Sabtu, 6 Jun 2015

CLOTH DIAPER => MEMANG JIMAT BEB!!!

Ok, Ilot rasa ramai jugak yang mula berkenan dan tertarik nak mulakan langkah jimat since harga pampers naik melambung sejak GST. Ilot memang dah tukar dengan gunakan cloth diaper (CD). Dan alhamdulillah, bila gunakan CD ni memang agak berbaloi. 

Mulanya, Ilot pun macam teragak jugak nak pakaikan CD kat Raikal. Yelah, fikir Aiman dah tak pakai pampers, so bila pakaikan CD maybe boleh jimat lagi. Fikir punya fikir akhirnya Ilot pun buat keputusan untuk tukar.

 Yang putih tu adalah microfiber insert dan yang kalerful tu CD dia.

Biasanya dalam 1 CD ni akan termasuk 2 keping insert. Depend pada seller. Macam Ilot, Ilot beli dengan Qaisyara BabyShop. Untuk CD plain yang macam Ilot beli ni, harga dalam RM19/pc dan kalau yang bercorak RM22/pc. Untuk more detail boleh tekan Link Fb dia ok! Bestnya nanti akak tu akan bg tunjuk ajar korang macamana nak guna CD, macamana nak basuh and macamana nak simpan...memang trusted seller!

Ok, Ilot nak share lah tips untuk korang yang planning nak tukar ke CD ni, tp ni ikut cara Ilot lah. Ni adalah step permulaan untuk korang prepare sebelum bertukar ke Cloth Diaper.

1-  Make sure, korang kena prepare pampers masa mula korang pakaikan CD sebab bila korang takde standby pampers yang selalu korang guna tu, takut-takut kalau anak korang tak serasi ke, CD tak kering ke, atau stok CD tak cukup untuk permulaan. Biasanya, pampers tu Ilot akan pakaikan kat Raikal bila nak travel atau masa waktu tidur.

2- Ilot suggest korang kena ada stok 10 keping CD untuk permulaan. Nanti bila dah serasi barulah korang tambah sikit-sikit ikut budget korang. Ohye, Ilot nak ingatkan, mula-mula nak beli CD memang agak mahal TETAPI CD ni boleh dibasuh dan bukan pakai buang, so korang modal banyak masa mula-mula je pastu korang tinggal basuh je. Paling best CD ni boleh diwarisi untuk anak-anak seterusnya. Sebab tu CD tu menjimatkan.



Perkara penting yang korang kena ingat bila nak pakai CD ni ialah :

1- Korang tak geli tengok najis anak. Sebab, sebelum korang nak basuh guna mesin basuh, korang kena basuh dulu najis, air kencing yang ada kat CD dan insertnya. Dah agak-agak takde najis barulah masuk mesin. Barulah suci CD tu...

2- Korang kena rajin. Taknak malas... Korang nak jimat, so korang kena korbankan rasa malas. Banyak kot Ilot rasa kelebihan dia. Kurang kena ruam, jimat duit..cuma tula. korang kena rajin...

3- Rajin-rajin survey/Google kelebihan dan komen orang yang dah lama guna CD. Insyaallah akan membantu keyakinan korang dan semangat untuk tukar CD.

4- Explain kat partner korang tentang CD. Dan harus bincang budget permulaan untuk membelinya sebab takut partner korang salah faham dengan harga sekeping CD dengan penjimatan selepas menggunakannya. (ini paling penting pada Ilot).

5- Pastikan seller yang jual juga adalah pengguna CD. Jadi, kalau ada apa-apa yang tak faham boleh tanya dengan dia. 


Hope, apa yang Ilot sharing ni dapat bagi info kat korang. Nanti ilot akan update lagi pasal CD. Istiqamah dan nawaitu kena betul...insyaallah, nanti akan menyenangkan korang dalam jangka masa yang panjang.....

bui bui bui...........

Rabu, 3 Jun 2015

WHAT IS IN YOUR BAG MOM????

Semenjak bertukar status sebagai mak-mak ni, memang haruslah beg daku penuh macam diisi dengan berjuta-juta rupiah. Aku rasa benda ni normal kot bagi seorang mak, lagi mak macam aku yang malas nak angkut beg banyak sangat. So, sebagai langkah terbaik, aku lagi suka beli beg yang besar. Senang aku nak sumbat barang. Yelah, kalau dah masuk soping complex, aku tanaklah komplekskan kepala aku. Dengan barang-barang nak buat susu, dengan pampers bagai kan? 
Nasib baik, sekarang dah ada kemudahan botol susu termos, so aku akan siap-siapkan susu untuk bebudak ni and masukkan kt dalam comparment stroller. Pampers, tisu basah aku masukkan dalam beg tangan. Senaaanggg.......



 Harta karun.... auchhh....


Ni selepas dikemas kini, maka yang selalu ada didalam beg inilah dia....
Tisu basah
beg kecik untuk isi barang-barang kotor.
Handset
Lampin selai
pampers (Raikal guna Cloth diaper but kadang aku bawak spare pampers jgk 1)
Romper, senang sebab sekali sarung je. 
Lipstik and compact powder ni kadang kalau teringat aku masukkan lah.
Aloe vera spray ( ni aku beli kat Go Shop, bagus untuk kulit n rambut budak and maknya, lagipun bau dia wangiiii)

Korang pulak macamana?

Selasa, 12 Mei 2015

DILEMA : WALKER ATAU EXERSAUCER

Hye...assalamualaikum!

Well, my entry kalini kira macam nak sharing experience aku guna dua-dua alat ni. Firstly orang mesti nak tau apa tu exersaucer? becoz ramai jugak yang ingat benda alah ni sama dengan walker. 
Ekcelli exersaucer ni tak beroda, that mean dia statik kat satu tempat je. But dia boleh pusing-pusing 360 darjah gituw... samalah jugak macam jumperoo, cuma jumpero tu dia ada spring so baby boleh toink-toink bila berdiri. 

Ni nama dia exersaucer. Design dia sama macam aku belikan untuk Raikal. Mainan dia banyak kat keliling.


Ni Jumperoo. Lebih kurang funtionnya. tempat duduk pun 360, byk mainan but kat kana kiri ada spring yg boleh dia lompat-lompat. Mommies jangan risau, tak bahaya.

as u know, nilah dia walker (bukan kerabat Paul Walker ye =P)

Masa Aiman dulu, aku tak tau lagi pun pasal jumpero & exersaucer ni. Yang aku tau adalah walker. Even aku google ramai yang bagi bad effect kat baby macam jatuh tergolek lah, lambat jalanlah tapi aku beli jugak. Mungkin masa tu nak menyenangkan bila aku tengah buat kerja and taknak bagi dia boring kot. So aku pilih walker yang agak kukuh. Aku beli brand MAS Baby dalam around RM150.00 camtu. Memang ada yang agak murah TETAPI walker dia tak kukuh, pastu bila baby jalan laju sikit mesti terbalik. Tu yang taknak tu.Lagi satu walker ni kurang sesuai untuk rumah yang bertangga. Memang sangat bahaya. Yelah, walker ni takde lagi yang cipta siap brek. Kalau dicipta siap brek pon belum tentu baby tau nak tekan rite? 

Bila tengah mengandungkan Raikal, masa tu dah mula tau pasal jumperoo. Gila sekejap nak beli jumperoo sebab mcm cute giler dan yang pasti memang tak bahaya coz takde roda. Google punye google rupanya wujud yang namanya Exersaucer ni. Pergh...ya Ampun... gila comel kot yang namanya Exersaucer ni. Lagi comel dari jumperoo ( pada akulah). Masa tu terkejut jugak tengok harga dia. Kalau baru beli kat Malaysia je dah RM5++.00. Preloved pulak dalam RM3++. tapi yang tak bestnya preloved banyak yang designnya tak comel, mainan pulak ada yang missing. Hampa sekejap. Tetiba timbul pulak nak survey kat ebay. Rambang mata aku ni tengok macam-macam design kt ebay. Ingat lagi tak pasal  entry yang lepas, ada cerita pasal exersaucer tu. (nak baca tekan SINI).






Kalau korang tanya, kalau exersaucer ni budak cepat jalan ke? ok, secara honestly Raikal ni cepat sikit berjalan drpd abangnya dulu. But tak taulah ada kaitan dengan semua tu sebab Raikal ni walker pun dia hentam. Susahlah nak cakap sebab perkembangan budak ni tak sama. Dulu pun point utama carik exersaucer sebab takut Aiman tolak adiknya. Tapi dari segi keselamatan memang exersaucer lg selamat. Dan harganya lagi mahal daripada walker. Ikut budget uoll. 

Bagi korang yang ada instagram boleh taip #exersaucer , kat situ ramai anak mat salleh guna untuk train anak diorang. Diorang memang jarang guna walker. Comel betul diorang ni, sampai ada yang tertido sebab kusyuk sangat dengan mainan kat keliling tu, tapi Raikal ni takdelah sampai tahap tertido kalau dimasukkan kat dalam exersaucer. Melalak nak keluar hado lahh! Ohye, kalau korang nak beli yang preloved korang boleh survey kat Eila_manis Preloved. 

Last advised, rajin-rajinlah untuk google dulu sebelum beli barang anak sebab takut korang rasa tak berbaloi bila dah membelinya...

Bui bui buiiiii!!
 

Isnin, 4 Mei 2015

REZEKI 2015

Assalamualaikum... hye!

Bersawang laptop ni. Eksen sungguh sejak dah pakai smartphone. Da liat nak update cerita kat blog, ihihihihiii...

Last month, 13 April Raikal genap setahun, alhamdulillah... sekarang dia dah pandai jalan sana sini, dah kua gigi 3 batang (bawah 2 atas 1). Tapi berat dia susah nak naik. Kecik je. Dulu gebu gebas sekarang slim dah. Nak nak dia sekarang dok ligat manjat, memang tak reti dok diam. Abang Aiman pulak biasalah, still gebu seperti selalu...hihihihi

Actually, ada khabar baru yang sangat menggembirakan. Bagi yang selalu terjah facebook aku mesti dah tau apa khabar best tu. Alhamdulillah, Raikal akan dapat adik around bulan september nanti. Suprise? yup....kami semua terkezut juga. Tak sangka Allah bagi rezeki secepat ini. Ni dah 21 week pun. See? baru sekarang nak update kt belog, hahaha...insyaallah, lepas ni akan ku cuba untuk merajinkan diri menaip kat blog ni ye. Tapi ada yang nak baca ke? isk...

ok,  Susah tak mengandung dengan jarak anak yang masih kecik lagi? lelaki semua pulak tu?

---> well, ada masa rasa susah dan ada masa senang. Ikut angin kus kus dak dua ni lah. Tapi Allah tu adil, dia takkan bagi beban yang kita tak mampu nak nanggung. Yang penting suami kena rajin support binik. Insyaallah bereh..


kembang setaman sudah baaa....


macam-macam nak cerita ni, kalau internet ok kita sambung next entry orettt!
bui bui bui

Jumaat, 6 Mac 2015

BORAK KOSONG



Hola holi cekebum cekebum.....

Ya Allah...! aku rindukan blog ini. Dah lama banget tak menaip, termenung, tunggu gambar loading utk masukkan kat blog ni. Rasanya dekat setengah tahun kot. Phewww.... tankiulah pada korang yang masih nak baca bloh hakak ni. Tadi bukak statistik ada je visitor yg jenguk blog ni. Thanks banget!

Since Raikal dah nak setahun ni, dia punya akal dah bertambah dah... pantang aku nak jalan kedapur, dia punya speed kelajuan merangkak kira dah macam pasang turbo. Tau tau dia dah capai kuali, penapis dengan tapis. Kadang tu dia reti jugak nak main sorang-sorang kat bilik mainan. Diam je tak dengar suara, rupanya dok nyepah kat bilik. Dengan lori, jengkaut abang dia punye terbalik sana sini. Siap kalau dia sorong-sorong lori mulut dia pun buat sound effect. Aiman pulak dah sekolah tadika, just tumpangkan untuk umur 4 tahun. Planning asal Ilot ngan suami macam tak nak sekolahkan dia, nak tunggu dia umur 5 tahun. Tapi fikir-fikir dari asyik belajar dengan ultraman baik hantar dia sekolah. Biar dia tau berkawan, kongsi barang, belajar itu belajar ini. Memula hantar tu memang macam-macam dugaan jugak. Yang kena tunggu dia kat sekolah. Yang menangis kena tinggal, yang mogok tak nak bangun pagi, yang muka dia kena cakar, kena gigit...haii...
Memang time tu aku betul-betul jadik ultraMak!

Alhamdulillah, sepanjang aku melalui fasa anak meningkat dan susah payah uruskan anak-anak, mak banyak jadi penyelamat. Masa hari pertama sekolah, Raikal mogok, mak tolong ganti temankan Aiman kat sekolah. Rasanya banyak sangat pertolongan dari mak. Terima kasih mak!!

Ok, untuk harini, tu je nak pot pet. Insyaallah nanti i akan rerajin update okehhhh!!