Khamis, 18 September 2014

I LOVE DR MARTEN

Assalamualaikum

Ilot memang suka kasut brand Dr Marten. Tapi Ilot tak beli yang boot, Ilot beli jenis Mary Jane. Tak taulah kenapa, hati ni memang tersangat sukakan kasut jenis tu. 
Nak tanya ni, ada tak reader yang suka kasut Dr Marten??? angkat tangan cepat!!!

Meh sini Ilot nak kasi cuci mata ye...kasi ilang stress


DR MARTEN MARY JANE TRIPLE STRAP

 DR MARTEN ONE STRAP

 DR MARTEN ELEANOR ONE STRAP


I LIKE <3

Next entry Ilot nak sharing bergaya dengan Dr Marten khas untuk body yang berisi macam Ilot ni. Yang penting sopan ye..

Ok, bui bui bui

Rabu, 17 September 2014

Bertudung dengan selesa!

Assalamualaikum...

Nak tanya, pernah tak korang mengalami situasi dimana korang akan rasa tak selesa, gatal kat bahagian kepala lagi-lagi bila time tu musim panas plus kalau time tengah blackout.. ape oranga kata, karen tengah takde....Perghh..memang tak selesa sangat!
Honestly, dulu Ilot selalu alami masalah ni. Bila dah gatal, memang nak menggarulah. Bila syok menggaru dah senget-benget tudung tu jadiknya. Lagi masa sekolah, dengan sukannya, dengan aktiviti kawad, dengan tuisyen.....haishhhhh!

So sekarang ni, Ilot nak sharing pengalaman bila dah bertukar kepada Sunsilk Lively Clean and Fresh. 




Bila kita bertudung, kulit kepala kita memang macam terkepam dan takde udara masuk. Lagi-lagi sekarang trend tudung yang belit-belit, memanglah kulit kepala mudah terdedah dengan masalah berminyak (jangan fikir kulit muka je tau berminyak, kulit kepala pun sama).


Sebelum ni, Ilot memang tak pandang pun shampoo Sunsilk ni, pastu ntah macamana Ilot ada masalah kulit kepala gatal yang amat bila bertudung. So, Ilot pun try guna shampoo ni. Alhamdulillah, memang bagus! Hilang semua gatal-gatal, rambut pun wangi memanjang... menyesal tak perasan betapa bagusnya shampoo Lively Clean & Fresh ni dari awal.
Ilot dah tak risau keluar jalan-jalan time tengahari, dengan dukung baby, nak keluar beli ikan kat pasar, nak sapu-sapu halaman kat rumah...dah takde garu-garu kepala dan tak de lagi dah tudung senget-benget. Maintain je gituwww.... ;)




                 





Bagi korang yang pernah alami masalah yang sama dengan Ilot, bolehlah terus cepat-cepat pergi kedai dan beli Sunsilk Lively Clean and Fresh. Insyaallah, korang akan selesa bila bertudung. 
Dan lepas tu korang boleh share kan pengalaman korang dekat http://apps.facebook.com/sunsilkmenemanimu, mana tau nanti korang boleh menang duit RM 20,000.00. OMG, memang terbaik!




more info : 
http://apps.facebook.com/sunsilkmenemanimu

bui bui bui

Isnin, 15 September 2014

Jom Borong CONVERSE





Assalamualaikum...


Hai.... sape-sape peminat CONVERSE sila angkat tangan??? Ok, Ilot nak bagitau ni, kat LAZADA ada buat sales gila-gila gempak untuk kasut CONVERSE. Dan bagi sesiapa yang ada Mastercard boleh dapat lagi less 10%. Peh, memang cap jempol lah.....







Ha..jangan ngences beb..hahahah

Ilot pun tengah dok tengok je. Kat cart macam da ada 2 kasut je ni..adoi..duit duit....
Cepat cepat beli, stok saiz sangat terhad tau. Nanti korang melepas. Shopping kat mana? shopping kat LAZADA lah!

Khamis, 11 September 2014

Review : MINYAK TROPIKA (hair and body oil)

Assalamualaikum..

Hai semua... Harini nak sharing pasal minyak bayi Tropika (hair and body oil) . 


Baby selalu kena ruam kat bahagian leher kan? kat punggung, celah ketiak, peha and bahagian badan diorang yang berlipat-lipat sebab peluh senang kumpul kat situ. So, bila sapu je kat bahagian-bahagian tu, insyaallah ruam pun taknak dekat dah. Memang bagus sangat sebab minyak Tropika ni dibuat daripada minyak kelapa dara.


Serius, bau dia sangat menenangkan.(maaf, gambar ade little bit shaking)


Ramai momies yang risau sebab anak dorang ada ruam yang teruk pastu letak ubat macam-macam still tak ok. Bila Ilot suggest minyak Tropika ni, diorang memula risau dan tanya balik " eh, tak lekit ke letak minyak kat badan baby?'' .. don't worry akak-akak, minyak ni tak melekit langsung. Bila hari-hari guna kulit baby jadik soft sangat, dan Ilot rasa pakai losyen pun tak soft macam ni. Ni tak tipu taw..fakta nihh!




Minyak bayi TROPIKA dihasilkan sepenuhnya daripada minyak kelapa dara yang kaya dengan vitamin E. Berfungsi sebagai pelembap serta melindungi kulit bayi yang halus dan sensitif daripaa sebarang masalah alahan kulit. Tidak mengandungi steroid atau apa-apa bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan bayi anda. Sangat sesuai disapu pada kulit bayi yang mengalami ruam lampin, ruam susu, ruam panas, ekzema atau lain-lain masalah alahan kulit.



 yeahh...adek dah wangi..ummi nak tium tikit oleh???? mihmihmih ;D


Jadi, kesimpulannya adalah sila dapatkan produk Tropika ni cepat-cepat ye. Dijamin bagus untuk anak anda <3


bui bui bui~~~

Rabu, 13 Ogos 2014

IKAN PARI BAKAR DAN SAMBAL ASAM BELACAN



Yuhuu…selamat hari raya uolss..ntah raya yang keberapa ntah barula Ilot nak wish kat korang ek. Huhuhuu…

Oklah, taknak potpet harini Ilot nak sharing masak ikan pari bakar yang super spesel bersama sambal asam belacan resepi turun temurun nyai belah suami, pastu emak mertua turunkan kat Ilot. Memang superdapdap!!!



                                       


REMPAH IKAN BAKAR

-         

  •         BAWANG PUTIH (4 ULAS)
  •       SERAI (1 BATANG)
  •       KUNYIT ( BOLEH PAKAI YANG SERBUK PUNYA)
  •       GARAM

-  *BAHAN-BAHAN KAT ATAS TU BLENDER LEPASTU LETAK KAT IKAN. OHYE,   UNTUK PERAPAN IKAN PARI TU ILOT LETAK DALAM 1 SUDU REMPAH TOMYAM (REFER KAT GAMBAR TU YE) UNTUK BAGI RASA YANG UMPPHHH!


 ni rempah tomyam yang Ilot guna ye

* AGAK-AGAK DAH PERAP DALAM 10 MINIT, BOLEH BAKAR IKAN TU YE. KALAU PAKAI OVEN MACAM ILOT, DALAM 20 MINIT JUGAK. DEPENDS KAT KORANGLA ASALKAN JANGAN SAMPAI RENTUNG UDAHLERRR =)

p/s : sebelum nak bakar, kertas timah tu Ilot sapu dengan buttercup. Bila dah bakar rempah tu sebati dengan buttercup memang buat lagi lemak and sedap. Paling penting ikan tak lekat.


SAMBAL  ASAM BELACAN

  •   BAWANG MERAH (BESAR)
  •  IKAN BILIS
  •  BELACAN
  •  CILI PADI
  •  AIR ASAM. (SEBENARNYA PAKAI AIR ASAM JAWA TAPI KAT UMAH DAH ABES, PAKAI ASAM KEPING AJE, ILOT RENDAM KAT AIR PANAS)
  •  AJINAMOTO 
  •  GULA

-         

-         
-         




·     * IKAN BILIS, CILI PADI, BELACAN REBUS KEJAP KAT AIR. REBUS SAMPAI AIR     TU KERING YE.  
·     * DAH REBUS, MASUKKAN KAT BLENDER. MASUKKAN BAWANG MERAH, GULA,  AJINAMOTO DAN AIR ASAM.  BLENDER SAMPAI LUMAT… KUANTITI GULA IKUT SUKA KORANGLAH. MACAMTU JUGAK DENGAN AJINAMOTO. 


 CILI PADI, BILIS DAN BELACAN REBUS DEKAT AIR YANG SIKIT YE, LEPASTU BELACAN TU JANGAN SAMPAI KENA AIR. LETAKKAN DIA DEKAT ATAS CILI KE, BILIS KE..BIAR BELACAN TU KENA WAP JE.

 Haa…dah siap. Senang je kan? Memang sedap tau, kat kedai takde jumpa cicah sambal asam macamni. Biasa korang jumpa yang merah takpun cicah air asam letak cili je kan??.. so, cepat-cepat buat….





Kalau korang taknak guna pari, korang boleh guna ikan apepun yang korang suka ye. Comfem, makan dengan  sayur air, pastu nasik tengah panas memang  sodap gilos!



Ok korang, bui bui bui~~~~


Jumaat, 18 Julai 2014

MH 17 : Salam Takziah

Bismillah...

Assalamualaikum. 

Kita selalu dikejutkan dengan benda yang tak terduga. Betullah kata pepatah, malang tu memang tak berbau. Siapa sangka gurauan, rakaman, gambar sebelum mereka terbang merupakan yang terakhir. 
Masyaallah.... dariMu kami datang dan Kepadamu kami kembali Ya Allah.

Salam takziah Ilot ucapkan kepada semua ahli keluarga mangsa yang terlibat. Semoga pemergian mereka di bulan Ramdhan ini, Allah tempatkan mereka diantara orang yang beriman.




* sayunya hati...mengenangkan betapa mereka yang ingin pulang beraya bersama-sama keluarga tapi hajat mereka tidak kesampaian.. 

Selasa, 15 Julai 2014

Hepi 3 month Afiq Raikal

Yeaaa...adek dah besar! membesar dan membesar bagaikan juara..hahahaha



Hahahah..anak bujang sorang ni memang nak lawan dengan abang Aiman dia. Tadi Raikal dapat upah injection yang ketiga. Kesian dia, mata dok  mengantuk, tetiba ada jarum cuck kat peha gebuss dia tu..apelagi, melalak lah dia...huhu... 
Tadi, alhamdulilah berat dia naik lagi. Dah 7.2 kg. Bulan lepas 6.2kg.



Hensem Ilot yang lagi sorang ni pun tadi timbang jugak. Berat dia dah 17.5 kg. Kalau nak tau, Aiman ni doktor dah suruh dia kurangkan berat badan sebab dia dah masuk kat line obesiti masa dia umur 2 tahun setengah. So, sekarang memang nak kena maintain kan berat dia. Tapi kesian jugak sebab kena kurang-kurang makan dia tapi nak wat acannerrr!

Okeylah..continue next entry

bui bui bui

amigos adiosss