Sabtu, 6 Jun 2015

CLOTH DIAPER => MEMANG JIMAT BEB!!!

Ok, Ilot rasa ramai jugak yang mula berkenan dan tertarik nak mulakan langkah jimat since harga pampers naik melambung sejak GST. Ilot memang dah tukar dengan gunakan cloth diaper (CD). Dan alhamdulillah, bila gunakan CD ni memang agak berbaloi. 

Mulanya, Ilot pun macam teragak jugak nak pakaikan CD kat Raikal. Yelah, fikir Aiman dah tak pakai pampers, so bila pakaikan CD maybe boleh jimat lagi. Fikir punya fikir akhirnya Ilot pun buat keputusan untuk tukar.

 Yang putih tu adalah microfiber insert dan yang kalerful tu CD dia.

Biasanya dalam 1 CD ni akan termasuk 2 keping insert. Depend pada seller. Macam Ilot, Ilot beli dengan Qaisyara BabyShop. Untuk CD plain yang macam Ilot beli ni, harga dalam RM19/pc dan kalau yang bercorak RM22/pc. Untuk more detail boleh tekan Link Fb dia ok! Bestnya nanti akak tu akan bg tunjuk ajar korang macamana nak guna CD, macamana nak basuh and macamana nak simpan...memang trusted seller!

Ok, Ilot nak share lah tips untuk korang yang planning nak tukar ke CD ni, tp ni ikut cara Ilot lah. Ni adalah step permulaan untuk korang prepare sebelum bertukar ke Cloth Diaper.

1-  Make sure, korang kena prepare pampers masa mula korang pakaikan CD sebab bila korang takde standby pampers yang selalu korang guna tu, takut-takut kalau anak korang tak serasi ke, CD tak kering ke, atau stok CD tak cukup untuk permulaan. Biasanya, pampers tu Ilot akan pakaikan kat Raikal bila nak travel atau masa waktu tidur.

2- Ilot suggest korang kena ada stok 10 keping CD untuk permulaan. Nanti bila dah serasi barulah korang tambah sikit-sikit ikut budget korang. Ohye, Ilot nak ingatkan, mula-mula nak beli CD memang agak mahal TETAPI CD ni boleh dibasuh dan bukan pakai buang, so korang modal banyak masa mula-mula je pastu korang tinggal basuh je. Paling best CD ni boleh diwarisi untuk anak-anak seterusnya. Sebab tu CD tu menjimatkan.



Perkara penting yang korang kena ingat bila nak pakai CD ni ialah :

1- Korang tak geli tengok najis anak. Sebab, sebelum korang nak basuh guna mesin basuh, korang kena basuh dulu najis, air kencing yang ada kat CD dan insertnya. Dah agak-agak takde najis barulah masuk mesin. Barulah suci CD tu...

2- Korang kena rajin. Taknak malas... Korang nak jimat, so korang kena korbankan rasa malas. Banyak kot Ilot rasa kelebihan dia. Kurang kena ruam, jimat duit..cuma tula. korang kena rajin...

3- Rajin-rajin survey/Google kelebihan dan komen orang yang dah lama guna CD. Insyaallah akan membantu keyakinan korang dan semangat untuk tukar CD.

4- Explain kat partner korang tentang CD. Dan harus bincang budget permulaan untuk membelinya sebab takut partner korang salah faham dengan harga sekeping CD dengan penjimatan selepas menggunakannya. (ini paling penting pada Ilot).

5- Pastikan seller yang jual juga adalah pengguna CD. Jadi, kalau ada apa-apa yang tak faham boleh tanya dengan dia. 


Hope, apa yang Ilot sharing ni dapat bagi info kat korang. Nanti ilot akan update lagi pasal CD. Istiqamah dan nawaitu kena betul...insyaallah, nanti akan menyenangkan korang dalam jangka masa yang panjang.....

bui bui bui...........

2 ulasan: