Ahad, 6 April 2014

38 Minggu Sudah.. PERSIAPAN KE HOSPITAL

Alhamdulillah...rasa macam cepat sangat masa berlalu, rupanya dah 38 minggu dah. Kalau time Aiman lepas, memang Ilot dah bersalin time ni... Omaigod, nervous uolss.... Tipula kalau tak rasa takut and dup dap dup dap. Hangpa kata dah ada pengalaman, so watpe takut? ayoyooo...sebab dah pernah rasala I rasa takut u... hihihi...
Tapi syukur, suami hari-hari bagi semangat and doa. Ilot pun hari-hari jugak minta maaf kat dia., Yelah, diakan syurga Ilot. Kalau dia tak redha, insyaallah susah nak menghadapi saat bersalin nanti. Actually, Sabtu lepas (5hb April 2014) Ilot and suami pergi Kursus Teman Kamar Bersalin (TKB). Kursus ni sebenarnya adalah untuk membolehkan suami masuk ke Dewan Bersalin dan bagi semangat kat isteri time bersalin nanti. Ilot tak pasti hospital kat tempat lain ada buat ke tak coz kursus ni hanya sah untuk org yang bersalin kat hospital tempat Ilot bersalin nanti. Ini adalah pengalaman kedua after Aiman dulu. Serius, memang sebak sangat time bersalin dulu. Yelah, saat kita berjuang nak melahirkan suami ada kat sebelah. Oh..thanks my suami... (sori, aritu Ilot tak snap pic time kursus TKB).

Ok, Ilot sebenarnya update entry kali ni nak kongsi persiapan barang yang perlu dibawak ke hospital nanti. Persiapan ni sebenarnya Ilot dah prepare since 7 month tapi sebab kita kena always check apa yang kurang, so beg Ilot letak kat bilik dulu. Yang penting JANGAN LUPA untuk pesan kat suami kita letak beg tu kat mana, untuk baby yang mana, untuk maknye yang mana and untuk suami yang mana. Jadi, senang kalau ada apa-apa. 

  Yang belang tu beg untuk baby. Yang hijau untuk Ummi yang comel :P



Okey, antara barang yang perlu di bawa nanti :

BABY
  1. Pakaian ( kat sini Ilot bawak sleepsuit 1 and romper 1 sebab biasa kat hospital baby akan di pakaikan baju hospital. Time balik je nanti baru tukar baju sendiri)
  2. Sarung kaki dan tangan
  3. Selimut bertopi
  4. Tuala
  5. Pampers @ Kain lampin & Cloth diaper
  6. Tisu lembap
  7. Minyak untuk elak baby kembung ( depends korangla nak bawak minyak yu yee ke, minyak telon ke, minyak kayu putih ke asalkan baby serasi ye )
  8. Bantal kecil ( kalau boleh yang berlekuk kat tengah, sebab baby baru lahir ni lembut, so bila pakai yang berlekuk dia dapat baring dengan selesa)
  9. Set mandian bayi + losyen (travel pack)
  10. Cotton buds 
  11. Barut dan bedung. 
  12. Kemungkinan nanti Ilot akan bawak baby carier. Tapi letak kat keretalah.
* Masa time Ilot kursus TKB, nurse ada pesan time kita dah masuk Dewan Bersalin, suami hanya perlu serahkan baju sepasang,sarung kaki and tangan, pampers, tuala, barut dan bedung. Tapi Ilot suggest untuk bawak selengkapnya sebab takut baby kena tahan kat wad. (berdasarkan pengalaman lepas ye ni )


 Beg Ummi yang besar gedabak nih!

 IBU
  1. Baju berbutang depan (untuk menyusu)
  2. Kain Batik (3helai)
  3. Maternity pad (KAD MERAH)
  4. Nursing pad (jika susu dah keluar)
  5. Seluar dalam (boleh juga beli yang pakai buang)
  6. Baju dalam
  7. Stokin
  8. Seliper
  9. Tuala
  10. Set mandian + berus gigi + ubat gigi
  11. Sikat rambut
  12. Minyak angin
  13. Tudung (yang selesa dan senang dipakai)
  14. Pakaian (untuk pulang dari hospital)
  15. Sweater (jika tak tahan sejuk)
Lain-lain keperluan 

  1. Air mineral
  2. Air kotak (soya/susu/coklat) 
  3. Biskut
  4. Plastik (untuk bungkus pakaian kotor dan sebagainya)
  5. Breast pump
* Sebagai tambahan bolehlah bawak sumber bacaan supaya tak boring nanti!

SUAMI
  1. Baju 
  2. Seluar 
  3. Kain pelekat
  4. Tuala dan sapu tangan kecik
* Ada sesetengah taknak bawak sebab memenuhkan ruang keretala itula inila..tp adalah better klu siapkan sekali brg suami. Kalau macam Ilot jarak hospital dan rumah agak jauh jugak so takkan nak asyik nak ulg alik je kan???

Wah..tak sabarnya nak tunggu masa kelahiran nanti. Pengalaman pertama memang banyak membantu. So, untuk new parent to be... banyakkan berdoa, zikir dan ambik makanan yang seimbang. Insyaallah, Allah akan memudahkan urusan kita nanti. Ilot ni sebenarnya risau macamanalah Aiman nanti kalau Ilot dah masuk hospital. Tapi nasib baik mak abah and mak ayah rapat dengan dia, so insyaallah takde apalah yang nak dirisaukan...

Oh...rindunya. Terujanya nak menyambut anak kedua ni sama je macam nak sambut anak pertama. Macam-macam barang Ilot beli. Yang kronik bajulah..hahaha...baju time Aiman masih cantik lagi pun Ilot beli je baju lagi...Ni semua pengaruh online la ni..( ceh..salahkan org lain pulak kannnn???)

Oklah.. Doakan Ilot ye..

Bui Bui Bui.....






 

Isnin, 31 Mac 2014

MH 370 : WE MISS YOU


Terbangmu gah diawan biru.
Membawa sejuta harapan dan senyuman...
Membawa jauh kenangan dan percintaan
Pulangmu memberikan kegembiraan si anak
Pulangmu juga membawa senyuman kelegaan pada si isteri
Pulangmu juga membawa kerinduan si suami....

Namun kini...
Pulangmu sentiasa dinanti
Bagaikan menunggu di anak tangga yang sudah reput
Si anak menanti penuh harapan
Si Isteri berdoa dengan linangan air mata
Si Suami berharap dengan penuh duka....
Dimana kah kalian..
Dimana kah kamu menghilang wahai kapal terbangku...
Dimanakah saudara islamku...
Dimanakah mereka semua???

Ya Allah..jika semuanya masih lagi tersimpan jauh nun di dalam Lautan Hindi
Kau tenangkanlah roh dan pelihara jasad mereka
Kau tempatkan mereka saudara islamku diantara orang yang beriman
Segala yang terjadi adalah atas KuasaMu Ya Rabb...
Kaulah yang yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui segalanya...



* Tiada kata mampu diungkap melainkan doa dan kata semangat untuk keluarga yang ditinggalkan.  Semoga kalian tabah menghadapinya. Ajal maut ditangan sang Pencipta. DariNya kita ada didunia dan dariNya jua kita pulang... 

Rabu, 19 Mac 2014

Hati ini selalu sayang padamu

Sejak dah nak dekat time bersalin ni, hati kadang rasa sayu sangat. Yelah, tak sangka Ilot akan dapat cahaya mata lagi..insyaallah. Mengenangkan awal kahwin dulu Ilot lambat dapat anak, rasa bersyukur tak terhingga sangat sebab rupanya Allah bagi rezeki yang melimpah lepas 3 tahun tu.. 
Terima kasih pada yang mencemuh dulu, terima kasih yang pernah berkata Ilot dan suami mandul. Oh... semoga Allah memberkati kalian...

Semalam suami boleh cakap, dalam hidup ni banyak benda yang tak terjangka. Yelah, macam tak percaya yang akhirnya kitorang dapat hidup sama-sama. 
Ilot and suami kenal dari zaman sekolah. Kata orang cinta monyetla kununnya..hahaha... Ilot ingat lagi dulu suami ni rajin giler bagi coklat. Bukan satu dua, tapi kadang sampai 1 plastik besar.. tapi dulu Ilot memang slim giler..takde namanya lemak kat sana sini ( sejak2 ni je membesar bagaikan juara =)) so takla risau kalau takat nak perabih sorang... haahahaha..




Gambar time masih sekolah... Ok, tak tipu time ni Ilot memang super slim okeehhh!


Time majlis bertunang 



Time wedding


 
Time ni masih berdua..Aiman belum lahir lagi...

Time mengandungkan Aiman 4 bulan

Gambar terbaru, pregnant 7 bulan :)

Alhamdulillah, Allah tetapkan jodoh kami walaupun banyak halangan dan dugaan sebelumnya. Tak sabar nak menunggu baby kedua lahir. Dan nampaknya Aiman makin manja ni..

Last but no least...

To my husband and my Aiman... also baby too

Isnin, 17 Mac 2014

Shopping di LAZADA



Assalamualaikum...

Wah bestnya tajuk entry kali ni!

Firstly, nak tanya dulu.. korang pernah dengar Lazada.com tak? Ok, bagi yang first time dengar Lazada.com ni adalah shopping online yang menjual bermacam-macam jenis barang antaranya gadget, toys, barang keperluan rumah, handbeg and macam-macam lagilah. Bestnya kat Lazada.com ni harga yang dorang tawarkan ada yang jauh lagi murah dari beli kat kedai dan of course 100% original ye. Ilot selalu jugak shopping kat Lazada.com ni.




So, yang Ilot nak citer ni kat ruangan kategori Special Promotion tu..
Haa....nak habaq ni sekarang Lazada.com tengah wat sale giler gempak. Offer yang dia bagi memang best. Tapi, sale yang dia bagi berubah-ubah tau. Contohnya untuk satu barang ni today yang letak 50% nanti dalam 2 - 3 hari lepastu dia ubah jadik 35%. So korang kena rajin survey.

Jadi, untuk lebih baik better korang jengah sendiri website Lazada.com untuk survey dan buat pembelian. Lebih senang kalau korang ada Maybank2u atau CIMB Click. Tapi!!! jangan sampai shopping tak hengat dunia ye...

Ok korang

Bui Bui Bui


Isnin, 10 Mac 2014

Fisher Price Bath and Changing Caddy

Assalamualaikum semua..lately mmg teruja sangat beli barang Aiman and baby yang masih kat dlm perut ni. Alhamdulillah, baby semakin aktif kat dalam perut. Kadang, memang rasa mengah and rasa nak pitam, tapi tu semua normal utk ibu mengandung. Nilah namanya pengorbanan seorang emak!
Today, Ilot nak sharing pasal beg pampers. Ilot tak plan pun nak beli beg ni. Tapi bila hari-hari tengok beg pampers ni rasa terpikat pulak..hiihihiii :)



Comel rite?? ada gambar penyu, paus, crab and fish... Warna dia pun memang menyerlah



Ruang tengah dia khas untu isi pampers. So korang boleh susun seberapa muat pampers anak korang dan boleh bujet penggunaannya. Pastu kan, yang bet lagi, kemas je tengok.



Ruang tepi kanan kiri tu boleh letak bedak ke, minyak ke, ubat ruam ke...so takdelah nak bersepah








 Muka budak eksen ni kemain dia ye... Amboihhhh

Last but not least...bila anak suka, ummi and ayah pun senang hati..motif?? saja nak menempel ugekk..kih kih kih

Oklah..ni je entry untuk kali ni..nanti Ilot akan buat sikit review pasal persiapan untuk ambut my second baby ye..insyaallah..

Bui Bui Bui... :)












Sabtu, 8 Februari 2014

Termometer : Kepentingan yang sering diabaikan.

Assalamualaikum semua..

Ha...gempak gitu tajuk entry kali ni. Dari aritu Ilot nak update, siap wassap kat mmber pasal menatang nih tp termunkir janji sudah... hihihi..
Serius kan, mesti bila kita list keperluan komfem benda ni mmg takkan tersenarai kan? Paling top mestilah pampers, susu, baju and ubat ruam. Tapi tahukah korang, termometer @ pengesan suhu badan ni TERSANGAT PENTING. Yelah, kalau anak korang demam, takkan main teka-teka je suhu dia berapa? pastu juz tuam and than tunggu dia kebah.. Eh, hellooo.... kalau suhu budak tinggi boleh kena sawan pastu kadang boleh membawa kematian dan kecacatan.

Okeylah, malasla nak bebel panjang. Ilot rasa korang mesti tau pasal ni. Yang Ilot nak sharing adalah nk kongsi antara termometer yang ada kat kedai atau farmasi and prokontranya. 


Memula dulu, Ilot beli je check suhu ni. Juz RM10.00. Time Aiman masih baby okla sebab dia tak tau protes. Bila dah makin membesar dia mula tak suka sebab benda tipis yang ada nombor tu kena letak kat dahi pastu kena tunggu dalam 5 minit baru dapat result dia. Tak suka tau sebab lama  kena tunggu dan dalam masa 5 minit Aiman boleh jadik singa! hahahah..so, last-last benda tu ntah terpelanting kemana. Kadang-kadang, suhu yang dia berenti pun tak tepat. Ok, benda tipis yang bernombor tu kena letak kat dahi. Nanti, ada garisan warna merah akan bergerak dari nombor ke nombor. Nak tunggu dia berenti kat suhu  badan orang tu pun kengkadang macam main-main je. Tu yang geram... Pernah satu hari tu badan Aiman panas sangat. Bila check suhu pakai benda ni suhu dia cuma 37'c sedangkan badan dia dah panas yang amat. So Ilot and suami cepat-cepat bawak gi klinik. Sekali doktor check rupanya suhu dia tinggi gilerr! 40'c. Masyaallah..nasib baikla kitorang tak bertangguh. Terus je doktor masuk ubat bontot. Dan semenjak itu, check suhu ni kusimpan aje dalam laci.. Dudukla ko diam-diam kat situ....

Pastu kan, bila dah benci dengan check suhu yang memula, Ilot pun pergila Guardian. Belek-belek tetiba nampak temometer comel ni...


Kan comel tu siap ada gambo Mickey Mouse. Dalam hati Aiman mesti suka. Temometer ni memang sesuai untuk 1 tahun keatas. Since Aiman masa tu da nak masuk setaun setengah, Ilot belilah. Tak silap harga dalam rm30 lebih.


 Check suhu ni kena letak kat ketiak atau bawah lidah. Tapi harunya, bila suh letak kat bawah lidah Aiman gigit. Letak kat ketiak dia geli pulak. Dah lari-lari taknak check suhu. Waduh..gawat tenan! 
Kalau nak ikutkan result dia dalam seminit je...tapi disebabkan macam leceh je so termometer  ni pun I reject! huah hua hua..... :'(


 Dipendekkan cerita baru-baru ni Aiman macam mula nak demam tau. So bawak gi klinik. Doktor yang check ni dia guna alat termometer yang boleh check suhu tanpa suh bukak mulut or suh kepit-kepit kat ketiak. Dia juz letak kat dahi and terus kuar result. Dan paling bestnya Aiman steady je tanpa sebarang bantahan.. Dalam hati, nk survey kat farmasila..

Kua klinik je, Ilot terus ajak suami gi singgah farmasi. Okey, soalan Ilot kat jurujual tu camni
" amoi, saya nak survey termometer yang boleh trace suhu dengan cepat and juz letak kat dahi je."
dan...jeng jeng jeng...

Amoi tu terus tunjukkan check suhu ni




Terometer ni memang sangat menambat hati Ilot untuk pertama kali pandang.. Ilot pun terus tanya apa function and kelebihan dia. Amoi tu pun bgtau yang termometer ni boleh bagi result dalam masa 2 saat. Maknanya letak kat dahi tekan huruf start and terus dapat bacaan!...wah, memang pantas 

Brand Lifeplus ye.. Ok, untuk function, kalau nak hidupkan dia kena tekan start. lepas ni dah nyala letak kat dahi dan tekan start lagi. On the spot result akan dapat. Yang ada gambar bell tu utk silent atau ada bunyik. Mode pulak untuk tukar mode suhu badan mode suhu bilik. MEM pulak untuk memory iaitu kalau korang nak check bacaan lalu boleh semak kat situ. Ohye, lupa pulak nak bagitau. Bila suhu badan lebih dari 37'c lampu kat screen kecik tu warna merah dan kalau suhu normal warna hijau. Jadi, tak usah risau kalau tetiba blackout and badan anak panas tetiba. termometer ni dah ada lampu. Mudah bukan???!


