Jumaat, 6 Mac 2015

BORAK KOSONG



Hola holi cekebum cekebum.....

Ya Allah...! aku rindukan blog ini. Dah lama banget tak menaip, termenung, tunggu gambar loading utk masukkan kat blog ni. Rasanya dekat setengah tahun kot. Phewww.... tankiulah pada korang yang masih nak baca bloh hakak ni. Tadi bukak statistik ada je visitor yg jenguk blog ni. Thanks banget!

Since Raikal dah nak setahun ni, dia punya akal dah bertambah dah... pantang aku nak jalan kedapur, dia punya speed kelajuan merangkak kira dah macam pasang turbo. Tau tau dia dah capai kuali, penapis dengan tapis. Kadang tu dia reti jugak nak main sorang-sorang kat bilik mainan. Diam je tak dengar suara, rupanya dok nyepah kat bilik. Dengan lori, jengkaut abang dia punye terbalik sana sini. Siap kalau dia sorong-sorong lori mulut dia pun buat sound effect. Aiman pulak dah sekolah tadika, just tumpangkan untuk umur 4 tahun. Planning asal Ilot ngan suami macam tak nak sekolahkan dia, nak tunggu dia umur 5 tahun. Tapi fikir-fikir dari asyik belajar dengan ultraman baik hantar dia sekolah. Biar dia tau berkawan, kongsi barang, belajar itu belajar ini. Memula hantar tu memang macam-macam dugaan jugak. Yang kena tunggu dia kat sekolah. Yang menangis kena tinggal, yang mogok tak nak bangun pagi, yang muka dia kena cakar, kena gigit...haii...
Memang time tu aku betul-betul jadik ultraMak!

Alhamdulillah, sepanjang aku melalui fasa anak meningkat dan susah payah uruskan anak-anak, mak banyak jadi penyelamat. Masa hari pertama sekolah, Raikal mogok, mak tolong ganti temankan Aiman kat sekolah. Rasanya banyak sangat pertolongan dari mak. Terima kasih mak!!

Ok, untuk harini, tu je nak pot pet. Insyaallah nanti i akan rerajin update okehhhh!!