Selasa, 27 November 2012

PERUBAHAN DENGAN DNARS SKINCARE

Alhamdulillah...

Sekarang, tiap kali nak pergi kerja dah takdelah nak tepek2 muka dengan bermacam-macam jenis barang. 
1. Juz tepek-tepek sikit sunblock kat muka
2. Pakai bedak tabur Anakku
3- Calit eye-liner sikit kat mata (nak nampak bulat sikitlah kununn)
4- Pakai gincu

Okey...beres sudah...

For one day, kulit still rasa lembut, tak perlu nak touch-up selalu and warna kulit makin sekata.

Tak percaya???




Waa....gambar sebelum tu memang kusam abeslah. Time tu jenjalan dengan kakak.
And pic selepas pulak gambar semalam aku snap time kuar rehat dengan my hubby. Takde pakai bedak pun tu. (Pakai time sebelum pegi keja tu jela..) 
Tapi kulit maintain aje kan? 
Gambar tu memang takde nak edit-edit langsung! Diulang lagi sekali..NO EDITING!

Sebagai bukti, sesiapa nak jumpa secara dekat bolehlah pm ye (tapi untuk yang duduk dekat area Batu Pahat and Pontian aje ye!)





Insyaallah, dengan istiqamah yang tinggi, kulit yang diidamkan akan menjadi kenyataan..



* semakin hari semakin sayang dengan muka sendiri..alhamdulillah...

Selasa, 20 November 2012

CANTIK BERSERI DENGAN DNARS SKINCARE

Assalamualaikum semua..

Sebelum saya kerja dekat tempat saya kerja sekarang, saya pernah bekerja kat tempat salun kecantikan. Dari situ, saya dapat banyak pengetahuan about jeragat,jerawat,bintik-bintik hitam dan macam-macam lagilah.

Okeylah, harini saya nak introducing tentang 1 set skincare yang sangat superBEST dan superHOT giteww!!




                                                                DNARS SKINCARE





KENAPA DNARS SKINCARE SANGAT BAGUS?

Ok, actually, skincare ni sangat smooth bila dipakai. No more pengelupasan yang menyakitkan dan hasilnya dapat dilihat dalam masa 7 hari. 
Dalam masa 7 hari, u oll dapat rasa skin jadi lebih glowing dan bila pakai foundation, korang takkan rasa kesat-kesat nak sapu kat muka korang.


Okey, ini adalah isi kandungan and functionnya yang ada set tersebut.




Ok, testimoni ini adalah dari kakak saya. Tak sampai sebulan dia pakai, kulit muka dia cerah dan bintik hitam kat muka dia berkurangan. Actually, dialah yang suggest kan kat saya tentang product ni. And, result nye memang sangat bagus.

See! after 3 weeks, jerawat kat face akan mengecut. Testimoni ni bukan fake ok, this is real dan sangat original. No more editing!

Kepada kamu si bakal pengantin yang akan melangsungkan hari bahagia dalam masa kurang sebulan dan ada masalah di muka anda, dont worry. Anda boleh mencubanya dan sekiranya kita mempunyai istiqamah yang tinggi, insyaallah, seri muka akan menyerlah secara naturally.

Sekiranya pembaca berminat, bolehlah mesej atau telefon ke nombor ini :

NAZIA NAIM           : 019-7111453
NAZILA NAIM         : 013-7102657


atau

Bolehlah PM kami di sini
&

* segala masalah insyaallah ada jalan penyelesaiannya...

Rabu, 14 November 2012

Kau Pergi Jua...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..hari ni kita masih diberi peluang untuk menyambut tahun baru dalam kalendar islam.
Bulan Muharram datang lagi. Ini bermakna kita perlu melakukan perubahan dalam hidup kita.

Semalam, seluruh keluarga kami telah kehilangan atok tersayang. Ingat tak entry aku yang lepas?
Itulah gambar terakhir semasa dia masih hidup...
Itulah kali terakhir aku berjumpa dengan atok ketika masih hidup. 
Itulah kali terakhir atok pegang tangan aku.

Tapi semalam....

Hanya sekujur tubuh yang kaku...
Dan semalam hanya wajah kakunya yang dapat aku cium... Ya Allah....

Semalam masa abah telefon aku untuk bagitahu atok meninggal, aku tengah sibuk nak uruskan Aiman dan tengah sibuk nak siap-siap pergi kerja. Dapat je berita tu, terasa kaki ni lembik sangat sebab planning petang semalam nak pergi jenguk dia. Tapi.....ermmmm......

Aku tahu, dalam keadaan dia yang memang semakin uzur, kita kena meredhai pemergiannya. Sebab tu, Aku cuba tahan dari menangis.

Terbayang-bayang kat tempat-tempat dia selalu duduk. Terngiang-ngiang suaranya panggil nama cucu-cucunya. Arghhh....

Betul kata orang, kita akan merasa kehilangan bila orang tu dah tak ada.
Saat ni aku rasa menyesal sangat sebab aku semakin lupa nak jenguk dia. Selalu tangguh-tangguh nak ziarah dia sedangkan dia asyik tanya bila Ila nak datang. Selalu mak ingatkan untuk singgah rumahnya tapi disebabkan sibuk dgn kerja dan urusan keluarga, aku makin mengabaikan pesan emak tu.

Entahlah.....



Ahad, 4 November 2012

My Granpa!

Assalamualaikum...

Kami sekeluarga masih lg ikhtiar utk pulihkan condition atuk. Yelah, dengan umurnya yang makin meningkat, semakin kurang keupayaannya, makin bermacam-macam penyakit yang singgah.

Hari pertama atuk masuk hospital, emak telefon. Mak bagitau atuk kena duduk dekat wad. 
Aku dah mula rasa lain je... Suara mak pun dah lain. 



Emmm...




Sebenarnya aku terkilan dgn diri aku. 
Semakin lama aku makin lupa dia... Ingat lagi dulu, dia selalu tanya aku ada duit poket ke tak. 
Takut sangat kalau aku pergi kerja tak de duit poket!

Arghh.... Air mata aku makin nak menitik!

Tak sanggup aku tengok keadaan dia sekarang yang terlantar, dengan badan yang makin kurus..









P/s : cucu-cucu atuk, sama-sama kita doa atuk sihat....
We love him very much <3