Assalamualaikum….
Kehadapan
ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan
bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya
hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama
ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak
mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz saya merupakan seorang
lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup
menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..Saya merupakan
seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun
ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan
kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk
membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah berkahwin
dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang
yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai
bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan
santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami
ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih
belum bersedia.
Ustaz terus terang saya katakan yang
saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada
isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya
akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup
aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi
kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada
anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg
amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan
kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan
harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah
saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang
penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya
akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia
akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya
dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan
hidangkan makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari saya
menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah
solat?...abang tak pernah solat ke?Paannggg..!!satu tamparan kuat saya
berikan di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur
ego yg menggila…Bengkak pipinya.,dia menangis terisak-isak.saya
ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia
bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu hari.,dia
ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng
untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya
di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya
tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang
digoreng khas untuk saya.,dengan linangan air mata dia mengutip setiap
butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…
Ustaz saya bertambah lupa
daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di
luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan
saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang
badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan
jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika
apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia
bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah
diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila
saya terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan dan
sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya
terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan
setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada
rungutan atau perasaan genyi mahupun geli.dialah yang memandikan
saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya
mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam
berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk
dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya
dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga
saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke
pagi..,risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan.,dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan
makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya.Bila saya
kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari
teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan
bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu
saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi
saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami
orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang
menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri
saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa
yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada
isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.
Ustaz….ketika saya boleh
berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya
jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera
makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya
jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi
sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.
Ustaz kesihatan isteri saya
makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis
sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya
lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama
maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan
abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak
yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.
Ustaz selepas itu isteri saya
di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya
belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak
berhenti—henti mengalir.”Jangan menangis bang….bukan
salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati
abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya
menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan
saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang
amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada
berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk
saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya
meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi
katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga
diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya
menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata
terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00 ptg
setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi
meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan
kesalan yang menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di
atas kekasaran yg pernah saya lakukan.
Ustaz jiwa saya tak
tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini...? apakah
kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan
diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya
terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di
telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri
baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada
Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar
dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya
menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah
lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia
impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang
terkandung dalam lagu itu dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu
dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya
selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya
teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita
abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan
abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak
sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya."
Ustaz..saya harap ustaz tak
marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah
pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada
ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…Ustaz….saya harap
cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar
suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat
begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda
akan menyesal tak sudah….
Terima kasih ustaz….doakan saya…….
**** air mata menitis tanpa henti.......****
Tiada ulasan:
Catat Ulasan