Rabu, 3 Jun 2015

WHAT IS IN YOUR BAG MOM????

Semenjak bertukar status sebagai mak-mak ni, memang haruslah beg daku penuh macam diisi dengan berjuta-juta rupiah. Aku rasa benda ni normal kot bagi seorang mak, lagi mak macam aku yang malas nak angkut beg banyak sangat. So, sebagai langkah terbaik, aku lagi suka beli beg yang besar. Senang aku nak sumbat barang. Yelah, kalau dah masuk soping complex, aku tanaklah komplekskan kepala aku. Dengan barang-barang nak buat susu, dengan pampers bagai kan? 
Nasib baik, sekarang dah ada kemudahan botol susu termos, so aku akan siap-siapkan susu untuk bebudak ni and masukkan kt dalam comparment stroller. Pampers, tisu basah aku masukkan dalam beg tangan. Senaaanggg.......



 Harta karun.... auchhh....


Ni selepas dikemas kini, maka yang selalu ada didalam beg inilah dia....
Tisu basah
beg kecik untuk isi barang-barang kotor.
Handset
Lampin selai
pampers (Raikal guna Cloth diaper but kadang aku bawak spare pampers jgk 1)
Romper, senang sebab sekali sarung je. 
Lipstik and compact powder ni kadang kalau teringat aku masukkan lah.
Aloe vera spray ( ni aku beli kat Go Shop, bagus untuk kulit n rambut budak and maknya, lagipun bau dia wangiiii)

Korang pulak macamana?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan