Khamis, 11 September 2014

Review : MINYAK TROPIKA (hair and body oil)

Assalamualaikum..

Hai semua... Harini nak sharing pasal minyak bayi Tropika (hair and body oil) . 


Baby selalu kena ruam kat bahagian leher kan? kat punggung, celah ketiak, peha and bahagian badan diorang yang berlipat-lipat sebab peluh senang kumpul kat situ. So, bila sapu je kat bahagian-bahagian tu, insyaallah ruam pun taknak dekat dah. Memang bagus sangat sebab minyak Tropika ni dibuat daripada minyak kelapa dara.


Serius, bau dia sangat menenangkan.(maaf, gambar ade little bit shaking)


Ramai momies yang risau sebab anak dorang ada ruam yang teruk pastu letak ubat macam-macam still tak ok. Bila Ilot suggest minyak Tropika ni, diorang memula risau dan tanya balik " eh, tak lekit ke letak minyak kat badan baby?'' .. don't worry akak-akak, minyak ni tak melekit langsung. Bila hari-hari guna kulit baby jadik soft sangat, dan Ilot rasa pakai losyen pun tak soft macam ni. Ni tak tipu taw..fakta nihh!




Minyak bayi TROPIKA dihasilkan sepenuhnya daripada minyak kelapa dara yang kaya dengan vitamin E. Berfungsi sebagai pelembap serta melindungi kulit bayi yang halus dan sensitif daripaa sebarang masalah alahan kulit. Tidak mengandungi steroid atau apa-apa bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan bayi anda. Sangat sesuai disapu pada kulit bayi yang mengalami ruam lampin, ruam susu, ruam panas, ekzema atau lain-lain masalah alahan kulit.



 yeahh...adek dah wangi..ummi nak tium tikit oleh???? mihmihmih ;D


Jadi, kesimpulannya adalah sila dapatkan produk Tropika ni cepat-cepat ye. Dijamin bagus untuk anak anda <3


bui bui bui~~~

Rabu, 13 Ogos 2014

IKAN PARI BAKAR DAN SAMBAL ASAM BELACAN



Yuhuu…selamat hari raya uolss..ntah raya yang keberapa ntah barula Ilot nak wish kat korang ek. Huhuhuu…

Oklah, taknak potpet harini Ilot nak sharing masak ikan pari bakar yang super spesel bersama sambal asam belacan resepi turun temurun nyai belah suami, pastu emak mertua turunkan kat Ilot. Memang superdapdap!!!



                                       


REMPAH IKAN BAKAR

-         

  •         BAWANG PUTIH (4 ULAS)
  •       SERAI (1 BATANG)
  •       KUNYIT ( BOLEH PAKAI YANG SERBUK PUNYA)
  •       GARAM

-  *BAHAN-BAHAN KAT ATAS TU BLENDER LEPASTU LETAK KAT IKAN. OHYE,   UNTUK PERAPAN IKAN PARI TU ILOT LETAK DALAM 1 SUDU REMPAH TOMYAM (REFER KAT GAMBAR TU YE) UNTUK BAGI RASA YANG UMPPHHH!


 ni rempah tomyam yang Ilot guna ye

* AGAK-AGAK DAH PERAP DALAM 10 MINIT, BOLEH BAKAR IKAN TU YE. KALAU PAKAI OVEN MACAM ILOT, DALAM 20 MINIT JUGAK. DEPENDS KAT KORANGLA ASALKAN JANGAN SAMPAI RENTUNG UDAHLERRR =)

p/s : sebelum nak bakar, kertas timah tu Ilot sapu dengan buttercup. Bila dah bakar rempah tu sebati dengan buttercup memang buat lagi lemak and sedap. Paling penting ikan tak lekat.


SAMBAL  ASAM BELACAN

  •   BAWANG MERAH (BESAR)
  •  IKAN BILIS
  •  BELACAN
  •  CILI PADI
  •  AIR ASAM. (SEBENARNYA PAKAI AIR ASAM JAWA TAPI KAT UMAH DAH ABES, PAKAI ASAM KEPING AJE, ILOT RENDAM KAT AIR PANAS)
  •  AJINAMOTO 
  •  GULA

-         

-         
-         




·     * IKAN BILIS, CILI PADI, BELACAN REBUS KEJAP KAT AIR. REBUS SAMPAI AIR     TU KERING YE.  
·     * DAH REBUS, MASUKKAN KAT BLENDER. MASUKKAN BAWANG MERAH, GULA,  AJINAMOTO DAN AIR ASAM.  BLENDER SAMPAI LUMAT… KUANTITI GULA IKUT SUKA KORANGLAH. MACAMTU JUGAK DENGAN AJINAMOTO. 


 CILI PADI, BILIS DAN BELACAN REBUS DEKAT AIR YANG SIKIT YE, LEPASTU BELACAN TU JANGAN SAMPAI KENA AIR. LETAKKAN DIA DEKAT ATAS CILI KE, BILIS KE..BIAR BELACAN TU KENA WAP JE.

 Haa…dah siap. Senang je kan? Memang sedap tau, kat kedai takde jumpa cicah sambal asam macamni. Biasa korang jumpa yang merah takpun cicah air asam letak cili je kan??.. so, cepat-cepat buat….





Kalau korang taknak guna pari, korang boleh guna ikan apepun yang korang suka ye. Comfem, makan dengan  sayur air, pastu nasik tengah panas memang  sodap gilos!



Ok korang, bui bui bui~~~~


Jumaat, 18 Julai 2014

MH 17 : Salam Takziah

Bismillah...

