Rabu, 13 Ogos 2014

IKAN PARI BAKAR DAN SAMBAL ASAM BELACAN



Yuhuu…selamat hari raya uolss..ntah raya yang keberapa ntah barula Ilot nak wish kat korang ek. Huhuhuu…

Oklah, taknak potpet harini Ilot nak sharing masak ikan pari bakar yang super spesel bersama sambal asam belacan resepi turun temurun nyai belah suami, pastu emak mertua turunkan kat Ilot. Memang superdapdap!!!



                                       


REMPAH IKAN BAKAR

-         

  •         BAWANG PUTIH (4 ULAS)
  •       SERAI (1 BATANG)
  •       KUNYIT ( BOLEH PAKAI YANG SERBUK PUNYA)
  •       GARAM

-  *BAHAN-BAHAN KAT ATAS TU BLENDER LEPASTU LETAK KAT IKAN. OHYE,   UNTUK PERAPAN IKAN PARI TU ILOT LETAK DALAM 1 SUDU REMPAH TOMYAM (REFER KAT GAMBAR TU YE) UNTUK BAGI RASA YANG UMPPHHH!


 ni rempah tomyam yang Ilot guna ye

* AGAK-AGAK DAH PERAP DALAM 10 MINIT, BOLEH BAKAR IKAN TU YE. KALAU PAKAI OVEN MACAM ILOT, DALAM 20 MINIT JUGAK. DEPENDS KAT KORANGLA ASALKAN JANGAN SAMPAI RENTUNG UDAHLERRR =)

p/s : sebelum nak bakar, kertas timah tu Ilot sapu dengan buttercup. Bila dah bakar rempah tu sebati dengan buttercup memang buat lagi lemak and sedap. Paling penting ikan tak lekat.


SAMBAL  ASAM BELACAN

  •   BAWANG MERAH (BESAR)
  •  IKAN BILIS
  •  BELACAN
  •  CILI PADI
  •  AIR ASAM. (SEBENARNYA PAKAI AIR ASAM JAWA TAPI KAT UMAH DAH ABES, PAKAI ASAM KEPING AJE, ILOT RENDAM KAT AIR PANAS)
  •  AJINAMOTO 
  •  GULA

-         

-         
-         




·     * IKAN BILIS, CILI PADI, BELACAN REBUS KEJAP KAT AIR. REBUS SAMPAI AIR     TU KERING YE.  
·     * DAH REBUS, MASUKKAN KAT BLENDER. MASUKKAN BAWANG MERAH, GULA,  AJINAMOTO DAN AIR ASAM.  BLENDER SAMPAI LUMAT… KUANTITI GULA IKUT SUKA KORANGLAH. MACAMTU JUGAK DENGAN AJINAMOTO. 


 CILI PADI, BILIS DAN BELACAN REBUS DEKAT AIR YANG SIKIT YE, LEPASTU BELACAN TU JANGAN SAMPAI KENA AIR. LETAKKAN DIA DEKAT ATAS CILI KE, BILIS KE..BIAR BELACAN TU KENA WAP JE.

 Haa…dah siap. Senang je kan? Memang sedap tau, kat kedai takde jumpa cicah sambal asam macamni. Biasa korang jumpa yang merah takpun cicah air asam letak cili je kan??.. so, cepat-cepat buat….





Kalau korang taknak guna pari, korang boleh guna ikan apepun yang korang suka ye. Comfem, makan dengan  sayur air, pastu nasik tengah panas memang  sodap gilos!



Ok korang, bui bui bui~~~~


4 ulasan:

  1. Sedap2..salam persinggahan dari abah. abah dah follow blog ni. jom follow blog abah plak k.
    http://abahbz.blogspot.com

    BalasPadam
  2. tengok gambar pon dah terliur apatah kalau dapat rasa ni..thank you for sharing sis :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha.....nanti Liza try buat ye..so senang je ni. Sambil tunggu ikan masak boleh tengok tv kejap..hihihi.

      Padam