Selasa, 7 Oktober 2014

Mak-mak sangat!

Assalamualaikum.

Ilot start menjadi ummi yang vouge time 2011. Ok, vouge itu harus dianggukkan walau terpaksa ye..hahahha. Peh, menjadi seorang emak ni rupanya bukan satu tugas yang senang. Pernah satu masa dalam sibuk kemas itu kemas ini, lepas tu konon nak baring kejap lepaskan penat. Baru nak rasa selesa tetiba 'ummi..!!!' adei..... terpaksalah bangun jugak melayan perangai anak-anak. 

Sebab tu kan, bila orang cakap ''anak ko gini anak ko gitu'', Ilot ada rasa touching yang melampau. Nak jugak kadang membalas dengan bahasa yang kesat tapi untuk apa? Oh, takpelah...its ok. 
Maybe memang satu benda yang normal kerana mulut dan pemikiran manusia itu tidak sama. Kita rasa kita betul but untuk orang lain mungkin tak.

Sebenarnya benda ni bukan Ilot sorang je yang rasa. Ilot ada borak dengan kawan lama kat whatsapp, Ilot tanya " korang rasa sentap tak bila orang kata anak ko ni tak macam anak si polan, ko ni salah didik anak, ko ni garang sangat ko gitu ko gini''
So kawan pun jawab " of course sangat sentap Lot. Kita mengandungkan dia 9 bulan, selama tu kita rasa segala hormon kita berubah. Kita loya, pening, kena cucuk amik darah tiap bulan...tu belum keluar strechmark kat sana sini. Bila nak bersalin, kita sakit lagi kena seluk untuk ukur berapa cm, kena cucuk kat tangan untuk pasang salur ubat. Dah bersalin, sakit pulak kena jahit...bla bla bla...(banyak sangat yang dia cakap) sebab tu kita memang patut untuk rasa sensitif. ''
Pengalaman kawan Ilot lagi sedih. Anak dia ada komplikasi masa baru dilahirkan dan kena tahan kat wad sangat lama. Tapi yang tak patutnya adalah, saudara mara salahkan kawan Ilot kerana tak jaga pantang larang masa mengandung. Dan bila anak dia dah dekat setahun, dia punya perkembangan agak lambat sikit. Masa tu lagi teruk dia kena hentam. 

That's why if kita tak nak orang lain buat kat kita macam tu, kita jangan buat macam tu kat orang lain. Sepatutnya berikanlah semangat, doa dan pertolongan. Bukan cemuhan, umpatan dan tuduhan. Semua yang jadi kat kita ni adalah ciptaan dan dari kuasa Allah. 
Sebab tu, bila Ilot tegur seorang sahabat lain yang belum berkahwin untuk jangan mengata anak orang, dia akan cakap '' ko ni mak-mak sangatlah Lot''Ilot jawab ''kalau ko dah ada anak ko akan akan rasa apa yang aku rasa ni''


alhamdulillah syukur....



3 ulasan:

  1. betul...selalu orang "lama" ni akan kata macam tu..sedangkan kita try the best jadi dan membentuk anak2 kita kan.. insyaallah.. orang lain tak faham akan anak2 kita..yang penting kita tahu anak2 kita amcam... TAHNIAH...teruskan perjuangan ibu2 muda ni.. (mudal asangat mommylina ni... ) hihi...

    Salam ukhwah dan salam perkenalan

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai kak Lina

      biasalah kak, mungkin dah jadik typical kat org lama.
      shaiyok shaiyokkk!

      Padam
  2. biasakan apa yg perlu dibiasa. heee...

    mak mak pon comel. heee

    BalasPadam