Rabu, 24 September 2014

Exersaucer dari Oversea...


Setelah 3 minggu menunggu....

Posmen : Hello Ila, ada barang ko kat pos. Besar betul macam tayar lori. Ko ambik tau, aku takley nak anta.

Ilot : bereh din, petang karang aku ambik..


Bagus betul ada kawan keja posmen, tinggal roger-roger je. 
Wah!!!! exercauser yang beli kat Ebay haritu dah sampai..aduii, cepatla petang....

Akhirnya bila petang menjelma (ehem) Ilot pun pergilah ke pejabat pos. OMG memang besar dabak. Adeihh! orang-orang yang ada kat pejabat pos tu pun pandang slek je sebab parcel Ilot besar, parcel diorang kecik je..ehehehehe..Nak masukkan kat dalam kereta pun payah bebenor! 

Memang eksaitedlah nak bukak bungkusan ni. Sejak 2-3 bulan lepas memang Ilot sibuk Google exersaucer je. Try jugak carik kat area Batu Pahat tapi memang takde jual. Survey-survey online shop, ada pun tak banyak pilihan. Planning asal sebenarnya Ilot nak carik Jumperoo tapi bila tengok balik, macam comel lagi exersaucer lah!. 
Sekalitu Ilot pun survey kat Ebay, masyaallah...banyaknya design yang comel-comel. Memang rambang mata ko! Ingat nak beli brand Evenflo Amazon tu sebab nampak kat IG Irine Nadia, dia belikan Fiska Medina yang Amazon tersangat comel and praktikal. Tapi harga dia tersangat mahal. Yelah, benda ni guna pun tak lama. Nak beli yang over budget macam sayang pulak duit. So, survey punye survey akhirnya dapat jugak yang berkenan dihati...




Oh..memang comel pastu toys dia punya banyak. Yang Ilot beli ni brand Baby Einstein. Masa tengok kat ebay tu, dah terbayang-bayang Raikal kat dalam tu. Hahahaha..imaginasi mak dia melampau-lampau. Anak tak pape, ummi dia yang over.



 Alhamdulillah, tercapai hajat ummi nk tengok Raikal naik Exersaucer ni. Jauh tau ummi belikan..


Abang Aiman sibuk nak naik exersaucer, tapi mana muat, so main-main kat luar je ye...kesian dia dulu ummi tak belikan. Dulu ummi tak tau pun ada benda alah ni.







comel letewww... ;)

Ramai jugak yang tanya Ilot, berbaloi ke beli exersaucer ni sebab harga dia memang agak boleh tahan. Second je pun dah RM3++ inikan pulak baru. Macam Ilot, untuk baru memang agak murah harganya beli kat ebay. Mungkin sebab memang beli kat negara pengeluar cuma shipping dia yg up sikit. Tapi bila difikir balik, klu beli ini yang baru harga dia sama dengan second kat sini. 
Dari segi benefit, certain kata exersaucer dan jumperoo lagi bagus dari walker dan ada yg cakap sebaliknya. Pada Ilot itu semua depend pada ketahanan anak masing-masing cuma dari segi keselamatan memang more pada exersaucer dan jumperoo sebab takde roda. Alah, dulu time Aiman pun Ilot guna walker je.Alhamdulillah Aiman tak pernah cedera.. cuma time Raikal ni Ilot risau kalau naik walker nanti Aiman tolak adeknya. Baik pakai exersaucer je.

So, semua tu terpulang pada kemampuan dan ok or tak ok kepada parents.

Yang penting Ilot happy bila Raikal duk kat dalam tu pastu tangan dia dok lincah main semua toy tu. Tau-tau nanti dia merengek sebab nak tido. Ilot nak buat kerja pun senang hati.

Oklah semua..bui bui bui...

4 ulasan:

  1. Pastikan beranak reramai pas ni. Baru berbaloi beli memahal ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah..tula pasal. Mahal tu....

      Padam
  2. hi sis..nk tanye..beli from ebay us eh?brp yer shipping cost ke msia? ade additional tax x? huhu..hope to hear from u soon.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hye syuhada. Maaf lambat reply. Biasa shiping dan total cost dia akan bg sekali. so senang. cuma kena tau tukaran matawang dia

      Padam