Jumaat, 11 November 2011

saya sayang awak...








Assalamualaikum...
Pejam celik pejam celik cepat tol masa berlalu...dah 2 minggu aku mula kerja after cuti bersalin aritu. Maka,bermulalah new time table untuk aku sekarang nih!
bangun pagi, solat,ciapkan sarapan..
aiman uwek-uwek, bagi susu..tidorkan dia lagi.
kemas tempat tido...mandi, ciap-ciap nak gi kerja..,masukkan barang-barang Aiman dalam kereta...pastu, sarapan jap, terus anta Aiman kat umah emak and gi kerja..balik pun sama, ambik Aiman dulu..macam tulah sepanjang time kerja. Penat mang penat tapi tulah pengorbanan seorang Ummi!...
Sebenarnya harini Aiman kena inject untuk dos yg ke 2, lau tak silap aku. And inject yang ni nurse kata mang boley demam. Bulan lepas pun dah kena gak, tp demam satu hari je. Aku harap yang ni pun tak demam lama-lama. Tapi sian sangat, tengok dia lembik je..pas makan ubat terus tido. Nak main-main pun macam takde mood aje.
Sabar ye anak ummi yang comel...

comel kan saya!

Kadang-kadang aku terfikir, apa akan jadik pada aku kalau aku tak dapat pelo, cium Aiman untuk jangka masa yang lama..agaknya aku boleh jadik sasau kan? sekarang pun bila tinggal sekejap masa kerja, aku dah macam rasa setahun je..bila nak rehat, bila nak balik..sikit-sikit tengok jam..Arghhhhh!!!! sebab tulah bila aku baca bout orang buang bayi merat-rata, hati aku sebak sangat... Ya Allah, aku bukan orang yang terbaik tapi selamatkan lah anak-anak yang tak berdosa itu Ya Allah!...Dahlah, taknak aku bercerita pasal kes-kes buang bayi ni, nanti aku nanges lak!

okey...nak bagitau ni,23hb nanti Aiman dah 3 bulan..ermm,cepatnya! sekarang berat Aiman dah 6.3kg. Wow!! mang semangat and makin comel Aiman sekarang. Macam nak gigit-gigit je pipi dia..hehehe. Perkembangan terbaru, sekarang dia dah mula nak ngiring...sikit-sikit nak mengiring. Kadang-kadang risau gak kalau nanti badannya sakit tapi dia mang tengah kemaruk nak mengiring aje..Aiman...ummi tak sabar nak tengok perkembangan Aiman. Month by month mesti macam-macam yang dia boleh buat..Thanks God!

ok lah..Aiman merengek mintak susu..see ur for next entry!
bui bui bui~~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan