Assalamualaikum dan hai!
Well, selamat berpuasa korang. Hope puasa ni sentiasa dimewahkan rezeki dan diberkati oleh Allah..amin...
Entry kalini maybe lebih more kepada luahan perasaan kot. Bukan nak mencarut or mengamuk sakan tau! (no no no....) tapi lebih kepada rasa bersyukur dengan apa yang Ilot ada. Yelah, sempena bulan Ramadhan yang mulia ni kan elok banget kalau kita lebihkan rasa bersyukur .
Act, tahun ni adalah tahun pertama sambut Ramadhan dekat rumah baru, lepastu dapat baby boy Raikal and than celebrate as a housewife. Yeah, Ilot memang dah 4 bulan rasanya resign dan banyak masa duduk rumah. Alhamdulillah, memang rasa bahagia dan paling penting setakat ni belum ada istilah bosan dalam hidup sebab 24 jam kurasa cepat masa berjalan.
Bukan semua orang dapat apa yang Ilot dapat taw. Dan tak semestinya apa yang korang dapat Ilot akan dapat jugak. Rezeki masing-masing right? Ada jugak kawan-kawan yang masih berkerja cakap ''untunglah ko ilot, dah tak kerja..aku nak resign kerja bujet tak cukup lagi. Nak beli pampers, susu, bayar kereta, bayar rumah, bla bla bla".. Erm...semua tu sebenarnya adalah hak masing-masing. Ye, mulanya sebelum Ilot nak berhenti, Ilot selalu fikir macamtu. Memang hidup sebagai manusia ni, kita takkan pernah puas. Alah, nak cakap lebih-lebih pun takut terlebih pulak..nanti dah bertukar pada rasa riak...takmolah cenggitu.
Oklah.. kita continue next entry ye :)
Syukur dengan 2 harta Ilot ni. Alhamdulillah, Aiman sayang kat adeknya and Raikal pun suka kalau abang dia main kat sebelahnya