Ahad, 29 Jun 2014

Beli dan belah dekat LAZADA (yeaahhhh!!!)

Hihihi...

Tak boleh blah punya tajuk.. Dah beli lepas tu blah kan? tapi shopping kat Lazada, mana boleh cenggitu sebab tiap kali online mesti nak tengok barang kat Lazada. Memang seronok tau, sebab banyak barang yang diorang jual. Dari tablet, baju budak, toys, stroller,kasut,beg, pinggan mangkuk, periuk kuali bla bla bla... semua tu ade jual. Tinggal korang prepare duit kat account je pastu register m2u or cimb click. Makin banyak duit korang kat account makin banyaklah korang nyopping...hihihi (terasa i)

Sebenarnya Ilot memang baru menyopping kat Lazada. Memula beli camera..pastu beli mixer, kasut dan kasut. 


Haritu beli harga dia RM145.00 pastu naik ke harga asal RM399.00 and now ada less lagi..Maybe sebab Ramadhan ni..harga dia now RM139.00 beb...cepat beli cepat beli! kualiti picture dia ok tau... tak caye???

Pastukan, Ilot order lagi barang.. nak tau beli apa??


 

Okeh, 2 parcel ni sebenarnya beli tak saing. Beza sehari je order..kan Ilot dah cakap, hari0hari tengok barang kat Lazada memang asyik nak beli je... Orang GDex yang hantar barang ni sampai ketawa bila bagitau "akak, barang akak dah sampai lagi"...arghh,,,,whatever!

 Nak tau tak apa yang Ilot borong???
Ha...mesti nak tau kan coz Ilot nampak korang angguk-angguk..haha!







Untuk mixer ni, memang Ilot dah lama plan nak beli. Sebab teringin sangat nak wat kek untuk Aiman. So, ternampak mixer ni kat Lazada pastu price dia bawah seratus tu yang cepat-cepat beli. Lagipun brand Butterfly ni pun antara brand elektrik yang baik.


Peralatan nak wat cupcake pun Ilot beli. Piping beg, mangkuk pembakar dengan kertas cupcake.

Kenapa Ilot suka beli barang dekat Lazada? Ok, Ilot ssuka beli kat Lazada sebab harganya kadang jauh lagi murah, original dan penghantaran yang cepat dan selamat. Lagi satu, barang yang bagus dan ada feedback yang bagus dari customer kita boleh tau melalui star yang ada untuk setiap barang. Macam camera and mixer setiap satu barang ada full star. So that mean, barang tu elok and bila kita beli kita akan puas hati.. Buktinya, picture barang-barang yang Ilot beli ni Ilot snap pakai camera agfa tu. See, kira clear kan gambarnya? Insyaallah, Ilot memang berani untuk yakinkan korang tak perlu risau shopping kat Lazada. Insyaallah pasni Ilot nak beli handphone pulak..hahahaha....

Lastly, nasihat Ilot bila kita membeli barang online ni janganlah boros sebab sebenarnya belian secara online ni kita tak perasan tetiba kita dah beli barang yang tak sepatutnya. Jangan sampai duit kat atm kosong ye kawan!


 Yang ini takde jual kat Lazada ye...hihi

Oklah... kita jumpa lagi kat next entry ye!

Bui Bui Bui

Amigos Adiosss


p/s : Lazada, sila berikan saya diskaun yang banyak ye sebab rajin promot awak...hahaha



Selasa, 24 Jun 2014

Shopping Raya Part 1

Assalamualaikum...

Hamboih..kelas kau jah! belum puasa ko dah pergi menyoping dulu. Hahahaha...takdelah, nak shopping baju bebudak dorang ni mana boleh pergi time puasa. Boleh tergugat iman nanti. (aicehh). Sebab apa tau, dengan ragam bebudak ni, kita tak boleh nak duga. Kadang mood dia ok, kadang mood dia tak ok. Kadang boleh menyebabkan satu apa pun tak dapat. Jadik seminggu sebelum nak puasa ni kena bereskan pencarian baju diorang. So lepas ni kalau nak topup pun takdelah banyak sangat.



 Abang Aiman kepenatan..sian dia, dok kat troli je 

ni tengah survey nak carik kasut tapi disebabkan dia dah fedup, so dia tanak try...isk isk

  
Afiq Raikal yang steady 

 
En.Suami pun dok sibuk shopping seluar kerja. Murah pastu bagus kainnya. 
 
