Isnin, 18 November 2013

Fisher Price New Born to Toddler Rocker

Assalamualaikum kawan semua...

Aritu Ilot ada bgtau Ilot tengah tunggu parcel Baby Rocker and than janji nak sharing kat next entry. So, for today Ilot nak tunaikan janji. Tujuannya adalah untuk bagi sedikit info kat kaum ibu dan ayah terutama yang baru menimang anak. Kalau nak ikutkan memang masih  baru kandungan baby kat dalam perut tapi setelah difikirkan pro and contras Ilot pun dengan rasa tak bersalah order Fisher Price New Born to Toddler Rocker  ni. 

Kasi tayang sikit....




Itu naaa.... tapi ni gambo kat kotak. Tengok kat gambar tepi tu ditunjukkan beberapa function yg boleh diguna. Bagusnya baby rocker ni adalah boleh menampung hingga berat 18kg. So, bila anak dah besar bolehla adjust jadik kerusi.


Ada 3 peringkat penggunaan baby rocker ni. Memang sangat berbaloi-baloi. 


Sebenarnya kalau tak silap Ilot, baby rocker by Fisher Price ni ada bermacam corak. Tapi harga diorang lain-lain. So, disebabkan Ilot tak tau samaada baby kat dalam perut ni boy or gurl so Ilot pilih jalan selamat dengan memilih Lion and the geng (sesuka hati aku je taruk nama..kih kih kih)

KENAPA MESTI PILIH Fisher Price New Born to Toddler Rocker

KELEBIHAN KEPADA IBU :
- kemudahan bertahun-tahun menggunakan ia kerana
produk ini mampu menahan berat sehingga 18kg.
-Ruang yang selesa bagi memberi susu kepada bayi
anda.
-Mudah dilipat,dibawa kemana-mana
-Dapat mengelakkan penggunaan buai.

KELEBIHAN KEPADA BAYI :
-Selesa
-Getaran yang akan menidurkan bayi anda dengan
lebih lena.
-Permainan interaktif untuk anak anda.
-Boleh berubah-ubah cara penggunaan berdasarkan
umur dan berat bayi.
-Lebih selamat kerana menggunakan bateri(bukan
elektrik


Ok, dari segi harga pulak honestly memang agak mahal sikit. TAPI kalau korang rajin survey memang akan dapat harga yang jauh lebih murah dari yang kat kedai. Ni pun after Ilot beli ni rupanya ada lagi tempat lain yang jual lagi murah. Takpela... bukan rezeki kot. Cuma Ilot nak bagitau kat sini, Ilot beli rocker ni secara online sbb Ilot memang dah terbiasa dengan pembelian secara pos ni sampai posmen tu pun dah kenal Ilot (mana tak kenal kalau posmen tu dah sekampung dengan aku) wakakaka! Sesetengah orang tak suka sbab korang tak dapat belek and tengok secara berdepan. Semua tu terpulang dengan diri korang. Cuma kebanyakkannya beli kat kedai mahal sikit and than kualitinya sama je. So, bagi korang yang malas nak survey harga Ilot bagi no telefon tempat yang jual baby rocker ni dengan harga yang berpatutan

1- Rannia Baby Collection
     No 53, Jln Sagu 15,     
     Taman Daya JB. 
     No Tel : 014-9895124
     Facebook : Hanni RanniaBaby

2- Facebook : Kawaii Shop
    
3- Facebook : BabyBonus
    No Tel : 019-673 2947

Korang tryla survey2 kat situ. Insyaallah nanti korang dapatla apa yang korang nak. 

Hope entry kali ni dapat tolong korang ye...
Sharing is caring...

* Lepas ni nak survey untu bedding set pulak. Bui Bui Bui~~~~ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan