Rabu, 30 April 2014

Baby Cot Bedding Set

Assalamualaikum...

Yuhuuu.... kabare semua? waras opo orak? hahaha...faham ke uolzzz? that mean, apa khabar semua, sihat ke tak? Ilot tengah syok berpantang nih! 
So far, berpantang kat umah sendiri ni ok jugak. Belajar berdikari namanya...

Ok, Ilot sebenarnya nak sharing pasal Bedding Set untuk baby cot. Bagi sesiapa yang ada beli baby cot untuk baby, mesti teringin nak decorate comel-comel kan kat katil baby tu. Macam Ilot lah..first thing kat kepala bila beli baby cot, survey kat mana nak carik complete bedding set yang comel and harganya takdelah nak menjerit sangat coz ada sesetengah tempah jual bedding set sahaja dekat RM 500++ . Survey punye survey kat Google,jumpalah 


Ha...tengok kat profile picture kat Facebook dia pun tau kalau page ni jual Bedding Set yang superduper ohsem!
Selain daripada jual complete Bedding Set, page ni pun ada jual quilt and comforter set, baby pillow and bolster. Cuma nak bagitau ni kalau complete set dia jual secara pre-oder dan amik masa 3 minggu (lebih kuranglah). So, klu berminat nak beli kenalah adjust awal-awal.

Dalam set complete baby bedding set ni ada 
1 quilt
1 set bumper cot
1 bedsheet
1 pillow
2 bolsters
1 travel bag
Free gift
Free delivery
price RM350 (deposit RM150)


 Hahaha...baby Raiqal selesa je tido kat atas bedding set ni.

Untuk Raiqal ni, Ilot pilih design ni

                            New Design : Owl & Flower-themed

Ada banyak lagi design yang kiut miut. Ilot pun macam nak survey-survey  lagi je ni. Seronok pulak tengok baby tido kat atas tempat yang comel ni..hahahaha...

Okey, korang boleh terjah kat FB

Maryam's Dream

dan follow instagram dia @maryamsdream 

Insyaallah, korang mesti suka nanti!

* seronok preparing barang baby 

bui bui bui


Selasa, 22 April 2014

Muhammad Afiq Raiqal ...

Assalamualaikum semua...


Alhamdulillah…Ilot telah selamat melahirkan seorang baby boy yang super comel, secomel abangnya Muhammad Aiman Darwisy.  Baby Afiq lahir tepat saing azan maghrib, 13hb April 2014. Time orang nak sembahyang Maghrib, Ilot berjuang nak melahirkan anak. Sebenarnya air ketuban dah pecah awal sehari. Terus pergi hospital tapi bukaan baru 1cm. Check punye check doktor comfirm dah kuar leaking so terus kena tahan kat wad 9. Adoyai… Ilot dah terus nervous. Ilot redha je bila doctor kata kalau malam tak ada kontraksi esok pagi-pagi kena masuk ubat. Satu malam Ilot tunggu, juz macam rasa nak senggugut je. Esoknya doctor check bukaan baru 2cm, terus masuk ubat. Orang kata kalau masuk ubat sakit, tapi ntah ek..takdelah sakit sangat. Cuma bila kontraksi dah mula datang, memanglah sakit. 


Pukul  4.00 petang Doctor dah bagi arahan untuk masuk kat dewan bersalin sebab bukaan dah mula membesar. Alhamdulillah… Bila dah dapat arahan untuk masuk kat dewan bersalin, Ilot dah lega sebab takdelah risau baby lama sangat kat dalam perut. Pukul  4.15 petang tu, alatan untuk mudahkan lagi proses bersalin pun dipasang.. Tak lama lepas masuk air and ubat, Ilot terus rasa sakit tu dah mula kerap hadir. Masa tu suami pun dah dibagi untuk teman bersalin. Suami bagi semangat and tak putus doa.. Thanks sayang… love u till jannah <3


Alhamdulillah, dalam pukul 7.25 malam Ilot berjaya mengharungi  kesakitan dan dugaan bersalin. Tak terkata bila berjaya melahirkan anak secara normal dan bila nurse letakkan baby kat dada, Allah aje yang tau betapa besar dan betapa indahnya ciptaannya. 





Hari pertama dekat rumah..welcome our home sayang... atas tu muka bila tengah dibedung and bawah after bedung dibukak...yeaahhhh!!!

Macam muka sape ye? ada yang cakap lebih kurang Aiman.. Tapi Aiman dulu lahir 3.52 kg and baby Afiq 3.50kg. 

Memula tu Ilot nak bagi nama Muhammad Aryan Hakimi tapi pikir-pikir balik macam tak sesuai je dengan baby.. pastu nak bagi Muhammad Aisy Aryan, tapi ayah dia pulak tak suka. So, Ilot pun carik-carik lagi nama dengan kakak. Tetiba usul punya usul terkeluar nama Muhammad Afiq Raiqal. Tanya kat suami, dia kata ok... Maka, komfem sudah nama untuk baby..heheheh. Yang penting nama baby ada unsur kebaikan... 

* semoga anak-anak ummi menjadi anak yang soleh dan sentiasa hormat orang tuanya..amin...

Rabu, 9 April 2014

Baru Atau Pre-loved?



 not for sale

Assalamualaikum...

Baru-baru ni ada kawan Ilot datang ke rumah and tengok preparation barang-barang baby yang dah ada kat Anak's Room tu. Kawan Ilot ni pun akan dapat anak dalam around bulan 7 nanti and first baby. So, bila dia tengok barang-barang yang Ilot beli ni agak complete pastu ada brand, dia tanyala " ko beli semua ni tak beban ke?" Ilot jawab, belilah sikit-sikit... 

Okey, honestly time Aiman dulu Ilot takdela nak beli barang macam baby swing, baby carier, baby rocker and baby cot... Stroller pun Ilot beli time Aiman dah umur setaun lebih. Walker pun Ilot beli bila time kaki and badan Aiman dah mula kuat Tak taulah, masa tu Ilot tak terfikir nak beli semua tu padahal anak sulong. Yang Ilot beli baju jela..hehehe.... Mungkin sebab banyak guna barang kakak, so relax jelah....

Bila dah komfem Ilot pregnant anak kedua ni, Ilot rajin survey kat internet. Lepas tu pikir nak carik apa yang takde. Mula-mula Ilot dah set nak carik baby cot sebab masa tu Ilot fikir nanti kalau Ilot tinggal baby kat bawah (tilam kat lantai) takut Aiman kacau baby (yelah, baru umur 2 tahun, manalah dia fikir panjang lagi kan????). Kalau kat tempat Ilot ni sangat beruntung sebab kat pekan memang ada kedai khas jual barang-barang terpakai (yang jual kebanyakkan orang asli). Tapi kebetulan time tu kawan kat ofis, anak dia dah taknak tidur kt baby cot so Ilot pun sajelah tanya sebab Ilot tau condition baby cot dia memang cantik and like new! So tanya punye tanya Ilot dapat baby cot and mainan yang tergantung tu dengan harga RM50.00 !!!! serius taw! tak tipu ni.... Alhamdulillah, rezeki baby kan? cuma kawan Ilot memang awal-awal bagitau kena beli tilam sendiri. Ilot ok jelah...


 inilah dia... still cantik kan? berbaloi sangat beli 2 barang ni dengan harga juz RM50.00. Sape nak kasik?

Okeh, lepas dah dapat baby cot Ilot check lagi apa benda lain yang Ilot nak carik. Satu hari tu Ilot ada survey kat blog Irine Nadia yang famous amos tu so terbacalah entry pasal dia baru belikan Fiska Medina rocker Fisher Price Pink Colour. Omaigod..masa tu Ilot baru pregnant dalam around 5 bulan. So terus nafsu nak carik rocker tu  pun membuak-buak! Ilot ada jugak update entry pasal baby rocker tu (KLIK SINI YE). Untuk baby rocker ni Ilot beli baru sebab bila Ilot survey yang pre-loved, harga dengan yang baru tak jauh beza. Lepas tu, Ilot beli ni dengan harga yang murah jugak! semua tu sebab berkat kerajinanku meng survey! hahahahah =D

 ini dia ghupa Baby rocker yang superbaru ni....

Tak lama pastu, untuk gaji yang seterusnya , entah macamana Ilot godek Facebook ada pulak nampak page sorang akak ni jual barang pre-loved yang super ohsem... Kebanyakkan barang yang dia jual ni semua barang berjenama. Dari toys, stroller, baby carier and banyak lagilah, semua conditionnya memang tip top. So, nak dipendekkan citer tengah survey kat album FB  dia, Ilot berkenan kat baby swing. So bermulalah Ilot survey penggunaan baby swing kat Youtube. Tengok cara dia berfungsi macam menyenangkan, terus Ilot PM page akak tu. Memula Ilot nak beli brand Fisher Price jugak tapi terlambat sudah... Ilot belilah jenama Mamalove ni. Tak kesahla, baby swing ni cantik and kemas jugak!



 
Tengok baby Aqil pun selesa bila guna baby swing... hahaha..u like a bos sayang <3
Korang boleh survey Papamamaarel baby and kids stuff  atau owner dia kak Fairuz 


Dah settle beli baby swing, ntah kenapa Ilot gatal nak tukar stroller. Padahal stroller tu beli time Aiman dah setaun lebih and memang still cantek sangat. So, Ilot pun publishlah kat FB yg Ilot nak let go stroller tu... Alhamdulillah, baru berapa jam Ilot publish dah dapat serius buyer. And bila dia datang tengok memang puas hati gilerlah dengan condition stroller sweet cherry tu. Siap cakap ni second ke baru ni??? hahah....

Last guna stroller ni time jalan ke Zoo Johor.. bye bye orange..berbaktila ko dengan tuan baru, jangan nakal-nakal =D

Dah let go stroller, dah mulalah Ilot surver new stroller. Kunun target nak up lah ke Quinny Zap tapi harga dia mak oii....preloved pun masih mahal lagi. Survey punye survey tetiba ternampak kat Mudah.com ada orang nak jual SCR 9 including baby carier SCR 7 dekat area tempat Ilot duduk ni. And paling best sekali yang nak jual ni sebelah kampung pastu kawan Ilot! hahahah.... kebetulan dia pun frenz kat FB so Ilot PM lah dia... Yang buat Ilot berkenan nak beli Ilot memang sure 100% barang yang dia nak let go memang still cun sebab baby gurl dia belum ada setahun. Lepas tu kalau difikir logik akal, kita guna stroller ni berapa kali jelah... paling-paling pun gi mall or taman rekreasi. Calar sikit-sikit tu biasalah..nama pun pre-loved kan? Time kat Mudah.com tu kawan Ilot letak harga RM600.00. Ilot tanyalah betul-betul kalau Ilot jadik ambik dia nak bagi berapa so dia kata RM480.. tawar punya tawar nak tau tak Ilot dapat berapa?? Alhamdulillah, rezeki baby agaknya Ilot dapat dua barang tu RM 400.00.. alhamdulillah...terima kasih kawan...

like new rite??? aduh..tak sabarnya nak bawak anak-anak berjalan nanti

Dah dapat stroller  yang boleh travel system sekali ni dah lega hati... tak taulah. Kepuasan kot bila kita dapat yang kita nak menepati citarasa. Bersyukur sangat Allah memudahkan pencarian barang yang diidamkan. Mungkin berkat beli tak sorok-sorok dengan encik suami..wakakaka! 

Sebenarnya, Ilot publish banyak-banyak gambar ni bukanlah Ilot nak menayang or nak dongak kat langit. Eksen dapat beli tu dapat beli ni. Minta maaf ye kalau ada yang berfikir macam tu. Kalau uollz baca tajuk entry kali ni, actually Ilot nak sharing kat korang betapa kita perlu bijak untuk membeli dan betapa pentingnya survey! Ok, kebanyakkan barang yang Ilot beli adalah PRE-LOVED, yang baru juz baby rocker. FYI, harga pre-loved ada yang jauh lebih murah dan ada yang lebih kurang sama je. Dari situ, kita kena rajin untuk survey dan banyak seller akan jual barang pre-loved kat internet. Ada jugak yang jual kat kedai secondhand tapi conditionnya adalah sangat teruk. Ilot lagi suka tengok kat Mudah.Com sebab banyak pilihan. TETAPI, tips bila beli barang kat Mudah, tengok kat link dia ada tak dia jual kat Facebook. Sebab bila dia ada jual kat Facebook, kita boleh tau feedback dari customer lain yang pernah beli dengan dia. 

Beli barang anak ni, kalau boleh memang kita nak yang baik, tahan lasak and cantik. Tapi tak semua orang mampu and ada bujet nak sediakan semua tu. Bila kita dapat beli yang Pre-loved, banyak boleh jimat. Tapi, kalau nak beli baru pun kenalah rajin survey. Kat online ni, berjuta orang jual barang yang sama tapi harga lain-lain. Tepuk dada tanya selera ye!

* tips penting untuk beli barang-barang macam kat atas tu adalah tengok penggunaanya dekat Youtube. Kat situ banyak info and fungsi yang boleh kita dapat kalau kita nak beli secara online.

Sharing is caring.....

Bui Bui Bui...
Semoga dapat membantu korang :)

Ahad, 6 April 2014

38 Minggu Sudah.. PERSIAPAN KE HOSPITAL

Alhamdulillah...rasa macam cepat sangat masa berlalu, rupanya dah 38 minggu dah. Kalau time Aiman lepas, memang Ilot dah bersalin time ni... Omaigod, nervous uolss.... Tipula kalau tak rasa takut and dup dap dup dap. Hangpa kata dah ada pengalaman, so watpe takut? ayoyooo...sebab dah pernah rasala I rasa takut u... hihihi...
Tapi syukur, suami hari-hari bagi semangat and doa. Ilot pun hari-hari jugak minta maaf kat dia., Yelah, diakan syurga Ilot. Kalau dia tak redha, insyaallah susah nak menghadapi saat bersalin nanti. Actually, Sabtu lepas (5hb April 2014) Ilot and suami pergi Kursus Teman Kamar Bersalin (TKB). Kursus ni sebenarnya adalah untuk membolehkan suami masuk ke Dewan Bersalin dan bagi semangat kat isteri time bersalin nanti. Ilot tak pasti hospital kat tempat lain ada buat ke tak coz kursus ni hanya sah untuk org yang bersalin kat hospital tempat Ilot bersalin nanti. Ini adalah pengalaman kedua after Aiman dulu. Serius, memang sebak sangat time bersalin dulu. Yelah, saat kita berjuang nak melahirkan suami ada kat sebelah. Oh..thanks my suami... (sori, aritu Ilot tak snap pic time kursus TKB).

Ok, Ilot sebenarnya update entry kali ni nak kongsi persiapan barang yang perlu dibawak ke hospital nanti. Persiapan ni sebenarnya Ilot dah prepare since 7 month tapi sebab kita kena always check apa yang kurang, so beg Ilot letak kat bilik dulu. Yang penting JANGAN LUPA untuk pesan kat suami kita letak beg tu kat mana, untuk baby yang mana, untuk maknye yang mana and untuk suami yang mana. Jadi, senang kalau ada apa-apa. 

  Yang belang tu beg untuk baby. Yang hijau untuk Ummi yang comel :P



Okey, antara barang yang perlu di bawa nanti :

BABY
  1. Pakaian ( kat sini Ilot bawak sleepsuit 1 and romper 1 sebab biasa kat hospital baby akan di pakaikan baju hospital. Time balik je nanti baru tukar baju sendiri)
  2. Sarung kaki dan tangan
  3. Selimut bertopi
  4. Tuala
  5. Pampers @ Kain lampin & Cloth diaper
  6. Tisu lembap
  7. Minyak untuk elak baby kembung ( depends korangla nak bawak minyak yu yee ke, minyak telon ke, minyak kayu putih ke asalkan baby serasi ye )
  8. Bantal kecil ( kalau boleh yang berlekuk kat tengah, sebab baby baru lahir ni lembut, so bila pakai yang berlekuk dia dapat baring dengan selesa)
  9. Set mandian bayi + losyen (travel pack)
  10. Cotton buds 
  11. Barut dan bedung. 
  12. Kemungkinan nanti Ilot akan bawak baby carier. Tapi letak kat keretalah.
* Masa time Ilot kursus TKB, nurse ada pesan time kita dah masuk Dewan Bersalin, suami hanya perlu serahkan baju sepasang,sarung kaki and tangan, pampers, tuala, barut dan bedung. Tapi Ilot suggest untuk bawak selengkapnya sebab takut baby kena tahan kat wad. (berdasarkan pengalaman lepas ye ni )


 Beg Ummi yang besar gedabak nih!

 IBU
  1. Baju berbutang depan (untuk menyusu)
  2. Kain Batik (3helai)
  3. Maternity pad (KAD MERAH)
  4. Nursing pad (jika susu dah keluar)
  5. Seluar dalam (boleh juga beli yang pakai buang)
  6. Baju dalam
  7. Stokin
  8. Seliper
  9. Tuala
  10. Set mandian + berus gigi + ubat gigi
  11. Sikat rambut
  12. Minyak angin
  13. Tudung (yang selesa dan senang dipakai)
  14. Pakaian (untuk pulang dari hospital)
  15. Sweater (jika tak tahan sejuk)
Lain-lain keperluan 

  1. Air mineral
  2. Air kotak (soya/susu/coklat) 
  3. Biskut
  4. Plastik (untuk bungkus pakaian kotor dan sebagainya)
  5. Breast pump
* Sebagai tambahan bolehlah bawak sumber bacaan supaya tak boring nanti!

SUAMI
  1. Baju 
  2. Seluar 
  3. Kain pelekat
  4. Tuala dan sapu tangan kecik
* Ada sesetengah taknak bawak sebab memenuhkan ruang keretala itula inila..tp adalah better klu siapkan sekali brg suami. Kalau macam Ilot jarak hospital dan rumah agak jauh jugak so takkan nak asyik nak ulg alik je kan???

Wah..tak sabarnya nak tunggu masa kelahiran nanti. Pengalaman pertama memang banyak membantu. So, untuk new parent to be... banyakkan berdoa, zikir dan ambik makanan yang seimbang. Insyaallah, Allah akan memudahkan urusan kita nanti. Ilot ni sebenarnya risau macamanalah Aiman nanti kalau Ilot dah masuk hospital. Tapi nasib baik mak abah and mak ayah rapat dengan dia, so insyaallah takde apalah yang nak dirisaukan...

Oh...rindunya. Terujanya nak menyambut anak kedua ni sama je macam nak sambut anak pertama. Macam-macam barang Ilot beli. Yang kronik bajulah..hahaha...baju time Aiman masih cantik lagi pun Ilot beli je baju lagi...Ni semua pengaruh online la ni..( ceh..salahkan org lain pulak kannnn???)

Oklah.. Doakan Ilot ye..

Bui Bui Bui.....