 Siap ada warranty card tau selama setahun taw!


Ok, dari segi harga memang honestly mahal sikit. Yang kat kotak tu adalah harga sebelum less. Disebabkan Ilot ada member card Ilot dapat harga Rm154.00 Jimatla RM45 hengget... Kalau ikutkan memang sayang duit. Tapi memang Ilot dah set kat hati yang Ilot nak, so Ilot tak kesah. Lagipun sekejap lagi dah nak ada baby lagi, WAJIB kena ada. Tapi kalau korang rasa yang murah menyenangkan korang terpulang ye..tiada paksaan...lagipun Ilot juz nak sharing melalui pengalaman...
Cuma bila korang dah beli yang mahal cam gini, silalah sorokkan dari pandangan anak-anak korang kerana risiko untuk menarik perhatian adalah tinggi (juga berdasarkan pengalaman..hihihii). kang kalau dah rosak mau daku melalak nanti...


Ha...tengokla sendiri kebagusan dia ye..hehehe, (macam aku pulak salesgurlnya...) Korang jangan risau, dia gunakan bateri 3AA, so rasa kalau traveling takde masalah untuk carik plug mengecas..singgah kat kedai runcit pun ada jual bateri tu..



Hope, sedikit sebanyak entry kalini dapat bagi korang info ye. Mungkin kat farmasi kat tempat korang ada brand lain yang lebih kurang macam ni dan boleh dapat pada harga yang lagi murah... sape tau kan???  Cuma tula, ilor suggest setiap rumah mesti ada 1. Orang kata mencegah lagi elok dari merawat. 

Ok kesayangan semua..
bui bui bui....

Sabtu, 18 Januari 2014

Projek Anak's Room

Assalamualaikum semua...

Lamanya tak update blog. Alhamdulillah, kandungan sekarang dah masuk 24 minggu. Macam sekejap je. Alhamdulillah juga gender baby Ummi and Ayah dah tau. Tapi, mestila kena rahsia dulu kan..
Sekarang ni, baby sangat aktif bergerak. Sekejap bergerak ke kanan sekejap bergerak kekiri...macam-macam aksi dia buat kat dalam perut Ummi ni.

So, sekarang ni Ilot tengah buat operasi menyiapkan bilik untuk anak-anak. Sebenarnya tak terniat pun nak buat semua ni, tp bila dah beli macam-macam permainan untuk Aiman and keperluan baby, so terdetik pulak apa salahnya buat satu tempat untuk barang-barang Aiman and baby. 

Welcome to Anak's Room

Belum siap sepenuhnya... Grill and langsir belum pasang lagi. Biasalah, baru pindah kan..hehehehehe. So skunk tengah nak carik tilam untuk katil baby. Next month insyaallah settle la semua.



Tempat letak baju untuk Aiman and baby. Semua toys, baju and barang-barang simpan je kat dalam ni. So, kemas and tak bersepah dah.. Aiman pun sekarang dah pandai ambik dan pandai pulang. Hihiii.. Baby swing pun simpan kat dalam tu.









Ilot takdelah nak tetapkan tema apa untuk bilik anak-anak ni. Cukuplah barang-barang semua tersusun kemas and complete. So takdela orang datang tengok mainan sepah-sepah. Yelah, nak dapat rumah sendiri bukannya senang. So bila dah dapat kenalah hargainya...cewahh!
Sekarang kalau nak pergi and balik kerja mesti nak singgah kat bilik ni. Rasa macam bahagia je. Yelah, rasa tenang aje. Ni belum lagi kalau baby dah kuar..tatawla macamana lagi perasaannya.

Oklah korang..bui bui bui....