Selasa, 28 Oktober 2014

Bila Sudah Mengandung....

Assalamualaikum...

Mengandung bermakna tambah lagi zuriat. Tambah lagi rezeki, tambah lagi kegembiraan... itu adalah bagi mereka yang positif. Tapi bagi mereka yang negatif mesti akan fikir, tambah beban, tambah modal beli beras, tambah itu tambah ini..aiseyyyy!!! i dont like lah...bila awal-awal je mak bapak dah fikir yang negatif-negatif how kita nak dapatkan anak yang terbaik bila anak tu membesar?
Bila doktor sahkan kita akan dapat anak dalam masa beberapa bulan lagi kita perlu siapkan beberapa keperluan yang perlu disediakan.

KEPERLUAN MENTAL DAN FIZIKAL
Adalah baik sekiranya kita husband and wife sentiasa mengamalkan zikir-zikir    untuk proses membina ketenangan dan syukur kita pada Allah atas rezeki yang telah diberikan olehNya. Amalkan bacaan 3 surah yang sangat glamour ni; YUSUF, LUQMAN & MARIAM. Oh ya, satu lagi, kalau nak susu badan banyak, banyak-banyak la baca surah ALHUJURAAT. InsyaAllah, susu badan akan banyak! Tapi, bak kata abahku, seeloknya waktu pegnant ni cuba la khatamkan AlQuran. Semoga dengan kita memperbanyakkan amalan dapat memudahkan proses bersalin dan mendapat zuriat yang terbaik.
Untuk fizikal juga, ambillah suplemen seperti iberet, minyak ikan, minyak kelapa dara, kismis dan ikut apa doktor cakap. Insyaallah mak sihat anak kuat!..hehehehe. Jangan lupa makan benda yang berkhasiat tau!  
Untuk skincare pula, carilah skincare yang selamat dan tak jejaskan kandungan. Sape yang pakai DNARS SKINCARE tak perlu risau ye..memang selamat...hahahah

KEPERLUAN HATI ISTERI

 Serius, bila orang pompuan ni mengandung secara spontan hati, perangai dan tabiat memang kadang ada yang berubah. Kadang tu mengidam bagai nak rak, sampai ada yang mengidam nak makan kiwi kasut kau! hahahaha, ok, tu kronik punya mengidam tapi memang ada tau (fakta ye jah bukan auta!), tengah malam mintak belikan durian sedangkan time tu bukan musim durian...ada tu tak mengidam yang bukan-bukan tapi jadik supersensitif person pulak...taknak tengok muka laki...ermmmm, macam-macam karenah sampai boleh bawak pergaduhan kalau suami tak tahan. 
Wahai suami..tahukan engkau bahawa si isteri itu membawa anakmu itu kehulu kehilir selama 24 jam dengan bermacam-macam rasa. Setiap pertambahan trimester akan bertambahlah dugaan yang perlu diharungi oleh si isteri. Apa salahnya kalau suami sabar dan sentiasa bagi semangat kat isteri. Kalau isteri tak nak tengok muka, pakailah topeng..hahahahahaha. Ohye, bila dah nak dekat bersalin, try tanya kat hospital atau tempat yang korang rancang utk bersalin nanti samada suami boleh temankan isteri kat labour room atau tak. Heyy....this is sokongan hati dan perasaan bagi kaum ibu tau. Kalau ikut pengalaman Ilot, masyaallah....bila suami teman Ilot bersalin, Allah berikan satu keinsafan dan kesih sayang yang tak ternilai dalam hati. Allah memberikan sedikit kemudahan untuk bersalin dan dapat tenangkan hati time tu. Ha... take a note wokeyyy!!!!

KEPERLUAN BABY DAN IBU BERSALIN

Part ni paling best. Carik barang untuk anak. Tak kiralah untuk anak 1st ke second ke semua sama je seronok and terujanya. Ilot suka bab-bab ni. Bila dah sampai tempat barang baby je, da tak nampak muka suami. Carik suami bila time nak bayar tu pun dah hangkut semua barang kat cashier. Kihkkihkih.. tapi Ilot salute lah kat suami Ilot. Kadang taste dia kalau carik barang untuk anak ni lagi cantik.So, kalau harga barang tu mahal, tapi kalau suami yang bayar, i on je..mihmihmihmih.....
Ok, untuk keperluan baby ni bagi 1st baby kalau ikutkan memang banyak. So, senaraikan apa yang penting dulu lepas tu kalau ada duit lebih bolehlah survey stroller, baby carier and buai baby. Kalau dah tak pakai, bolehlah bungkus cantik-cantik. Bila dapat baby lagi dah tak kalut lagi nak membeli.



Keperluan Baby ( Pakaian )

  • Bakul Pakaian Bayi
  • Baju Lengan Panjang @ Baju Malam
  • Baju Lengan Pendek @ Baju Harian
  • Seluar Panjang
  • Seluar Pendek
  • Baju Jalan-Jalan
  • Rompers & Jumpsuit
  • Mittens & Booties
  • Bonnet @ Topi
  • Baby Bib
  • Barut
  • Bedung
  • Sapu Tangan – 100% cotton supaya kulit baby tak melecet

Diapering

  • Napkin
  • Baby Pin
  • Diapers @ Lampin Pakai Buang
  • Wet Tissue
  • Changing Mat : Ini untuk lapik atas tilam. Untuk lapik kat tilam baby supaye tilam tak mudah kotor biler baby u'uk atau tetiba terkencing masa bukak baju dia.
  • Nappy Liners : Baby yang baru lahir sampai umur 1 bulan akan selalu u'uk, u'uknya pun bukan banyak, sikit je. Jadinya kalau guna nappy liner ni, bila baby u'uk buangkan je nappy liner ni, tak perlu tukar pampers baru.
  • Baldi Dan Bakul Untuk Lampin / Baju Kotor
  • Detergent Khas Pencuci Baju
  • Botol Sembur Air
Baby Care & Grooming

  • Bakul Barang Mandian
  • Baby Bath
  • Baby Shampoo
  • Baby Powder
  • Baby Lotion
  • Baby Oil
  • Tab Mandian Bayi
  • Tuala Mandi
  • Tuala Muka
  • Bakul Barangan Grooming & Health Care  
  • Minyak Telon
  • Nappy Rush Cream : kalau time Aiman Ilot guna brand Aloe Vera dan Raikal pulak brand Sebamep. 
  • Vicks
  • Methylated Spirit - Alcohol 70% : cuci pusat sebelum tertanggal. Kebiasaannya yang ini dibekalkan oleh hospital.
  • Gunting Kecil
  • Pemotong Kuku
  • Nasal Aspirator - Yang ini untuk baby ketika baby kena selsema.
  • Thermometer
  • Cotton Bud : Cotton bud untuk baby dan yang biasa kita guna adalah berbeza
  • Cotton Ball 
Barangan Breastfeeding

  • Botol Susu
  • Puting
  • Berus Pembersih Botol
  • Penyepit Botol
  • Sterilising Tablet
  • Cecair Pencuci Botol : Jenama Pureen
  • Breast Pump Set
  • Cooler Bag Set : Storage Bottle & Ice Gel
  • Warmer : Tempat menyimpan botol susu yang dah bancuh
  • Bottle Sterilizer
  • Storage Bottle
  • Nursing Cover
  • Nursing Bra 
  • Nursing Pad Disposal => ilot suggest Jenama Bebe
  • Thermos
  • Nipple Cream
   

Nak beli barang-barang ni toksah lah nak tunggu kandungan dah sarat. Mana yang boleh beli, belilah dulu... sikit-sikit lama-lama membukit..hahahaha. Kalau nak save budget bolehlah pergi baby expo atau pergi tempat-tempat yang ada sale utk barangan baby. i like sale u!

Nanti dah 37 minggu camtu bolehlah pack barang-barang yang nak dibawak gi sepital, takdelah kalut nanti.. untuk rujukan bolehlah tekan SINI untuk entry preparation ke hospital.

Ok, hope sikit sebanyak dapat bagi korang sikit info ye. Maaf sebab kalini entry sangat panjang lebar.. kbai <3




Thanks for reading <3



1 ulasan:

  1. tahniah :)

    kebetulan baru ja update blog sendiri pasal nutrisi ibu mengandung. jemputla... :)

    ainniah.com

    BalasPadam