Assalamualaikum. 

Kita selalu dikejutkan dengan benda yang tak terduga. Betullah kata pepatah, malang tu memang tak berbau. Siapa sangka gurauan, rakaman, gambar sebelum mereka terbang merupakan yang terakhir. 
Masyaallah.... dariMu kami datang dan Kepadamu kami kembali Ya Allah.

Salam takziah Ilot ucapkan kepada semua ahli keluarga mangsa yang terlibat. Semoga pemergian mereka di bulan Ramdhan ini, Allah tempatkan mereka diantara orang yang beriman.




* sayunya hati...mengenangkan betapa mereka yang ingin pulang beraya bersama-sama keluarga tapi hajat mereka tidak kesampaian.. 

Selasa, 15 Julai 2014

Hepi 3 month Afiq Raikal

Yeaaa...adek dah besar! membesar dan membesar bagaikan juara..hahahaha



Hahahah..anak bujang sorang ni memang nak lawan dengan abang Aiman dia. Tadi Raikal dapat upah injection yang ketiga. Kesian dia, mata dok  mengantuk, tetiba ada jarum cuck kat peha gebuss dia tu..apelagi, melalak lah dia...huhu... 
Tadi, alhamdulilah berat dia naik lagi. Dah 7.2 kg. Bulan lepas 6.2kg.



Hensem Ilot yang lagi sorang ni pun tadi timbang jugak. Berat dia dah 17.5 kg. Kalau nak tau, Aiman ni doktor dah suruh dia kurangkan berat badan sebab dia dah masuk kat line obesiti masa dia umur 2 tahun setengah. So, sekarang memang nak kena maintain kan berat dia. Tapi kesian jugak sebab kena kurang-kurang makan dia tapi nak wat acannerrr!

Okeylah..continue next entry

bui bui bui

amigos adiosss

Rabu, 9 Julai 2014

Doakanlah mereka di GAZA

Assalamualaikum...

Sentap, sedih, marah, kecewa, semua perasaan ada kecuali perasaan gembira. Hancur luluh perasaan mengenangkan saudara kita ditembak, dibom, dikelar dan hancur angakara Israel durjana. Sedih rasa hati melihat mayat anak-anak kecil bergelimpangan dan berlumuran darah. Sikecil yang tiada dosa diperlakukan sedemikian... Ya Allah.....


Bayangkan anak kita diperlakukan sebegini,
Bayangkan adik kita diperlakukan sebegini,

Allah.... Sebak....
Apa salah anak kecil ini dimata mereka ?


InsyaAllah.....Syurga Menantimu.....

Muhammad Malakah dijumpai di bawah runtuhan rumahnya di Zaytun apabila pesawat F-16 milik Israel menyerang rumah mereka yang menyebabkan ibunya meninggal manakala ayahnya cedera parah.

 Allahuakbar...
  
 


For all the readers, please help them with ''doa'' and give them some donation. 
Hopefully, we can to facilitate their burden. Insyaallah.






Isnin, 7 Julai 2014

Tinggalkan jejak langkahmu (URL blog hangpa yaa!)

Assalamualaikum...

Ok, thanks to kak Mia sebab bagi feedback kat blog Ilot yang tak seberapa nih ye...
So, Ilot pun nak  follow macam Kak Mia lah... Plz tinggalkan alamat (url) blog korang.. tak kesahlah blog korang berkaitan dengan apepon...nanti i skodeng blog u ye..mihmihmihmih





jelingan maut i bagi u taw..jangan malu-malu ye!





bui bui bui...

Amigos Adioosss!

Khamis, 3 Julai 2014

Alhamdulillah..syukur

Assalamualaikum dan hai!

Well, selamat berpuasa korang. Hope puasa ni sentiasa dimewahkan rezeki dan diberkati oleh Allah..amin...
Entry kalini maybe lebih more kepada luahan perasaan kot. Bukan nak mencarut or mengamuk sakan tau! (no no no....) tapi lebih kepada rasa bersyukur dengan apa yang Ilot ada. Yelah, sempena bulan Ramadhan yang mulia ni kan elok banget kalau kita lebihkan rasa bersyukur . 

Act, tahun ni adalah tahun pertama sambut Ramadhan dekat rumah baru, lepastu dapat baby boy Raikal and than celebrate as a housewife. Yeah, Ilot memang dah 4 bulan rasanya resign dan banyak masa duduk rumah. Alhamdulillah, memang rasa bahagia dan paling penting setakat ni belum ada istilah bosan dalam hidup sebab 24 jam kurasa cepat masa berjalan.

Bukan semua orang dapat apa yang Ilot dapat taw. Dan tak semestinya apa yang korang dapat Ilot akan dapat jugak. Rezeki masing-masing right? Ada jugak kawan-kawan yang masih berkerja cakap ''untunglah ko ilot, dah tak kerja..aku nak resign kerja bujet tak cukup lagi. Nak beli pampers, susu, bayar kereta, bayar rumah, bla bla bla".. Erm...semua tu sebenarnya adalah hak masing-masing. Ye, mulanya sebelum Ilot nak berhenti, Ilot selalu fikir macamtu. Memang hidup sebagai manusia ni, kita takkan pernah puas. Alah, nak cakap lebih-lebih pun takut terlebih pulak..nanti dah bertukar pada rasa riak...takmolah cenggitu. 

Oklah.. kita  continue next entry ye :)



Syukur dengan 2 harta Ilot ni. Alhamdulillah, Aiman sayang kat adeknya and Raikal pun suka kalau abang dia main kat sebelahnya