Khamis, 9 Oktober 2014

Ikan Masak Singgang

Assalamualaikum.

Tak tau nak masak apa? ha..meh sini, Ilot nak sharing resepi Ikan masak singgang. Kalau duduk kampung, tak reti nak masak singgang macam malu lah. Senang je nak masak ni. Punya senang sampai budak darjah 6 pun tau nak masak ni. Seriyes! Ilot tak tipu... 

ok, jom kita masak!

 
Bahan untuk ditumis
seulas bawang besar (potong mayang)
4 biji bawang putih (diketuk)
 cili padi (di potong dua)
halia (dipotong)
kunyit (ditumbuk )
serai (dititik)

 Daun kunyit (masukkan kendian)


 Ok, masukkan minyak. Bila dah panas, bahan untuk ditumis. Tumis sehingga naik bau.


 
Masukkan air (agak-agak imbang dengan ikan yang nak dimasukkan, jangan banyak sangat, nant kecayiren..huhuhu)


Masukkan asam keping (boleh juga ganti dengan masukkan tomato. Nak masukkan asam keping ngan tomato pun boleh. Tapi balance kan ye, biar tak masam sangat)

 Bila rempah dan air dah sebati, tunggu sampai air tu macam nak mula mendidih. Ohye, lupa pulak... bubuh garam, ajinamoto ikut sesuka korang.

Masukkan daun kunyit




Ok, ada certain orang dia tak tutup time nak biar ikan tu masak. Tapi Ilot suka tutup, so ikan tu masak macam ala stim dan yang penting ikan tak hancur. Rasa ikan tu pun lagi sedap. (depend kat korang ye. 
Ok, bila dah rasa semuanya dah complete, ikan dah masak boleh matikan api. Singgang ni sodap kalau korang buat sambal belacan pastu buat telur dadar..pergghhhhhh! mantap!

Ok, selamat masak untuk esok ye!


** sengaja post entry ni tengah malam, esok pagi korang dah tak pening nak masak apa. 

bui bui bui~~~~

3 ulasan:

  1. Mmmm, nampak sedap dan menyelerakan. Terbayang2 aroma daun kunyit tu.. Cuma kalau kak zefa punya style singgang tak tumis, semua rebus je..

    BalasPadam
  2. haah kak Zefa, masa pantang aritu massak singgang cara rebus. Tapi lain jugak rasanya bila ditumis dengan direbus. Macam sedap lagi ditumis...

    BalasPadam
  3. Gambar-gambar yang berada di atas buat saya lapar!. hha Nyam'2~

    BalasPadam