Ahad, 29 Jun 2014

Beli dan belah dekat LAZADA (yeaahhhh!!!)

Hihihi...

Tak boleh blah punya tajuk.. Dah beli lepas tu blah kan? tapi shopping kat Lazada, mana boleh cenggitu sebab tiap kali online mesti nak tengok barang kat Lazada. Memang seronok tau, sebab banyak barang yang diorang jual. Dari tablet, baju budak, toys, stroller,kasut,beg, pinggan mangkuk, periuk kuali bla bla bla... semua tu ade jual. Tinggal korang prepare duit kat account je pastu register m2u or cimb click. Makin banyak duit korang kat account makin banyaklah korang nyopping...hihihi (terasa i)

Sebenarnya Ilot memang baru menyopping kat Lazada. Memula beli camera..pastu beli mixer, kasut dan kasut. 


Haritu beli harga dia RM145.00 pastu naik ke harga asal RM399.00 and now ada less lagi..Maybe sebab Ramadhan ni..harga dia now RM139.00 beb...cepat beli cepat beli! kualiti picture dia ok tau... tak caye???

Pastukan, Ilot order lagi barang.. nak tau beli apa??


 

Okeh, 2 parcel ni sebenarnya beli tak saing. Beza sehari je order..kan Ilot dah cakap, hari0hari tengok barang kat Lazada memang asyik nak beli je... Orang GDex yang hantar barang ni sampai ketawa bila bagitau "akak, barang akak dah sampai lagi"...arghh,,,,whatever!

 Nak tau tak apa yang Ilot borong???
Ha...mesti nak tau kan coz Ilot nampak korang angguk-angguk..haha!







Untuk mixer ni, memang Ilot dah lama plan nak beli. Sebab teringin sangat nak wat kek untuk Aiman. So, ternampak mixer ni kat Lazada pastu price dia bawah seratus tu yang cepat-cepat beli. Lagipun brand Butterfly ni pun antara brand elektrik yang baik.


Peralatan nak wat cupcake pun Ilot beli. Piping beg, mangkuk pembakar dengan kertas cupcake.

Kenapa Ilot suka beli barang dekat Lazada? Ok, Ilot ssuka beli kat Lazada sebab harganya kadang jauh lagi murah, original dan penghantaran yang cepat dan selamat. Lagi satu, barang yang bagus dan ada feedback yang bagus dari customer kita boleh tau melalui star yang ada untuk setiap barang. Macam camera and mixer setiap satu barang ada full star. So that mean, barang tu elok and bila kita beli kita akan puas hati.. Buktinya, picture barang-barang yang Ilot beli ni Ilot snap pakai camera agfa tu. See, kira clear kan gambarnya? Insyaallah, Ilot memang berani untuk yakinkan korang tak perlu risau shopping kat Lazada. Insyaallah pasni Ilot nak beli handphone pulak..hahahaha....

Lastly, nasihat Ilot bila kita membeli barang online ni janganlah boros sebab sebenarnya belian secara online ni kita tak perasan tetiba kita dah beli barang yang tak sepatutnya. Jangan sampai duit kat atm kosong ye kawan!


 Yang ini takde jual kat Lazada ye...hihi

Oklah... kita jumpa lagi kat next entry ye!

Bui Bui Bui

Amigos Adiosss


p/s : Lazada, sila berikan saya diskaun yang banyak ye sebab rajin promot awak...hahaha



Selasa, 24 Jun 2014

Shopping Raya Part 1

Assalamualaikum...

Hamboih..kelas kau jah! belum puasa ko dah pergi menyoping dulu. Hahahaha...takdelah, nak shopping baju bebudak dorang ni mana boleh pergi time puasa. Boleh tergugat iman nanti. (aicehh). Sebab apa tau, dengan ragam bebudak ni, kita tak boleh nak duga. Kadang mood dia ok, kadang mood dia tak ok. Kadang boleh menyebabkan satu apa pun tak dapat. Jadik seminggu sebelum nak puasa ni kena bereskan pencarian baju diorang. So lepas ni kalau nak topup pun takdelah banyak sangat.



 Abang Aiman kepenatan..sian dia, dok kat troli je 

ni tengah survey nak carik kasut tapi disebabkan dia dah fedup, so dia tanak try...isk isk

  
Afiq Raikal yang steady 

 
En.Suami pun dok sibuk shopping seluar kerja. Murah pastu bagus kainnya. 
 
 
Dr. Martens Women`s Eleanor Red Patent Lamper Sandal
Baru sampai dari UK uolzzz (beli kat ebay)


Sebelum balik kite amik gambar dulu ye..
  Amboi Raikal, syok awak tido ye, abang awak kat dalam kereta pun dah pengsan 

 Hasil tangkapan kita arini ye tuan-tuan dan puan-puan..

Nak selfie jugak...


Dah ada beg tangan bergerak ni kenalah ikut ragam dia, jadiknya kenalah bersabar dengan ragam dorang. Apapun, ada lagi shopping raya. Sebab tu title entry ada part 1. 
Okeylah...

Bui Bui Bui!!!

Amigos Adioss...




Ahad, 22 Jun 2014

INI ENTRY GAMBAR ANAK-ANAK AJE

 
Assalamualaikum....

Today juz nak upload pic bebudak comel dorang ni sebab snap pic diorang pakai camera baru! yihuuu.... (nak riak leteww...hihi)










 Dak bucuk ummi Muhammad Aiman Darwisy  (23 -Ogos -2011)






 Dak gebuss pipi tembam ummi Muhammad Afiq Raikal (13- April - 2014 )

Moga kalian berdua bila dah besar nanti sentiasa lindung melindungi, tolong menolong antara satu sama lain... kalianlah harta ummi dunia akhirat..

luv u my hero's


Selasa, 17 Jun 2014

Raikal dah 2 bulan!

Assalamualaikum..

Yeah...adek dah 2 bulan dah. Dan ini bermakna Raikal kena inject lg untuk yg kedua. Untuk injection yang kedua ni kata nurse namanya 'inject 3 serangkai'. Yg ummi dia mcm blurr jekan bila nurse cakap cenggitu. Haha... ghupanya inject tu untuk elak 3 penyakit iaitu kancing gigi, radang otak dengan 1 lagi tu den tak hengat pulerr... (blurr sekejap). Apepun tak kesahlah, yang penting enjek tu terbaik utk baby. Awal-awal lagi bagitau kat En.suami appoiment kali kedua ni pun Raikal kena inject, dia dah mulala... (act, dia memang fobia dengan jarum inject..haisyyyy). 

Yang Ummi dia pulak, dah tak pikir pasai inject. Yang Ummi dia eksaited, berapa KG dah Raikal ni. 
(Maybe semua emak akan teruja pasal ni kot, ke aku je ek?). Alhamdulillah untuk second month ni Raikal dah 6.2KG. First month aritu 4.8KG. Boleh tahan jugak naiknye ni.. terlebih kasih sayangla katakan...

Saya dah botak uolls.. amacam? hensem bukan? =)

Now, dah tambah akal... bila di agah dah ade respon, and paling best bila time ngarok kita panggil nama dia lembut-lembut terus jadik slow... 

oklah...continue next entry..banyak nak sharing nih...

bui bui bui