Sabtu, 20 Disember 2014

Pengalaman Bersalin FORCEP

Assalamualaikum...

Macam dah lama tak update belog ni. Bersawang dah ni...hahahha. Sorry lah sebab internet kat sini macam mati segan hidup tak mahu. Naknya di ketuk dengan batang penyapu dulu kot baru ok..hihihihi...

Ok babe, Ilot sebenarnya suka sharing something yang Ilot sendiri dah pernah mengalami. Macam bersalin forcep ni, Ilot dah merasa masa bersalinkan Aiman. Haa...nak tau tak apa tu forcep?




 Forcep ni adalah satu kaedah menggunakan alat macam penyepit untuk menarik baby keluar. Ok, macam kes Ilot dulu, air ketuban dah 24 jam pecah, so baby kat dalam perut kalau boleh kenalah dikeluarkan cepat, lepastu gerakan bayi dalam perut pun macam kurang. Yelah, anak first ni manalah ada pengalaman nak teran macamana kan...tu yang last-last terpaksa guna kaedah ni. Act, selain forcep boleh jugak guna kaedah vakum.

Eh, tak pape ke bersalin forcep? kepala budak takde lekuk-lekuk ke?

 Typical question sebenarnya ni...
Masa doktor explain kena guna kaedah forcep, memang doktor ada bagitau ada lah sikit effect kat kepala baby. Kat tepi tu macam ada lekuk sikit.Kalau guna kaedah vakum nanti baby ade lunjung sikit...TAPI lama-lama nanti hilang semua tu. Dont worry. 




Ni hari kedua Aiman lahir. Tengok,tak berapa nampak kan kesan lekuk kat tepi kepala dia tu...

Ni tak silap dah 2 bulan, memang dah tak nampak kesan punn....








Dah besar dah takde dah kesan semua tu. Ok, macam anak sedara Ilot, Aqil dulu time bersalin guna kaedah vakum. Memang masa awal kelahiran ada sikit merah kat atas kepala tapi, lama-lama hilang. Sikit panduan, rajin-rajinlah usap kepala bayi sebab masa baru lahir kepala bayi masih lembut. So insyaallah kepala kembali normal. 

Yelah, kalau ikutkan kita memang nakler bersalin secara normal. Takdan guwek nak berpocep-pocep ni kak oihh! dia punya bius memang mamai habehhh.
Tak silap Ilot mau satu malam kesan dia baru hilang. Nak jalan ke toilet time tu memang kena papah sebab takut jatuh. Apepun, Ilot bersyukur Aiman selamat lahir dan membesar dengan sihat.
Bila time mengandungkan Raikal, memang harap sangat dapat bersalin normal. Taknak bantuan-bantuan macamni. Alhamdulillah, Allah makbulkan.


Ok, nanti Ilot rajin-rajin update blog ye. Macam-macam review nak share ni..

babaiii

Tiada ulasan:

Catat Ulasan