 
Dr. Martens Women`s Eleanor Red Patent Lamper Sandal
Baru sampai dari UK uolzzz (beli kat ebay)


Sebelum balik kite amik gambar dulu ye..
  Amboi Raikal, syok awak tido ye, abang awak kat dalam kereta pun dah pengsan 

 Hasil tangkapan kita arini ye tuan-tuan dan puan-puan..

Nak selfie jugak...


Dah ada beg tangan bergerak ni kenalah ikut ragam dia, jadiknya kenalah bersabar dengan ragam dorang. Apapun, ada lagi shopping raya. Sebab tu title entry ada part 1. 
Okeylah...

Bui Bui Bui!!!

Amigos Adioss...




Ahad, 22 Jun 2014

INI ENTRY GAMBAR ANAK-ANAK AJE

 
Assalamualaikum....

Today juz nak upload pic bebudak comel dorang ni sebab snap pic diorang pakai camera baru! yihuuu.... (nak riak leteww...hihi)










 Dak bucuk ummi Muhammad Aiman Darwisy  (23 -Ogos -2011)






 Dak gebuss pipi tembam ummi Muhammad Afiq Raikal (13- April - 2014 )

Moga kalian berdua bila dah besar nanti sentiasa lindung melindungi, tolong menolong antara satu sama lain... kalianlah harta ummi dunia akhirat..

luv u my hero's


Selasa, 17 Jun 2014

Raikal dah 2 bulan!

Assalamualaikum..

Yeah...adek dah 2 bulan dah. Dan ini bermakna Raikal kena inject lg untuk yg kedua. Untuk injection yang kedua ni kata nurse namanya 'inject 3 serangkai'. Yg ummi dia mcm blurr jekan bila nurse cakap cenggitu. Haha... ghupanya inject tu untuk elak 3 penyakit iaitu kancing gigi, radang otak dengan 1 lagi tu den tak hengat pulerr... (blurr sekejap). Apepun tak kesahlah, yang penting enjek tu terbaik utk baby. Awal-awal lagi bagitau kat En.suami appoiment kali kedua ni pun Raikal kena inject, dia dah mulala... (act, dia memang fobia dengan jarum inject..haisyyyy). 

Yang Ummi dia pulak, dah tak pikir pasai inject. Yang Ummi dia eksaited, berapa KG dah Raikal ni. 
(Maybe semua emak akan teruja pasal ni kot, ke aku je ek?). Alhamdulillah untuk second month ni Raikal dah 6.2KG. First month aritu 4.8KG. Boleh tahan jugak naiknye ni.. terlebih kasih sayangla katakan...

Saya dah botak uolls.. amacam? hensem bukan? =)

Now, dah tambah akal... bila di agah dah ade respon, and paling best bila time ngarok kita panggil nama dia lembut-lembut terus jadik slow... 

oklah...continue next entry..banyak nak sharing nih...

bui bui bui

Ahad, 25 Mei 2014

Review : Nestum 3 in 1

Wah.. sebut pasal Nestum mesti dah terbayang sedapnye kalau minum air milo dengan nestum. Hahaha... ofcoz lah Ilot ni peminat fanatik nestum. Lagi-lagi time pantang pastu sekarang ni selalu tak sempat nak breakfast. Yela pagi-pagi je dah sibuk nak uruskan 2 orang hero kecik ni. So, paling mudah juz bancuh nestum sepeket dgn sepeket milo instant kat cawan panjang. Peh.. memang terbaekkk! Serius, memang konyang!

Okeh, Ilot nak habak ni, kalau korang nak tau Nestum tengah wat contest best nih! Paling syok hadiah yang dorang nak bagi pun best jugak

 ni haa.....


Wah...bestnya! Hadiah mingguan je dah RM 2500.00. Tapi contest dia kena buat apa ek???



Okeh, nak explain sikit. If korang perasan kat iklan tv sekarang dah ada iklan nestum baru. Perasan tak?? sila angguk ye . Kalau belum tengok try search kat youtube iklan dia ni pastu download. Dah download korang pakat anak beranak or ngan kengkawan buat video bout nestum ni. Buatlah video yang happening pastu upload video korang . Easy right? ( Ilot nak ajak Aiman, Raikal dengan bapak dah dorang nilah, kekekekekeke! )

More info, korang boleh pergi dekat http://nestum.com.my/ . Mana tau ada rezeki boleh menang RM2500.00 kann? dah nak raya ni, boleh beli macam-macam.

* More cereal for life, Yeahhhhh!

Jumaat, 23 Mei 2014

Jangan lebih-lebih boleh tak?

Hahaha... pelik tak kenapala Ilot taruk title entry kali ni cenggitu tu. Ala, sebenarnya sejak isu kenaikan tarif api, isu GST, isu MH370 ni and bla bla isu ramai yang meluahkan perasaan tak puas hati. Okey, smlm pun Ilot ada tulis ketidak puasan dan kepelikkan (bahasa apakah?) sebab untuk bulan Mei ni bayaran semasa untuk bil api boleh mencanak naik 2x ganda.! toing toing toing.. kepalaku tetiba pusing sebentar. *_*
Serius beb, memang terkejut. Tunjuk kat suami memula dia tanya, bil bulan lepas tak bayar ke? haissy.. ni bil bulan nilah..bulan lepas kan dah bayar.. Dia mula buat muka terkejut and tak percaya. Hadoihh... 



Terus Ilot luahkan rasa kat FB.. hahaha, baca komen dorang upanya majoriti ramai yang rasa apa yang daku rasa.. so sad.... memang lepas ni nak kena pakai pelita kott!

Dalam baca status kengkawan lain kat FB pasal ni, ada sorang hamba Allah ni asyik nak mengagungkan parti yang dia follow ni. (okey, sori to say, isu ni memang sensitif sikit ye). Apa aje yang jadik kat Malaysia bila jadik something wrong somewhere mulalah dia nak kuarkan status yang berunsur politik pastu salahkan parti lawan. Ok, memang orang yang dah 21 tahun ke atas ni layak untuk pilh parti apa yang kita nak, tapi please lah jangan over sangat. Lagi-lagi kalau dekat FB. Boringla.... asyik post benda yang bukan-bukan je. Rasanya status hari ni nak makan pizza, harini nak shopping, harini membosankan lagi bagus kot dari status yang gitutu...
Maafla kalau ada reader yang pernah post status macam orang tu, cuma Ilot nak luahkan pendapat. Nak berkempen, kempenlah dengan bijak..

Okeylah, taknak taip entry ni panjang sangat, takut ada orang block my blog. 



undilah saya :)

Rabu, 30 April 2014

Baby Cot Bedding Set

Assalamualaikum...

Yuhuuu.... kabare semua? waras opo orak? hahaha...faham ke uolzzz? that mean, apa khabar semua, sihat ke tak? Ilot tengah syok berpantang nih! 
So far, berpantang kat umah sendiri ni ok jugak. Belajar berdikari namanya...

Ok, Ilot sebenarnya nak sharing pasal Bedding Set untuk baby cot. Bagi sesiapa yang ada beli baby cot untuk baby, mesti teringin nak decorate comel-comel kan kat katil baby tu. Macam Ilot lah..first thing kat kepala bila beli baby cot, survey kat mana nak carik complete bedding set yang comel and harganya takdelah nak menjerit sangat coz ada sesetengah tempah jual bedding set sahaja dekat RM 500++ . Survey punye survey kat Google,jumpalah 


Ha...tengok kat profile picture kat Facebook dia pun tau kalau page ni jual Bedding Set yang superduper ohsem!
Selain daripada jual complete Bedding Set, page ni pun ada jual quilt and comforter set, baby pillow and bolster. Cuma nak bagitau ni kalau complete set dia jual secara pre-oder dan amik masa 3 minggu (lebih kuranglah). So, klu berminat nak beli kenalah adjust awal-awal.

Dalam set complete baby bedding set ni ada 
1 quilt
1 set bumper cot
1 bedsheet
1 pillow
2 bolsters
1 travel bag
Free gift
Free delivery
price RM350 (deposit RM150)


 Hahaha...baby Raiqal selesa je tido kat atas bedding set ni.

Untuk Raiqal ni, Ilot pilih design ni

                            New Design : Owl & Flower-themed

Ada banyak lagi design yang kiut miut. Ilot pun macam nak survey-survey  lagi je ni. Seronok pulak tengok baby tido kat atas tempat yang comel ni..hahahaha...

Okey, korang boleh terjah kat FB

Maryam's Dream

dan follow instagram dia @maryamsdream 

Insyaallah, korang mesti suka nanti!

* seronok preparing barang baby 

bui bui bui