Selasa, 30 September 2014

Aiman belajar tak pakai pampers!

Assalamualaikum.

Hari ni dah masuk hari ke-3 Aiman belajar tak pakai pampers. Hihihi..lucu jugak. Setiap masa asyik ingatkan dia nak kencing ke tak? lepastu cakap dengan dia 'Aiman kalau nak kencing bagitau ummi'.
So far setakat ni malam tadi je dia terkencing kat seluar sebab terlupa. Kalau tidur Ilot masih pakaikan pampers lagi sebab takut dia terkencing pulak. Yelah baru berapa hari je kan? 

Aiman dah nak masuk 4 tahun, dah kena belajar x pakai pampers.. Nanti kat sekolah cikgu marah kalau masih pakai!

Ok, ini pengalaman pertama untuk Ilot. Lepas ni kalau nak ajar Raikal kira dah ada pengalamanlah.
Kita tengok seminggu lagi. Nanti Ummi belikan Aiman hadiah ye...

Bui Bui Bui

Tiada ulasan:

Catat Ulasan