Rabu, 31 Oktober 2012

4 years......

Aku : Abang, kita nikah berapa haribulan?

Suami  : Entah ek...Abang tak ingatlah..


Aku dengan penuh eksaitednya terus geledah ape yg patut aku geledah...

Dan akhirnya!!!! (dgn nada penuh semangat)

Taraaaaa!!!!









ek eleh...dah terlepas tarikhlohhh....


Aku : Abang, tarikh kita nikah dah lepaslah...

Suami : hihihi...dua-dua boleh tak ingat...



Huhuhuu...sumpah pas ni aku nak ingat!

P/S : korang jgn ngengada nak tanya start bila aku couple dgn laki aku nih! ade yg kena sepuk...

Khamis, 4 Oktober 2012

Demi Aiman....



Assalamualaikum...

Aku masih lagi dalam mode penat, mengantuk, lesu dan yang sewaktu dengannya. Arghhh...aku baru je sampai umah, tidokan Aiman dan rehat jap. Dalam rehat kejap ni menyempat aku nak update belog nih...

Semalam, aku and my suami nekad nak antar Aiman ke hospital.  Risau dgn condition demam dia yang tak kebah-kebah. Suhu tak turun even dah bg ubat ikut dos and time yang tepat. Bukan tu je, ubat kampung pun da bagi. So, semalam mintak balik awal and terus ke Hospital Batu Pahat.


After ambik darah...cian dia!



Sesi pujuk memujuk...

Ya Allah, korang tau tak sepanjang kat dalam bilik doktor tu Aiman menangis je. Tak taulah takut dengan doktor tu ke ape. Kitorang samapi dah tak tau nak pujuk dia macamana. Bila dah kuar baru dia stop menangis. 

After setengah jam diorang check darah, and suhu badan Aiman, doktor comfomkan yang aiman kena tahan kat wad. Huhuhuuuu....

Every 1 hour nurse akan dtg check suhu coz takut suhu naik mendadak and Aiman boleh kena sawan. Alhamdulillah, suhu dia turun sikit-sikit. Tapi memang always tuam badan dia dengan air sejuk untuk kurangkan suhu.

Korang tau tak, time tu airmata aku meleleh kat pipi. Sedih sangat tengok dia lemah, lesu..








Aiman...ummi sayang Aiman..
Cepatlah sembuh anak ummi. Makin kurus ummi tengok anak ummi sorang ni. 
Semua orang risau bila tengok Adek macam ni...

Ya Allah, lindungilah anakku dari segala bencana buruk.
Sembuhkanlah penyakitnya.


** Sebenarnya entry ni aku dah taip aritu tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, hari ni baru aku keluarkan...



Khamis, 27 September 2012

INNER IKAT

Assalamualaikum kesayangan semua...

Sebenarnya ni adalah percubaan pertama untuk aku berjinak-jinak dgn bisnes online ni. 
So, for the 1st step aku nak memperkenalkan INNER IKAT. 

Ada 9 warna dan semuanya READY STOCK




 WHITE
INO1


HIJAU
IN02



UNGU
IN03

RESERVED

OREN
IN04

SOLD OUT

IN05
PINK


SOLD OUT


 MERAH
IN06
RESERVED



 COKLAT GELAP
IN07


SOLD OUT

BLUE BLACK
IN08 
RESERVED

 BIRU MUDA
IN09
(GAMBAR SELEPAS MENGGUNAKAN INNER IKAT)
RESERVED


CARA PEMAKAIAN:
* Inner ni ada tali untuk diikat dibawah dagu.
* Boleh adjust ikut bentuk muka.

-> HARGA  : RM12.00 exclude postage.
Cara order :
* Boleh PM dekat FB Ilot Naim 
* SMS di nombor 013-7102657.

Korang jangan risau sebab material yang digunakan amatlah selesa dan senang di bentuk. Setiap warna hanya ada 1 pcs. Sekiranya ada permintaan yang memberangsangkan insyaallah akan d restock again.

So, kalau berminat cepat-cepatlah contact ye!

Ahad, 23 September 2012

NAK CANTI MENAWAN?

Assalamualaikum...

Setiap wanita tak kira muda atau tua mesti nak cantik berseri kan?

Mesti nak kulit  cerah dan bersih dari jerawat dan pigmentasi..


Jadi, siapa yang mahu tahu rahsia kecantikan terbaru?


Tunggu....





Jumaat, 21 September 2012

DAY BY DAY....

Assalamualaikum....

Kami sekeluarga dilanda demam + batuk. Kesian Aiman, asyik muntah je. Makan sikit muntah, last-last bila prang nak suapkan makanan dia cakap ''nanak!'' sambil palingkan muka. Yang aku pulak, mula-mula batuk je, sekali malam seram sejuk and perut macam kembung. 

Sumpah! aku tak selesa!

So, aku pun amiklah cuti. Adoyaiii!!! sakit 1 badan. 





Orang kata, bila anak nak membesar memang macam tu..Nak pandai jalan, tumbuh gigi, nak itu nak ini mesti akan demam. Yeke?? yekot..




Oklah..aku tak larat dah...


Bui bui...



Jumaat, 14 September 2012

TERASA RINDU....

Assalamualaikum....

Terasa memang lama aku tak update blog ni. Nak buat macamana, time raya ke berapa ntah laptop aku bermasalah. Tak boleh open langsung. Rupa-rupanya hard disk problem. Perghhhh....kopak RM280 + install anti virus Kapersky RM 95 = RM 375.00. Mak oiiii..lingkup tak lingkup aku. Tapi, disebabkan En. Suami aku memang baik hati orangnya, dia yang tolong bayarkan. Hehehe...

Sebenarnya banyak benda aku nak tulis kat sini, bout time raya pertama, kedua, ketiga and sampailah da nak abes raya nih.



time nih 1 day before starting kerja. Iaitu befday si comel kesayangan kami. Genap setahun sudah 23 Ogos 2012. Kitorang belanja dia bubur McD becoz tu adalah peberet dia. 






 Aiman muka macam Daddy kan kan???




kasut raya Aiman.... (telengkan kepala anda okeh!)




continue....

Sabtu, 18 Ogos 2012

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS...

 

Alhamdulillah... berakhirnya bulan Ramadhan yang mulia. Dan datanglah pula bulan Syawal yang menghubungkan sesama kita. 
Sempena Bulan Syawal yang mulia ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.
Ampunkan salah dan silap, halalkan makan dan minum. Mudah-mudahan kita dapat keberkatan di bulan mulia ini....

Salam tulus ikhlas...
Mohd Firdaus B. Rosli
Nazila Naim
Muhammad Aiman Darwisy