Rabu, 14 November 2012

Kau Pergi Jua...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..hari ni kita masih diberi peluang untuk menyambut tahun baru dalam kalendar islam.
Bulan Muharram datang lagi. Ini bermakna kita perlu melakukan perubahan dalam hidup kita.

Semalam, seluruh keluarga kami telah kehilangan atok tersayang. Ingat tak entry aku yang lepas?
Itulah gambar terakhir semasa dia masih hidup...
Itulah kali terakhir aku berjumpa dengan atok ketika masih hidup. 
Itulah kali terakhir atok pegang tangan aku.

Tapi semalam....

Hanya sekujur tubuh yang kaku...
Dan semalam hanya wajah kakunya yang dapat aku cium... Ya Allah....

Semalam masa abah telefon aku untuk bagitahu atok meninggal, aku tengah sibuk nak uruskan Aiman dan tengah sibuk nak siap-siap pergi kerja. Dapat je berita tu, terasa kaki ni lembik sangat sebab planning petang semalam nak pergi jenguk dia. Tapi.....ermmmm......

Aku tahu, dalam keadaan dia yang memang semakin uzur, kita kena meredhai pemergiannya. Sebab tu, Aku cuba tahan dari menangis.

Terbayang-bayang kat tempat-tempat dia selalu duduk. Terngiang-ngiang suaranya panggil nama cucu-cucunya. Arghhh....

Betul kata orang, kita akan merasa kehilangan bila orang tu dah tak ada.
Saat ni aku rasa menyesal sangat sebab aku semakin lupa nak jenguk dia. Selalu tangguh-tangguh nak ziarah dia sedangkan dia asyik tanya bila Ila nak datang. Selalu mak ingatkan untuk singgah rumahnya tapi disebabkan sibuk dgn kerja dan urusan keluarga, aku makin mengabaikan pesan emak tu.

Entahlah.....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan