Ahad, 25 Mei 2014

Review : Nestum 3 in 1

Wah.. sebut pasal Nestum mesti dah terbayang sedapnye kalau minum air milo dengan nestum. Hahaha... ofcoz lah Ilot ni peminat fanatik nestum. Lagi-lagi time pantang pastu sekarang ni selalu tak sempat nak breakfast. Yela pagi-pagi je dah sibuk nak uruskan 2 orang hero kecik ni. So, paling mudah juz bancuh nestum sepeket dgn sepeket milo instant kat cawan panjang. Peh.. memang terbaekkk! Serius, memang konyang!

Okeh, Ilot nak habak ni, kalau korang nak tau Nestum tengah wat contest best nih! Paling syok hadiah yang dorang nak bagi pun best jugak

 ni haa.....


Wah...bestnya! Hadiah mingguan je dah RM 2500.00. Tapi contest dia kena buat apa ek???



Okeh, nak explain sikit. If korang perasan kat iklan tv sekarang dah ada iklan nestum baru. Perasan tak?? sila angguk ye . Kalau belum tengok try search kat youtube iklan dia ni pastu download. Dah download korang pakat anak beranak or ngan kengkawan buat video bout nestum ni. Buatlah video yang happening pastu upload video korang . Easy right? ( Ilot nak ajak Aiman, Raikal dengan bapak dah dorang nilah, kekekekekeke! )

More info, korang boleh pergi dekat http://nestum.com.my/ . Mana tau ada rezeki boleh menang RM2500.00 kann? dah nak raya ni, boleh beli macam-macam.

* More cereal for life, Yeahhhhh!

Jumaat, 23 Mei 2014

Jangan lebih-lebih boleh tak?

Hahaha... pelik tak kenapala Ilot taruk title entry kali ni cenggitu tu. Ala, sebenarnya sejak isu kenaikan tarif api, isu GST, isu MH370 ni and bla bla isu ramai yang meluahkan perasaan tak puas hati. Okey, smlm pun Ilot ada tulis ketidak puasan dan kepelikkan (bahasa apakah?) sebab untuk bulan Mei ni bayaran semasa untuk bil api boleh mencanak naik 2x ganda.! toing toing toing.. kepalaku tetiba pusing sebentar. *_*
Serius beb, memang terkejut. Tunjuk kat suami memula dia tanya, bil bulan lepas tak bayar ke? haissy.. ni bil bulan nilah..bulan lepas kan dah bayar.. Dia mula buat muka terkejut and tak percaya. Hadoihh... 



Terus Ilot luahkan rasa kat FB.. hahaha, baca komen dorang upanya majoriti ramai yang rasa apa yang daku rasa.. so sad.... memang lepas ni nak kena pakai pelita kott!

Dalam baca status kengkawan lain kat FB pasal ni, ada sorang hamba Allah ni asyik nak mengagungkan parti yang dia follow ni. (okey, sori to say, isu ni memang sensitif sikit ye). Apa aje yang jadik kat Malaysia bila jadik something wrong somewhere mulalah dia nak kuarkan status yang berunsur politik pastu salahkan parti lawan. Ok, memang orang yang dah 21 tahun ke atas ni layak untuk pilh parti apa yang kita nak, tapi please lah jangan over sangat. Lagi-lagi kalau dekat FB. Boringla.... asyik post benda yang bukan-bukan je. Rasanya status hari ni nak makan pizza, harini nak shopping, harini membosankan lagi bagus kot dari status yang gitutu...
Maafla kalau ada reader yang pernah post status macam orang tu, cuma Ilot nak luahkan pendapat. Nak berkempen, kempenlah dengan bijak..

Okeylah, taknak taip entry ni panjang sangat, takut ada orang block my blog. 



undilah saya :)