Sabtu, 28 April 2012

PART 1

Assalamualaikum...

Terima kaseh kerana setia menanti aku untuk update entry nih. Tq to my all silent reader. Tq so much kerana sudi menyinggah ke teratak kecik aku nih (aicehh!)

Alhamdulillah.. untuk entry yg lepas feedbacknya sgt best. Yg msg kat private inbox dekat FB ramai jugak. Wah, korang semua nak tau ye?

Ok, macam ni sebenarnya kisah Ila dan Along bermula................<@


Awal perkenalan kitorang sebenarnya bukanlah macam dekat novel tu. Kitorang takdelah baru berjumpa terus falling in luv. Sebelum Along pindah 1 sekolah dengan aku, kitorang memang dah banyak kali terserempak kat mana-mana. Cuma masa tu aku memang nyampah tengok dia sebab dia pernah ejek aku. Time tu aku kena denda sebab datang lambat.. Ingat lagi ape yang dia ejek time tu "eee..pengawas ape datang lambat" argghhh...nyampah nyampah!!!




Bila aku naik ting. 3, Along pindah ke sekolah aku. Masa tu, dia lebih rapat dengan my sepupu, kak Zana. Aku pun malas nak layan sangat sebab mesti dia lagi suka dengan my cousin tu. Entah macamana Kak Zana boleh couple dengan sepupu dia.... 
Satu masa, time tu periksa darjah Khas (kalau kat Johor periksa KHAS untuk agama) tempat duduk aku dekat dengan tempat duduk dia. Depan aku Aina (now my adek ipar) dan belakang aku Aqib. Kitorang ni memang jadik geng meniru taw! hehehe.. dari situlah kitorang boleh baik-baik. 
Lepas habis periksa Khas, aku teman my sepupu ke pasar. Sebenarnya dia nak jumpa pakwe dia tu... Entah macamana, Along pun ikut cousin dia. So, cousin aku jalan dgn cousin dia and aku TERPAKSA jalan dengan dia.



Sampai satu part, lalu dekat tempat orang jual buah. Alamak, entah macamana aku boleh tarik tangan dia. Kitorang boleh terkedu, tergamam!

Aissyyyy.... control control.... masa tu, mcm ada satu perasaan yg lahir dlm hati aku. Apekah????





Selang berapa hari, my cousin asyik sampaikan salam Along je.... Suka tapi masih keraskan hati. Dont want banana fruit two time...hehehe...

Tiba-tiba, 1 hari ni aku dapat panggilan dari dia...isk, mana ko tau nombor aku nih?? jawapannya...adelaa... Sah, mesti kamu wahai kakak sedaraku!



Dari hari ke hari, dia rajin telefon rumah. Tanya dah makan ke belum. Bla bla bla.... Abah pun dah mula bising sebab asyik telefon aje... hehehe... luculah!





Bila dah masuk ting. 4, aku dapat offer untuk masuk ke sekolah teknik. Nak pergi ke tak.. nak pergi ke tak... Bingung sangat. Hati macam nak pergi tapi....





"Along, ila dapat offer belajar kat sekolah teknik."





senyap....










Along : ''mesti kena pergi ke?''






''macam nak pergi, memang teringin sangat nak belajar kat sana''




senyap lagi...







Along : ''tak payahlah...''






''kenapa Along tak bagi?''






Along : '' sebab........''





Diam lagi.... tensen aku!









....................'' sebab Along sayang Ila ''....................










Terdiam... tergamam...terkejut...tergembira pun ade....






Tapi?




Pindah ke aku?






Berjayakah Along pujuk aku untuk pindah sekolah?





see u di next entry ye..............







1 ulasan: