wah... =)

Insyaallah, kalau kita pandai membujetkan apa yang perlu and apa yang tak perlu, time raya nanti takdelah nak pening kepala. 

Step by step.. Maybe next week nak carik T-Shirt untuk Aiman and his Daddy. Umi dia, jeling-jeling kat handbeg ye!

Ok, bui bui bui~~~~

 




Isnin, 23 Julai 2012

I love this, u oll???

Assalamualaikum....

Selamat berpuasa untuk korang semua yg sudi menyinggah kat blog aku yg tak seberapa ni. Yelah, blog yg ntah ape-ape ni. nada mau sedey. 

Orait, cepat sungguh masa berlalu, pejam celik dah masuk hari yg ke-3. So setakat ni macamana dengan puasa korang? masih cukupkah? 
sudah rongakkah???

Sebenarnya aku nak tunjukkan kat orang apa yg aku beli semalam

taraa....




  
perghh,,, sekali tiga-tiga aku cekau daaa... 
ni dah bukan ulat buku dah ni, dah tahap ulat gonggok dah...hak hak hak
  Sebenarnya niat aku juz nak tengok-tengok kat kedai tu dah kuar EH! yang baru ke belum, but takde lg. And than yang ada nilah majalah ni, aku apa lagi, bagaikan tak cukup dua tangan cepat-cepat sapu majalah-majalah ni.
Tamak betul!



HIJABISTA yang always vouge. Dian Pelangi mariii!!!
 Hangpa tengok make up dia tu, law wat make up raya gerenti mak n mak mertuaku tak kenal aku lagi..oooohh tidak!!




INTREND yang always trendy * love this* 
Eja very beautiful and still young <3



 DARA - okey, yang ni aku malu-malu kucing sikit ye tuan-tuan dan puan. Bukan apa, sudah emak orang masih lg beli majalah ni. Tapi bila dipikir-pikir balik, klu aku tak beli, takde untunglah diorang..hak hak hak *pandailah engkau ye!!! *



So, cepat-cepatlah korang dapatkan majalah ni. Best and Terbaik.. 
Dahlah, aku nak masak berbuka ni. Haiii..apelah yang best ni ek???

bui bui bui...

Ahad, 8 Julai 2012

Hari Ini Hari Ahad Okeh!!!

Assalamualaikum...

Bila part hari Ahad je, aku memang xcited yang amat. Biasalah, cuti juz sehari je. So Ahad ni jelah aku nak lepaking kat umah sambil-sambil menyibukkan diri dengan melayan karenah Muhammad Aiman Darwisy yang dah masuk 11 bulan. 

Cepat kan masa berjalan?

Sekarang ni Aiman dah pandai berdiri sendiri. Merangkak memang dah lajulah. Mulut pun asyik nak mengomel je. Ma ma ma...pa pa pa... huhu..puas aku ajar cakap Umi..tapi masih nak panggil mama mama.....Tapi takpela...lama-lama pandailah tu...
Mengamuk pun boleh tahan jugak...kalau menjerit, mak oiii, macam nak pecah gegendang telinga aku..

Korang nak tau tak apa yang aku masak hari ni???



Taraaaa...............




















What is that???


Korang nih..tu rendanglah... 


Rendang Daging ikut resepi ibu mertuaku... Yiihaaaa!!!




Sedap ke tu?? 





eh, mestilah sedap...  (wuaahhh, puji diri sendiri puloookkkkk)

Hahahaa..





Sebenarnya, ini adalah kali ke-2 aku masak rendang. Masa 1st time agak masin sikit. Tapi yang ni kata En Hubby, sedap and cukup rasa ( kalau enggak enak, masakan sampai 5x kamu makan harini mas..)

Wakakaka!! 

Bangga beb aku, rasa macam terus nak masuk masterchef..hihii

Kalau ikutkan, aku bukanlah seorang peminat daging lembu. Tapi kalau daging lembu tu dimasak rendang, dibuat satey aku makanlah. Tu yang orang-orang pelik. Memang nampak macam mengadalah pulak ek. Tapi dah memang aku macam tu, nak wat acccaaaannner??

Aku nak kongsi resepi dengan korang tapi, aku rasa resepi yang korang praktik maybe lagi adventure kot. 


Kalau korang letak lengkuas, aku tak letak.

 
Kalau korang pakai gula merah, aku pakai gula biasa je..


Kalau korang ketuk je serai tu, aku blender campur ngan rempah2 yg lain.


Tapi, resepi mak memang sedap...

Tankiu mak.!!!


Ok..

bui bui bui