Jumaat, 10 Oktober 2014

Perempuan dan handbag!

Oh my Gucci..oh my prada...

Hahahaha...oh, perempuan..ko memang suka kan kalau bab handbag? Ok, sapa yang tak suka beli handbag? waima korang beli juz kat pasar malam, yang ori, yang tak ori, yang murah or yang harga beribu hengget. Mesti 100% komfem korang suka bag. 
Kalau Ilot korang toksah tanyalah, i'm so obses dengan namanya handbag!
Dulu time sekolah pun ilot suka kumpul bag. Hari isnin beg tu hari selasa beg ni..macam tulah seterusnya.

Bila dah naik usia, pengaruh kakak yang suka beli bag memang banyak menghasut (ampunkan daku wahai kakak, tak masal ko pun terlibat dalam ini cerita). Ceh, mula-mula tu juz beli beg longgok yang ada kat mall. Biasa brand Polo or ntah brand apa ntah. Dapat beli bag tu yang harganya RM50 lebih terasa macam muahall gituww. Balik umah asyik dok kelek beg tu je. Hahahah...
Lepastu dah kerja lama, gaji dah up ditambah pulak dengan keinginan nak pakai beg yang ada nama so bermulalah Ilot beli beg jenama Carlo Rino, Sembonia, Guess... 
Time tu memang keraplah beli. Ilot pernah beli beg 3 biji dalam masa sebulan. Semua tu brand Carlo Rino yang harganya RM3++. Masyaallah..boros tahap gaban tau! isk isk isk....


 Ni sebahagian. Ada yang dah bagi emak. Ada yang dah rosak pastu sayang nak buang, Letak je dalam almari buat pekasam. Yeaa....bagus bagus !



Nah, sumbat semua dalam beg. Handphone,wallet, organizer. Paling best siap letak pampers anak-anak bujang ni, minyak vicks dengan towel kecik. Lipstik dengan compact powder dah kelaut. Tak muat nak masukkan, huhuuuu...sob sob sob...

Persoalannya, penting ke bag banyak-banyak tu? siap ada yang sanggup keluarkan duit ribu riban untuk sebijik handbag. Jawapannya simple...tepuk dada tanya diri sendiri. Pernah tengok cerita omputih ''When the devil wear Prada''? lakonan Anna Hathaway. Kat situ ada guy cakap, bag itu bukan pasal kita nak masukkan barang dalamnya. Tapi kepuasan bila membawanya. Yup, maybe kot!

Ok, last question nak korang bagi suggestion yang mana 1 cun??


ini ke..


 atau yang ini???




***peace suamiku! jangan dok jeling-jeling ye.ihihiiii ;)


bui bui buiii....

2 ulasan:

  1. amboi byknye. hehehhe koleksi2. huhu. cx tk berapa suka handbag or accessory wanita ni. cx lbh suka santai. hehe lain org lain minatnya kan. kalau da tknk beg tu, campak2 la dkt cx satu dua hahaha.ok babai XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. huaaahhh sob sob...nangesla kite nanti,heheheh
      memang cx, org minat lain-lain. Kadang tak suka benda ni tapi sanggup perabih kat benda lain. Tapi yg penting kena tau men'budget' duit. klau tak nanti boleh menangis di hujung bulan..hihi

      Padam