Sabtu, 9 Jun 2012

PART 3 (LOVE STORY)

 




Alhamdulillah.......

Thanks God give me life... aku masih boleh bernafas..masih boleh buat milo panas di pagi hari. Boleh lagi geletek Aiman and dengar dia ketawa kuat-kuat... Dan aku rasa, harini aku nak continue story yang lapuk tu. Hahaha! im so sorry ye coz melengah-lengahkan cerita itu <3<3<3



TARIK NAFAS SEKEJAP....




Alahmdulillah... Aku dan Along dapat teruskan dugaan semasa bercinta. Masa mula-mula lepas kejadian dia berkawan dengan ramai orang, hati aku memang tawar sesangat. Nak reply mesej dan nak jawab call dari dia pun macam tak ikhlas. Yelah, kite sayang dia sangat-sangat, ea ehh, dia boleh curang pulokk...=(

Tapi bila lama-lama aku rasa dia memang berubah. Along lagi lebih bertanggungjawab and selalu ada disaat aku memerlukan...


Dari hari ke hari, hubungan sesama kami sekeluarga juga makin rapat. Dan akhirnya kitorang putuskan untuk bertunang selepas aku habis STPM. Memang tak jangka pun nak bertunang awal.




Masa nih memang body rammmping yang amat. Serius giler!





nilah cincin tunang kami... unik and tersendiri. Ramai yang cakap, cincin tunag aku ni memang cantik and susah nak dapat design yang macam ni. Memang pandai cik abang sorang tu pilih cincin...thanks my lover.....<3


Kami bertunang selama 2 tahun hidup. Honestly lah..bertunang memang banyak cabaran. Lagi-lagi dengan umor kitowang yang masih lagi muda.. 

Bergaduh.....

Berselisih pendapat.....


Merajuk.......


Ketawa.....


Menangis....


Berkongsi pendapat, berkongsi minat..cuba faham apa kesukaan dia..apa yang dia tak suka... 



Alhamdulillah, aku rasa pilihan aku memang tak salah. My Along memang seorang anak yang baik. Tak pernah aku dengar dia tinggikan suara pada Mak dan Ayah. Even orang luar cakap yang bukan-bukan, nope!!! korang semua salah ye!


Mesti kowang tak percaya kalau aku bgtau yang Along nih SUKA giler dengan citer hindustan..hahahaha!!! 

Betul! aku tak tipu..


Selepas setahun kitorag tunang, mulalah orang tua kami berbincang tetapkan tarikh untuk melangsungkan majlis kahwin kami berdua.

Ya Allah... bagaikan satu cerita kehidupan yang aku tak sangka!


Aku akan menjadi isteri kepada MOHD FIRDAUS... 




continue again...................................................................

Sabtu, 2 Jun 2012

LUAHAN HATI SEORANG SUAMI....


Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.


Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke?Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya.,dia menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya.,dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli.dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi..,risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan.,dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya.Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini...? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
 
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya."

Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….

Terima kasih ustaz….doakan saya…….
 
 
 

**** air mata menitis tanpa henti.......****

Jumaat, 1 Jun 2012

BINTANG DI LANGIT

Masyaallah...

Terlalu lama blog ni di biarkan sepi...dah bersawang dah blog nih. Ade ke yg rindu kat blog nih? hehehe, terima kaseh reader yg rajin bukak blog nih tp takde new story.. open lg pastu, but still de same..... Iskk... mintak maaf ye sayangku sekalian. Ke'busy'an aku sejak dua menjak nih membataskan untuk aku cerita panjang lebar...

Oh ye, sebenarnya aku ada hutang dengan korang bout "LOVE STORY" yg tertangguh selama 2 entry...hahahaha... 

ooh, maafkan saya !


Bersabar ye sayang,  cerita tu akan bersambung juga... i promise u!


So, today.....aku ada cerita lagi best yg nak dishare kan nih...




tadaaaaaa!!!!











...... salam perkenalan semua!!!!.....





...............<@














Anak siapakah ini???


Lelaki ke perempuan nih?





Hahaha...kowang jgn suspen2lah..  Dun wori, aku lama menyepi bukan disebabkan baru lepas bersalin ye! but, ni adalah my new anak sedara! yezzz.... ahli keluarga kami bertambah lagi seorang. Bertambah keturunan En. Naim dan Pn. Saedah... Alhamdulillah..

Actually, ni adalah anak lelaki kakak aku. Alhamdulillah, baby Afif selamat dilahirkan pada 24hb Mei 2012. Yang bestnya, befday Afif ni sama dgn befday abang dia, Irfan. And than esoknya, 25 Mei 2012 befday kakak Afif, Husna... pandai tak pandai akak aku nih planning..hehehe...

Esok befday kena belikan kek 3 tingkat nih!










Eh, akak Una nanges pulak!!!

Ok, tak mo nanges ea..nanti Aiman ajak akak Una main-main okeh!!!






Afif... Usu sayang Afif...

Esok besar Afif  jadi anak yg baik ye... jadi budak pandai, rajin sembahyang, rajin mengaji...rajin tolong ibu dan ayah.. sentiasalah jadi anak yg menghormati orang tua...



Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah di atas anugerah yg telah Engkau ciptakan ini.....






Rabu, 9 Mei 2012

Allah..selamatkan dirinya....

Assalamualaikum...

Hari ni aku menangis, sekarang ni aku taip entry ni sambil air mata aku laju-laju keluar. Semakin ditahan semakin dia nak keluar...



Ya Allah, diri ini terlalu kerdil..
Ya Allah...selamatkanlah hamba-hambamu yang lemah dan tidak bermaya itu..
Selamatkanlah mereka yang tidak tahu apa itu erti dosa...



Ya Allah...
Kuatkanlah hati ini... 
Air mata... janganlah keluar...






Muhammad Aiman Darwisy, ummi sayang Aiman. Takkan seminit ummi akan lupakan Aiman....
Nyawa pun Ummi sanggup korbankan asalkan Aiman sihat dan bahagia...






Ya Allah... selamatkanlah mereka Ya Allah......
















P/S : Tangisan ini untuk anak-anak kecil yang menjadi mangsa kekejaman manusia. Mereka tidak berdosa, kenapa kamu buat anak-anak itu seperti kain lap yang boleh dipijak dan dicampak sesuka hati. Tak tersentuh ke hati kamu melihat anak itu menangis pilu, menagih simpati dan kasihan diatas apa yang kamu lakukan itu.... 

Kawan-kawan yang baca entry ni, serius aku memang tak boleh kawal perasaan aku bila korang masukkan video budak yang kena dera tu. Tak sanggup untuk aku tengok sampai video tu habis. Cukuplah........ aku tak sanggup lagi....

Sabtu, 5 Mei 2012

LG Cinema 3D Smart TV memang TERBAIK!!!

Assalamualaikum my lovely frenz yang open entry kali ni. 
Sebenarnya aku nak share dengan korang betapa TERUJAnya aku dengan buah hati terbaru LG.


Kenapa ye aku excited sangat dengan LG Cinema 3D Smart TV ????











Fuyooohh... syokkan? Tu baru tengok kat picture je tu. Korang belum tau lagi specialnya LG Cinema 3D Smart TV ni.


Dengan LG Cinema 3D Smart TV ni,  kita dah tak perlu pakai cermin mata 3D yang kaler merah and biru tu. Best je tengok cerita without semua benda alah yang menyesakkan tu... (berdasarkan pengalaman *_*.)

tak cun langsung pakai cermin mata Zorro ni..hik hik hik...

And, yang paling best sekali ialah kita tak perlu bersesak-sesak beli tiket wayang. Juz switch on and play the movie, we can get more kepuasan dan kita boleh tengok movie sampai berpuluh-puluh kali! Best kan kan kan????


Nice lah memang kan? 

So, untuk u all yang ikut sama teruja dengan LG Cinema 3D Smart TV  nih, u can tekan http://www.lg.com/my/tv-audio-video/televisions/televisions.jsp

Insyaallah, korang pun akan like like and like!!!! 


Ok korang...

bui bui bui!


Khamis, 3 Mei 2012

PART 2

Assalamualaikum....

Continue from the past entry.....................<@




Sebenarnya hati aku memang tak sepenuhnya nak pergi ke Sekolah Teknik tu... Sebab yang paling ketat-ketat, aku memang ditakdirkan untuk TIDAK BOLEH jauh dari mak dan abah. Serius, even orang tengok aku ni macam boleh berdikari and boleh on je kat mana-mana tapi yang sebetulnya adalah TIDAK BOLEH. 

Sebab yang kedua, hati aku memang dah terikat untuk tak nak pergi sebab adanya dia....




Lucunya, aku masih nak kenakan dia. Aku cakap kalau esok dia nampak aku, adalah tp kalau tak....faham-fahamlah..




Kebetulan sangat, esok pagi abah memang nak antar ke sekolah. Hahaha, menjajau dia mencari.

Semua kawan-kawan dia tanya. Masa tu memang agak tersentuh, rasa macam dia betul-betul sayang aku. Masyaallah.... Tapi penipuan aku tu tak lama, tengahari dia nampak aku jugak akhirnya. Hehehehe....senyum lebar sajelah!



Sebulan, dua bulan....sampailah ke hujung tahun. Sepanjang setahun tu memang macam-macam jadik. Gaduh, merajuk, ketawa...semua campur aduk. 


Lepas dia habis SPM, relation kitorang macam samar-samar. Kawan-kawan mula bercerita dia keluar dengan orang lain. Masa tu, sedih, kecewa memang tak boleh cakap. Tapi, hati ni memang untuk dia. Aku pekakkan telinga dan kuatkan hati untuk bertenang. 

Dia dah mula tak telefon. Mula tak ambik tau. Mula beralih arah...




Selama dekat setahun jugak hubungan kitorang macam angin. Memang frust sangat. Masa tu aku try untuk kawal emosi and cuba terima hakikat "cinta monyet " ni takkan kemana. And disebabkan masa tu dah nak periksa SPM, aku kuatkan semangat untuk study betul-betul. 
Akhirnya, alhamdulillah aku dapat jawab exam dengan sungguh-sungguah. Demi mak abah, aku taknak kecewakan diorang! 


 Tapi, kalau memang kitorang ditakdirkan bersama apa pun takkan jadi halangan.. Lepas exam, and aku continue form 6 relation kitorang normal balik. Itupun after semua apa yg dia buat kantoi jugak akhirnya. Yang peliknya dia pulak semakin menjadi seorang yang kuat cemburu. Along kata '' along taknak kehilangan ila. Cukuplah apa yang dah jadi'' ....





Namun..........





 adakah hati aku boleh terima dia balik 100% after apa yang jadik???






continue again................





p/s - tukar lagu untuk tukar mood ;)