Jumaat, 4 November 2011

Kanak-Kanak Ribena

Assalamualaikum....

Sakitnya tekak aku ni...batuk pun agak teruk. Rasa macam nak tanggal je tekak aku ni. Dah 2x pergi klinik mintak ubat batuk paling kaw kaw...tp still mcm ni gak. urut pun aku dah buat, mudah-mudahan jap lagi baiklah. Oh ya, sebelum aku bukak story panjang lebauu ni, aku nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Tahun ni adalah tahun pertama aku sambut sebagai seorang 'ummi'!. Alhamdulillah.....
Sebenarnya sekarang ni aku rinduuuuuuuuu sangat-sangat kat dak-dak comel yang ada dalam idup aku. Dak-dak tu adalaaaaa....

Tarraaaaa!!!!!


Irfan Nazmi Bin Jamil (Abang Ifan)



Nurhusna Humaira binti Jamil (Nuna)



Nurliyana Zahirah binti Nazri (Liya a.k.a amoi)


takat nih mang juz 3 org je anak-anak buah aku. Tapi yang 3 orang nilah kalau semua ada macam nak runtuh umah mak and abah. Mana taknye, masing-masing nak jadik oltromen, powerpuff girl...haaa...jap lagi si comel Aiman pun join sekali.

Abang Ifan ni anak kakak aku...sekarang ni dia mang hero lah...semua jenis oltromen dia hafal and tau bezakan. Kadang-kadang sampai pelik aku tengok. Yelah, oltromen tukan macam lebey kurang je designnya pastu macam-macam jenis...tu pun dia boleh bezakan..kagum betul aku. hehehe..

Nuna pulak adik kepada abang Ifan. Dia ni mang boleh diharap walaupun umor dia baru setaun lebih. Seorang adik yang teraaamaaat baik sebab redha je ape yang abang dia buat, tp kadang-kadang kalau dah geram mang kena ketuklah abangnya tu, hehehe.. Lagi satu, dia ni sayang giler kat Aiman. Pantang nampak Aiman, mesti cepat-cepat nak buaikan Aiman,cium Aiman... Kata ibu dia, sekarang kalau kat rumah selalu dodoikan teddy bear, siap tonyoh-tonyoh puting kosong kat mulut bear tu..hihihi.. Nuna memang ada talent jadik kakak mithali lah..

Liya pulak anak abang aku...mang comel sangat-sangat. Ada lesung pipit kat pipi dia..mang geram tengok dia, macam nak gigit je. Ok, Liya ni geng dengan Abang Ifan. Dia tak mo kawan dengan Nuna. Kalau ngan Aiman pun tak mo geng sebab Liya ni suka member dengan dak-dak besar..Eksen betullah Kak Liya ni...tapi mang jarang dapat jumpa dia sebab abang aku ni tinggal kat Kuantan. Nasib bek sekarang dah ada FB, tepon pun dah boley hantar gambar..so, dapatlah lepaskan rindu kat dia.


Edarin Uzuma binti Kamarulzahrin

Yang ini pulak Chuma. Dia ni kalau ikutkan pangkat anak sedara abah sebab papa dia ni dengan abah sepupu. Tapi disebabkan mak jaga dia masa baby so sampai sekarang mang dengan kitorang rapat. Dia ni dah macam anak mak yang bongsu, padahal akulah yang paling bongsu..huhu... Chuma ni anak sulung dari 3 orang adik beradik..bawah dia ada Danish and Iman. Abang Ifan memang saaayyaaaaaang sangat kat Chuma ni. Pantang balik kampung mesti akan tanya "nenek, kakak Chuma mana???''...



ni pic Liya masa baby...sebelah dia ni mashuuu dia yang cute..hihiiii

abah and mama Liya


ni Abang Ifan, Nuna, ibu and ayah

Kadang-kadang bila tengok ragam dorang memang serabut tapi biasalah, budak-budak... Bila tak jumpa seminggu je mesti rindu. Banyak lagi gambar sepupu-sepupu Aiman ni dalam simpanan Mashuu...tp nanti Mashuu masukkan banyak-banyak ye..sekarang dah malam, mata pun dah ngantuk sangat-sangat...jom kita titoo
Zzzzzzz.....ZZz...zZZzzzzz.......


bui bui bui...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan