Ahad, 8 Januari 2012

Love so much....

Assalamualaikum...

Hello...hai...oit oit oit...hehehehe, ntah kenapa dengan aku nih? Biasalah, hujung-hujung minggu ni memang hari yang aku tunggu-tunggu. Time nilah aku dapat peluk cium anak bujang comel aku tu... 1 hari guling-guling dengan dia. Argh....bila petang je aku mesti ngeluh dengan my suami tercayang ''cepatnya dah petang....esok dah keja, kena tunggu malam baru boleh pelok cium adek puas-puas"...ingat time baru-baru nak masuk kerja time abes pantang, aku boleh touching tak tentu pasal sebab aku tak dapat tengok dia 24 hour..Serius tau, time tu, aku tak boleh kawal mata aku dari kuarkan air...My lovely suami pun pujuk-pujuk.. Sesungguhnya, Allah je yang tau ape yang aku rasa..



Hari pertama hantar kat umah mak, Ya Allah...time on the way, aku nanges lagi...
Aiman, ummi berat hati nak tinggal Aiman...Ummi nak pelok Aiman lagi...Ummi nak cium Aiman lagi... (tetiba air mata aku keluar time nih! arghh...)
Padahal kan, tengah hari aku balik rehat, petang aku ambik tapi dont know tiap kali pagi aku rasa macam berat hati nak tinggalkan Aiman... Kenapa ni?????





....................................................................=(




Betullah kata orang, emas, duit, harta takkan dapat dibandingkan dengan nilai seorang anak. Betapa indahnya dunia bila setiap kali dapat tengok dia ketawa, senyum and menangis... So, PERHATIAN kepada orang-orang yang buang anak dengan sesuka hati, please lah...tolonglah jangan buat anak korang macam tu..cukup-cukuplah dosa yang korang buat, janganlah campak anak tu kat mana-mana...tau tak korang macamana sebak hati kitorang setiap kali baca kat paper pasal bayi-bayi yang korang buang tu tersangkut kat tiang, mati lemas kat sungai, mati kena gigit dengan semut,lipan....mati sebab kena makan dengan binatang... (Ya Allah, ampunkan dosa mereka semua)



Untuk insan yang bergelar Ummi, Ibu, Mama, Emak....ini semua untuk kamu semua...



*PAHALA WANITA MENGANDUNG

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan.



* PAHALA WANITA BERSALIN

Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.



* KELEBIHAN MELAHIRKAN ANAK

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.



* KELEBIHAN MEYUSUKAN ANAK

Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.



* PAHALA MEMELIHARA ANAK

Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.



Masyaallah....betapa hari-hari kita di tawarkan oleh Allah ganjaran pahala yang TERAMAT BESAR... betapa kita kena sentiasa bersyukur kerana kita adalah seorang WANITA...



Oklah korang, kita jumpa lagi kat next entry ye, hope korang dapat sikit manfaat dan ilmu bila baca entry kali ni.

p/s : Bila hati terasa gundah, tengok gambar anak and suami. Insyaallah, hati riang semula=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan