Khamis, 28 Jun 2012

DEJAVU DI KINABALU



Wuahhhhhh!!!! 


Gedabak giler aku letak gambar cerita yang sekarang tengah HOT! 

Sekarang, aku cepat-cepat balik umah and make sure pukul 7 akan open channel 3. Aku tak kira my Suami nak tengok karton ke, planet animal ke, ape ke... Yang penting aku nak tengok tu jugak.

Alhamdulillah Encik Suami memahami and join sekali. Tapi yang paling haru, dia lagi hafal lagu BUTTERFLY tu dari aku.. OMG!














Okeh korang...tengok tau drama nih..
Aku nak copy paste sinopsis kang tak best lak kan kan?!


Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah
Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu
Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
That previous messed up false me and you
Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua
Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu






So korang...


CeKidauuuTTT <3 

 





Ahad, 17 Jun 2012

Cinta Itu Indah....

Ramai kawan bertanya, kenpa aku memilih dia. Apa lebihnya dia? Apa istimewanya dia? Baik sangat ke dia tu sampai ko pilih dia?

Hei kawan.... kenapa aku pilih dia?

Kerana, kasih, sayang dan cinta itu telah aku berikan pada dia dan dia telah mengambilnya....


Korang faham ke maksud aku tu?

Ermmm.... 

Memang, ramai kawan-kawan yang pandang sinis bila aku pilih untuk serius dengan dia sedangkan kawan-kawan aku anggap sia-sia aje aku pilihnya.

Ye, aku pernah dikecewakannya... Aku juga pernah cuba untuyk berpaling kasih dari terus mengasihinya. Tapi, memang sudah ditakdirkan aku menjadi hak nya. 

Dia sahabat baikku, dia musuh ketatku..

Dialah suamiku...








Rabu, 13 Jun 2012

TAK TAU MASAK KERRR????

Assalamualaikum...

Panas betoi cuaca arini... pergh...

Aku rasa tadi macam tak nak kuar dari opis, nak nyorok je.. almaklumlah, bila kena panas je, mak jemah terus nak mencairkan diri nih!  

Ahaks!!!

Ayat tak boleh handle tu.. ~~~jangan keluarkan isirung perut anda ye!~~~

Kat dunia je dah hot mcm ni, lg panas kat neraka tu kan? matahari hanya sejengkal aje dari kepala kita. Masyaallah.... 

Oklah yunk, forget pasal panas ye. Harini aku macam nak pot pet pasal satu benda nih. Yup, dilema untuk orang yang kejap lg nak kawen nih. Biasalah, melalui pengalaman..hehehe

Honestly, before kawen aku memang tak reti nak masak. Tau pun setakat masak buat sayur air, masak lemak, masak sambal....alah, yang simple mimple tu je (goreng ikan, goreng ayam, goreng telur mesti ke nak sebut gak??? lau tak reti mang nak kena lepuuk lah ni!)
Kalau nak masak yang complicated memang haram jadahlah.! memang terkaku terus kat dapur..hihi

Sebenarnya, tak pandai masak bukan bermakna kita langsung tak masuk dapur. Memang kita yang tukang kupas-kupas bawang, tumbuk2 rempah tapi bila time masak je sudip, senduk memang mak yang pegang. Nanti dah masak barulah aku tukang hidang atas meja. Dulu time cuti sekolah or cuti keja, abah paling pantang kalau tengahari tak tolong mak masak. Memang kena marahlah kalau takde kat dapur tu. Dia kata, nak kerok nasik orak iso! 


jawa mariiiiii!!!!!



Masa dah rasmi jadik tunang orang, emak memang dah start bebel.. Dia suh belajar masak, nanti malu dengan mak mertua.. huhu, lemah den... Oklah, belajarlah jugak. Dah expertlah jugak masak sup ayam, sambal ikan, sambal tumis.. cuma ade masanya rasanya cemplang sikit.

Bila dah kawen, memang aku terus terang kat mak mertua yang aku ni tak pandai masak. And alhamdulillah, aku dikurniakan mak mertua yang tersangat sporting and paling best, emak sangat expert bab masak memasak. Yeah!!!

And paling menambahkan semangat aku untuk belajar masak ni bila emak mertua cakap " emak dulu masa mula-mula kawen dengan ayah pun tak berapa pandai masak, bila dah kawen emak belajar masak dengan nyai ( nenek belah ayah )." Dan terbukti, bila masak je memang teramat sedap hasilnya. Sebab tu ayah jarang makan kat kedai. Mak masak memng the best!

Di sebabkan itu, aku belajar masak. Bila tak sedap my suami komen. Kadang-kadang touching dengan komen pedas dia tu..hangen gak, masak penat-penat kok!
but lama-lama seronok pulak.

Sekarang dah duduk umah sendiri, alhamdulillah aku pandailah masak yang rumit-rumit. Dari 10, aku rasa 7 lah tahap kepandaian aku. Kira oklah kan dari 0..hehehe...
Bila kumpul dengan adek beradik sendiri, boleh dikatakan akulah leader kat dapur. Paling best time aku masak satey last year. Sedara-mara semua cakap sedap! kembang semangkuk aku....huhu








wajah yang ke"konfidenan'' ----ape punye ayat daaaa....



  


 wajah penuh kegembiraan! ---yeah!!!!!




wajah seorang PRO ----- menyampah pulookk!!






wajah-wajah kelaparan -----keh keh keh, pelanggan sudah mari!!! paklong and saffik tak sabar nak serbu satey aku!





wajah makanan yang enak gituww.......gulp!!!






badan tanpa wajah!---hohoho....


ngeh ngeh ngeh.....

Tu kalau aku jual memang laku sangat. Siap ade yang tanya kalau nak tempah esok-esok boley ke tak..hak hak! lucu lah. Alah, senang je nak wat satey. Tapi gula, halia, serai memang nak kena banyak. Baru sedap!

Ok lah, sambung esok-esok okeh..

bui bui bui......

sayonara









Isnin, 11 Jun 2012

AKU HANYA MANUSIA BIASA

Assalamualaikum kawan-kawan...

Entah kenapa aku nak taruk tajuk macam tu pulak untuk entry kali nih. Yelah, ayat macam nak frust-frust aje kan???

Pernah tak korang berdepan dengan situasi ni...

Harini si A dok sok sek sok sek pasal si B. Tapi, bila si B ada, amboi... macam nak dilambung-lambung.
Baik semacam, rahsia pun kongsi bersama. Dekat belakang B, asyik nak cerita yang buruk-buruk belaka. 

Yang tak bestnya lagi, bila si B mengadu and sok sek sok sek pasal kita boleh lak si A pun percaya aje...

Haihhhhh!!! complicatednya hidup nih....


So, klu benda ni jadik kat korang ape yg korang buat?

Setakat nih, aku masih boleh bersabar and buat derrkk aje even hati ni mengelegak bagai!
 Alhamdulillah, aku dikurniakan  encik suami and parents yang always ada kalau aku nak luahkan perasaan..

Sabar ajelah Ila.......




Sabtu, 9 Jun 2012

PART 3 (LOVE STORY)

 




Alhamdulillah.......

Thanks God give me life... aku masih boleh bernafas..masih boleh buat milo panas di pagi hari. Boleh lagi geletek Aiman and dengar dia ketawa kuat-kuat... Dan aku rasa, harini aku nak continue story yang lapuk tu. Hahaha! im so sorry ye coz melengah-lengahkan cerita itu <3<3<3



TARIK NAFAS SEKEJAP....




Alahmdulillah... Aku dan Along dapat teruskan dugaan semasa bercinta. Masa mula-mula lepas kejadian dia berkawan dengan ramai orang, hati aku memang tawar sesangat. Nak reply mesej dan nak jawab call dari dia pun macam tak ikhlas. Yelah, kite sayang dia sangat-sangat, ea ehh, dia boleh curang pulokk...=(

Tapi bila lama-lama aku rasa dia memang berubah. Along lagi lebih bertanggungjawab and selalu ada disaat aku memerlukan...


Dari hari ke hari, hubungan sesama kami sekeluarga juga makin rapat. Dan akhirnya kitorang putuskan untuk bertunang selepas aku habis STPM. Memang tak jangka pun nak bertunang awal.




Masa nih memang body rammmping yang amat. Serius giler!





nilah cincin tunang kami... unik and tersendiri. Ramai yang cakap, cincin tunag aku ni memang cantik and susah nak dapat design yang macam ni. Memang pandai cik abang sorang tu pilih cincin...thanks my lover.....<3


Kami bertunang selama 2 tahun hidup. Honestly lah..bertunang memang banyak cabaran. Lagi-lagi dengan umor kitowang yang masih lagi muda.. 

Bergaduh.....

Berselisih pendapat.....


Merajuk.......


Ketawa.....


Menangis....


Berkongsi pendapat, berkongsi minat..cuba faham apa kesukaan dia..apa yang dia tak suka... 



Alhamdulillah, aku rasa pilihan aku memang tak salah. My Along memang seorang anak yang baik. Tak pernah aku dengar dia tinggikan suara pada Mak dan Ayah. Even orang luar cakap yang bukan-bukan, nope!!! korang semua salah ye!


Mesti kowang tak percaya kalau aku bgtau yang Along nih SUKA giler dengan citer hindustan..hahahaha!!! 

Betul! aku tak tipu..


Selepas setahun kitorag tunang, mulalah orang tua kami berbincang tetapkan tarikh untuk melangsungkan majlis kahwin kami berdua.

Ya Allah... bagaikan satu cerita kehidupan yang aku tak sangka!


Aku akan menjadi isteri kepada MOHD FIRDAUS... 




continue again...................................................................