Khamis, 16 Oktober 2014

Memilih untuk setia




Kadang kita diberikan kesulitan disaat akhir untuk menempuhi apa yang dirancang. Allah menguji sejauh mana kita mampu menghadapi dan bagaimana kita mengatasi. Dengan akal, hati, perasaan atau dengan iman.

Kalau korang dah tengok video kat atas tu and tengok liriknya, yup Ilot nak kongsi sedikit dari pengalaman Ilot sendiri. Maybe ada reader yang tengah baca ni mungkin dalam persimpangan nak memilih 'pilihan' yang mana kan? Harap entry kalini takde yang nak provok ye.... mudah-mudahan ianya dapat membantu sesiapa yang mengalaminya sekarang.

Bila kita bertunang, kita akan mengalami 1 fasa dimana kita perlu bersedia untuk menerima kekurangan dan kelebihan partner kita. Masa tu kita dah tau 95% semua pasal dia. Dan yang paling famous, masa tu kita dipanggil 'darah manis'.
Time darah manis tu masyaallah, dugaan memang banyak sangat, kadang yang tak disangka terjadi.
Dihujung tempoh pertunangan didatangi dugaan dengan berjumpa insan lain, dan hubungan kawan berlanjutan hingga ada perasaan something. Apa yang perlu dilakukan?

** jika boleh dielak, elaklah dia kerana banyak perasaan yang akan terluka.
** ingat Allah, ingat keluarga, ingat semuanya...
**paling penting solat istikharah...minta petunjuk jalan mana yang elok, semoga Allah memberi jalan yang terbaik dan tunjukkan mana yang baik untuk diri sendiri.


Kita hanya merancang, Allah yang tentukan,,,,







Tiada ulasan:

Catat Ulasan