Selasa, 29 November 2011

KALAU BELUM DAPAT BABY LAGI.......

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.....

Alhamdulillah aku masih lagi diberikan masa and ruang untuk bernafas hari ni..yeah!!! thanks god for everything.. Sebenarnya,today aku tak keja. Badan macam nak demam. mengigil..arghh.... Tapi, walaupun aku demam, aku masih lagi larat melayan si comel Aiman ni. Sejak dua menjak ni makin bertambah manja pulak. Pantang kena tinggal jap, mulalah dia menjerit..hehehe..anak ummi ni..=p Maybe dalam seminggu juz hari Ahad je dia boleh melekat dengan aku 24 hour, so arini chance untuk dialah buli ummi ye.. Takpelah, aku pun rindu sangat kat dia. Kalau waktu kerja, juz malam je dapat layan keletah dia...

Ok lah... untuk entry aku kali ni macam tajuk yang kat atas tu. Untuk sesapa yang kawen dah lama tapi belum dapat baby lagi. Aku mang nak sangat bukak cerita pasal lambat anak ni coz aku dah merasa semua tu. For information, aku dulu pun tunggu 3 tahun baru dapat Aiman ni. Sebelum tu memang dah macam-macam tempat aku and hubby pergi. Macam-macam gak ubat yang aku makan semata-mata untuk dapatkan anak. Tapi disebabkan Allah belum izinkan aku menimang cahaya mata, so berubatlah kemana pelusuk and makan ubat yang mahal-mahal pun still belum dapat baby lgi...

Setahun..orang dah start tanya-tanya bila nak dapat baby ni..2 tahun orang mula perli-perli..ermmmm..aku?? sedih, kecewa, marah, malu...tapi aku nak buat macamana kan? diam jelah.. Alhamdulillah..masuk 3 tahun, Allah perkenankan doa dan hajat aku and hubby untuk menimang baby. Paling aku tak sangka, selama 2 tahun aku and hubby usaha cari macam-macam ubat tak juga dapat baby, tapi bila kitorang berserah sepenuhnya pada Allah, akhirnya Allah berikan rezeki tu... Mungkin Allah nak tunjukkan betapa kita kena sentiasa bersyukur walaupun kita tak mendapatkan semua yang kita nak....

Kat sini, aku letakkan amalan untuk mendapatkan zuriat, mudah-mudahan sesiapa yang baca entry ni even yang belum kahwin pun dapat manfaat untuk share it with other example kakak, adik, abang or sape-sapelah yang belum dapat baby lagi..

AMALAN UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT (Daripada Ustazah Bahiyah)

Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya...

Hope so much korang dapatlah jadikan amalan tu salah satu cara untuk dapatkan zuriat selain berusaha dengan mengurut, berubat dan macam-macam lagi.. Juz one thing, ape sekalipun janganlah membelakangkan Allah...

P/s : entry ni biarlah tak ada pic...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan