Sabtu, 8 Februari 2014

Termometer : Kepentingan yang sering diabaikan.

Assalamualaikum semua..

Ha...gempak gitu tajuk entry kali ni. Dari aritu Ilot nak update, siap wassap kat mmber pasal menatang nih tp termunkir janji sudah... hihihi..
Serius kan, mesti bila kita list keperluan komfem benda ni mmg takkan tersenarai kan? Paling top mestilah pampers, susu, baju and ubat ruam. Tapi tahukah korang, termometer @ pengesan suhu badan ni TERSANGAT PENTING. Yelah, kalau anak korang demam, takkan main teka-teka je suhu dia berapa? pastu juz tuam and than tunggu dia kebah.. Eh, hellooo.... kalau suhu budak tinggi boleh kena sawan pastu kadang boleh membawa kematian dan kecacatan.

Okeylah, malasla nak bebel panjang. Ilot rasa korang mesti tau pasal ni. Yang Ilot nak sharing adalah nk kongsi antara termometer yang ada kat kedai atau farmasi and prokontranya. 


Memula dulu, Ilot beli je check suhu ni. Juz RM10.00. Time Aiman masih baby okla sebab dia tak tau protes. Bila dah makin membesar dia mula tak suka sebab benda tipis yang ada nombor tu kena letak kat dahi pastu kena tunggu dalam 5 minit baru dapat result dia. Tak suka tau sebab lama  kena tunggu dan dalam masa 5 minit Aiman boleh jadik singa! hahahah..so, last-last benda tu ntah terpelanting kemana. Kadang-kadang, suhu yang dia berenti pun tak tepat. Ok, benda tipis yang bernombor tu kena letak kat dahi. Nanti, ada garisan warna merah akan bergerak dari nombor ke nombor. Nak tunggu dia berenti kat suhu  badan orang tu pun kengkadang macam main-main je. Tu yang geram... Pernah satu hari tu badan Aiman panas sangat. Bila check suhu pakai benda ni suhu dia cuma 37'c sedangkan badan dia dah panas yang amat. So Ilot and suami cepat-cepat bawak gi klinik. Sekali doktor check rupanya suhu dia tinggi gilerr! 40'c. Masyaallah..nasib baikla kitorang tak bertangguh. Terus je doktor masuk ubat bontot. Dan semenjak itu, check suhu ni kusimpan aje dalam laci.. Dudukla ko diam-diam kat situ....

Pastu kan, bila dah benci dengan check suhu yang memula, Ilot pun pergila Guardian. Belek-belek tetiba nampak temometer comel ni...


Kan comel tu siap ada gambo Mickey Mouse. Dalam hati Aiman mesti suka. Temometer ni memang sesuai untuk 1 tahun keatas. Since Aiman masa tu da nak masuk setaun setengah, Ilot belilah. Tak silap harga dalam rm30 lebih.


 Check suhu ni kena letak kat ketiak atau bawah lidah. Tapi harunya, bila suh letak kat bawah lidah Aiman gigit. Letak kat ketiak dia geli pulak. Dah lari-lari taknak check suhu. Waduh..gawat tenan! 
Kalau nak ikutkan result dia dalam seminit je...tapi disebabkan macam leceh je so termometer  ni pun I reject! huah hua hua..... :'(


 Dipendekkan cerita baru-baru ni Aiman macam mula nak demam tau. So bawak gi klinik. Doktor yang check ni dia guna alat termometer yang boleh check suhu tanpa suh bukak mulut or suh kepit-kepit kat ketiak. Dia juz letak kat dahi and terus kuar result. Dan paling bestnya Aiman steady je tanpa sebarang bantahan.. Dalam hati, nk survey kat farmasila..

Kua klinik je, Ilot terus ajak suami gi singgah farmasi. Okey, soalan Ilot kat jurujual tu camni
" amoi, saya nak survey termometer yang boleh trace suhu dengan cepat and juz letak kat dahi je."
dan...jeng jeng jeng...

Amoi tu terus tunjukkan check suhu ni




Terometer ni memang sangat menambat hati Ilot untuk pertama kali pandang.. Ilot pun terus tanya apa function and kelebihan dia. Amoi tu pun bgtau yang termometer ni boleh bagi result dalam masa 2 saat. Maknanya letak kat dahi tekan huruf start and terus dapat bacaan!...wah, memang pantas 

Brand Lifeplus ye.. Ok, untuk function, kalau nak hidupkan dia kena tekan start. lepas ni dah nyala letak kat dahi dan tekan start lagi. On the spot result akan dapat. Yang ada gambar bell tu utk silent atau ada bunyik. Mode pulak untuk tukar mode suhu badan mode suhu bilik. MEM pulak untuk memory iaitu kalau korang nak check bacaan lalu boleh semak kat situ. Ohye, lupa pulak nak bagitau. Bila suhu badan lebih dari 37'c lampu kat screen kecik tu warna merah dan kalau suhu normal warna hijau. Jadi, tak usah risau kalau tetiba blackout and badan anak panas tetiba. termometer ni dah ada lampu. Mudah bukan???!


 Siap ada warranty card tau selama setahun taw!


Ok, dari segi harga memang honestly mahal sikit. Yang kat kotak tu adalah harga sebelum less. Disebabkan Ilot ada member card Ilot dapat harga Rm154.00 Jimatla RM45 hengget... Kalau ikutkan memang sayang duit. Tapi memang Ilot dah set kat hati yang Ilot nak, so Ilot tak kesah. Lagipun sekejap lagi dah nak ada baby lagi, WAJIB kena ada. Tapi kalau korang rasa yang murah menyenangkan korang terpulang ye..tiada paksaan...lagipun Ilot juz nak sharing melalui pengalaman...
Cuma bila korang dah beli yang mahal cam gini, silalah sorokkan dari pandangan anak-anak korang kerana risiko untuk menarik perhatian adalah tinggi (juga berdasarkan pengalaman..hihihii). kang kalau dah rosak mau daku melalak nanti...


Ha...tengokla sendiri kebagusan dia ye..hehehe, (macam aku pulak salesgurlnya...) Korang jangan risau, dia gunakan bateri 3AA, so rasa kalau traveling takde masalah untuk carik plug mengecas..singgah kat kedai runcit pun ada jual bateri tu..



Hope, sedikit sebanyak entry kalini dapat bagi korang info ye. Mungkin kat farmasi kat tempat korang ada brand lain yang lebih kurang macam ni dan boleh dapat pada harga yang lagi murah... sape tau kan???  Cuma tula, ilor suggest setiap rumah mesti ada 1. Orang kata mencegah lagi elok dari merawat. 

Ok kesayangan semua..
bui bui bui....