Jumaat, 27 Julai 2012

PREPARATION AWAL!

Alhamdulillah, esok dah seminggu kita berpuasa. Puasa dari makan dan minum di siang hari. Puasa nafsu, mata, pendengaran dan yang sewaktu dengannya. Alhamdulillah, setakat ni semuanya dapat ditempuhi dengan baik even ada jugak halangan kecik. Bulan depan, insyaallah Aiman pun dah masuk setahun. Cepat masa berlalu, tak sangka betul. Tahun lepas, time-time macam ni aku bukan prepare nak raya, tp prepare nak sambut baby. everything yang aku beli hanya untuk baby. Tapi sempat gaklah aku sambar beg Carlo Rino. Orang kata biar anaknya nanti tak meleleh air liur. Ahaks!!!!! alasan baek punye


Sebut je pasal raya mesti terbayang baju baru, langsir baru, kasut baru... alah, senang kata semua nak baru. Benda-benda yang dah beli tahun lepas pun kalau boley nak tukar baru. Membazir kan?
Tapi kalau nak kira membazir, memang membazir sangat-sangat. Tapi kalau wit korang memang dah terlalu banyak belilah.. Yang penting, ikutlah kemampuan. 

Tahun ni, aku and encik Along memang excited nak beraya. Dengan Aiman yang sekarang tengah ligat...hehehehe, tak boleh nak imagine.
Siang tadi, aku dapat jugak belikan sehelai baju melayu untuk Aiman. Yang penting sama kaler dengan Daddy dia. Tinggal carik samping and kopiah untuk dak kecik tu. Alahai....


Okeh, untuk aku, baju raya memang dah tempah awal2. Adalah jugak yang aku beli siap je. Tinggal nak beli handbeg..Arghhhh!!! aku memang giler beg!!!!   
 Untuk Encik Along, baju melayu dah ada, seluar jeans baru pun dah beli. Tinggal beli T-shirt dia aje.
Balang raya dah beli, mesti beli yang plastik untuke elakkan dibaling oleh pembaling terbaik, Muhammad Aiman Darwisy..hehehehe.
Kuih, ingat nak beli sikit tapi boleh menyebabkan yang dtg nnt menjilat ibu jari dan terbayang-bayang sampai umah diorang..

Esok, nak tanggalkan langsir and basuh. Tak payahlah buat baru. Macam tak penting sangat kot.
Aii...memang excited ni. Orang kata, balas dendam untuk tahun lepas. Ngeh ngeh ngeh.

Duit raya pun jangan lupa. Bujet-bujet berapa org yang nak dibagi and berapa RM kena sedia. Wah... =)

Insyaallah, kalau kita pandai membujetkan apa yang perlu and apa yang tak perlu, time raya nanti takdelah nak pening kepala. 

Step by step.. Maybe next week nak carik T-Shirt untuk Aiman and his Daddy. Umi dia, jeling-jeling kat handbeg ye!

Ok, bui bui bui~~~~

 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan