Selasa, 7 Oktober 2014

Mak-mak sangat!

Assalamualaikum.

Ilot start menjadi ummi yang vouge time 2011. Ok, vouge itu harus dianggukkan walau terpaksa ye..hahahha. Peh, menjadi seorang emak ni rupanya bukan satu tugas yang senang. Pernah satu masa dalam sibuk kemas itu kemas ini, lepas tu konon nak baring kejap lepaskan penat. Baru nak rasa selesa tetiba 'ummi..!!!' adei..... terpaksalah bangun jugak melayan perangai anak-anak. 

Sebab tu kan, bila orang cakap ''anak ko gini anak ko gitu'', Ilot ada rasa touching yang melampau. Nak jugak kadang membalas dengan bahasa yang kesat tapi untuk apa? Oh, takpelah...its ok. 
Maybe memang satu benda yang normal kerana mulut dan pemikiran manusia itu tidak sama. Kita rasa kita betul but untuk orang lain mungkin tak.

Sebenarnya benda ni bukan Ilot sorang je yang rasa. Ilot ada borak dengan kawan lama kat whatsapp, Ilot tanya " korang rasa sentap tak bila orang kata anak ko ni tak macam anak si polan, ko ni salah didik anak, ko ni garang sangat ko gitu ko gini''
So kawan pun jawab " of course sangat sentap Lot. Kita mengandungkan dia 9 bulan, selama tu kita rasa segala hormon kita berubah. Kita loya, pening, kena cucuk amik darah tiap bulan...tu belum keluar strechmark kat sana sini. Bila nak bersalin, kita sakit lagi kena seluk untuk ukur berapa cm, kena cucuk kat tangan untuk pasang salur ubat. Dah bersalin, sakit pulak kena jahit...bla bla bla...(banyak sangat yang dia cakap) sebab tu kita memang patut untuk rasa sensitif. ''
Pengalaman kawan Ilot lagi sedih. Anak dia ada komplikasi masa baru dilahirkan dan kena tahan kat wad sangat lama. Tapi yang tak patutnya adalah, saudara mara salahkan kawan Ilot kerana tak jaga pantang larang masa mengandung. Dan bila anak dia dah dekat setahun, dia punya perkembangan agak lambat sikit. Masa tu lagi teruk dia kena hentam. 

That's why if kita tak nak orang lain buat kat kita macam tu, kita jangan buat macam tu kat orang lain. Sepatutnya berikanlah semangat, doa dan pertolongan. Bukan cemuhan, umpatan dan tuduhan. Semua yang jadi kat kita ni adalah ciptaan dan dari kuasa Allah. 
Sebab tu, bila Ilot tegur seorang sahabat lain yang belum berkahwin untuk jangan mengata anak orang, dia akan cakap '' ko ni mak-mak sangatlah Lot''Ilot jawab ''kalau ko dah ada anak ko akan akan rasa apa yang aku rasa ni''


alhamdulillah syukur....



Sabtu, 4 Oktober 2014

Sangat terkesan!

Lately baca status kawan-kawan sebaya Ilot yang baru nak menapak dalam hidup mengeluh. Oh, minyak naik lagi 20 sen. Macam sikit, tapi bila dah naik ofcoz secara otomatik harga barang akan naik. 
Macamana kitorang nak kumpul aset? nak beli rumah? nak beli kereta? nak tambah tabungan untuk sekolah anak esok? nak tambah simpanan dalam bank? wooo......sangat terkesan beb! itu baru sikit, banyak lagi impact kat rakyat.
Macam minggu lepas. Susu anak dah naik harga. Bukan singgit dua, terus naik 5 hengget kau! macamanalah yang pendapatan isi rumahnya RM1500.00 pastu binik tak kerja. Dengan kos belanja anak sekolah. 
 
Oh..takpelah. Rezeki ada dimana-mana. Cakap lebih-lebih nanti diri sendiri juga yang merana. Hanya luahan perasaan mewakili kawan-kawan seangkatan.


 huhuhu...pandai org tu buat kira-kira. Tu congak pakai sampoa ke?? tak masal kena sound dengan Abam Bocey
 

Apa nak buat? redha sajelah. Bak kata seorang kawan, biarlah minyak naik lagi, kerana lama-lama minyak turun jugak dari takuknya...ermmmmmm 


 ukur baju kat badan sendirilah Lot, nak jimat kan? baju ngandung ko pakai je...

Khamis, 2 Oktober 2014

Blogger yang Ilot nak jumpa!

Assalamualaikum...

Yess...Ilot teringin nak jumpa blogger-blogger yang Ilot list kat bawah. Oh...betapa Ilot selalu baca blog diorang. 





1- Irine Nadia Marcello
Ok, honestly blog Irine ni adalah blog pertama yang Ilot baca . Hahahah..ye, dulu Ilot tak berapa tau pun pasal buat blog. Satu hari Ilot baca entry pasal blog Irine kat majalah Yeszz. Masa tu dia baru je nak periksa SPM. Tengok gambar-gambar dia masa tu memang dia ni comel sangat. After follow blog dia, Ilot pun belajar macamana nak buat blog. Sekarang dia dah dewasa pun. Kejap lagi nak dapat second baby. But tak taulah kenapa dia private kan blog dia. Takpela..dia ada sebab rite? apapun, Ilot nak wih good luck untuk pembukaan butik FISKA. Well done dek!






 
2- Fatin Liyana (now she is doctor)
I like her very muchoo. I like her story bout travel, lifestyle,her study bla bla bla... banyak sangat kalau cerita pasal dia.  Oh, kalau besok Aiman dan Raikal besar kalau boleh biarlah menjadi seperti dia. Yup, Ilot kalau boleh biarlah mereka menjadi seorang doktor. Dan Ilot jadikan dia sebagai ikon untuk diri sendiri supaya dapat didik anak untuk menjadi seperti dia.



3-Namee Roslan
Oh, she is very beautiful mommy, sempoi, dan blog dia sangat best. Semangat kadang nak baca semua entry Namee yang lepas-lepas. Ohye, Namee tengah preggy ye. Take care ye



4-CPM Nurhaliza
She is Irine sister. Tersangatlah cantik. Selalu chat dengan kak Honey dekat IG dan PM dia kat facebook. Oh, thanks akak for sharing banyak info untuk didik anak dengan cara yang baik. Kirim alam Chiki ye!


Teringinnya nak jumpa secara face to face dengan diorang. Tapi, adakah tercapai? em...kalau Allah dah takdirkan untuk jumpa diorang, semua tu tak mustahil kan? 
Ilot selalu baca belog diorang. Dan follow diorang kat instagram. Even diorang tak pernah baca blog Ilot tapi takpe, yang penting Ilot suka blog diorang.

# teringin juga nak jumpa blogger yang dok area Johor. Bestnya.....

bui bui bui

Rabu, 1 Oktober 2014

Habit terbaru Raikal

Assalamualaikum....

Duduk dirumah tengok perangai anak-anak membesar ni memang seronok. Sekarang Raikal dah tambah akal. Dah pandai cakar muka ummi! ceh...calar muka i taw..huhuhuhuhuu
Ni lagi satu nak cerita, umur dia dah nak masuk 6 bulan ni, bila bangun pagi tak boleh nak terus angkat sebab dia suka benor selubung dengan selimut. Kalau Ilot tarik selimutnya gerenti menjerit. Hai...apela fe'el anak bujang kecik ni.




woowowowowowooo.... nak main cak ba ke ni adek??? ape punya patern habit baru adek ni....

Last week timbang berat dia untuk 5 month berat dia dah 8.2 kg. Wow! adek membesar bagaikan champion lah. Badan pun dah kuat. After dia main je kat exersaucer tu ada nampak perkembanganlah. I think banyak sangat. Paling power kat kaki dia la. Sekali sepak, boleh tahan jugak sakitnya..auchhh!

Oh, Ilot tak sabar nak tengok dia membesar dan membesar.


ok, bai!

Selasa, 30 September 2014

Aiman belajar tak pakai pampers!

Assalamualaikum.

Hari ni dah masuk hari ke-3 Aiman belajar tak pakai pampers. Hihihi..lucu jugak. Setiap masa asyik ingatkan dia nak kencing ke tak? lepastu cakap dengan dia 'Aiman kalau nak kencing bagitau ummi'.
So far setakat ni malam tadi je dia terkencing kat seluar sebab terlupa. Kalau tidur Ilot masih pakaikan pampers lagi sebab takut dia terkencing pulak. Yelah baru berapa hari je kan? 

Aiman dah nak masuk 4 tahun, dah kena belajar x pakai pampers.. Nanti kat sekolah cikgu marah kalau masih pakai!

Ok, ini pengalaman pertama untuk Ilot. Lepas ni kalau nak ajar Raikal kira dah ada pengalamanlah.
Kita tengok seminggu lagi. Nanti Ummi belikan Aiman hadiah ye...

Bui Bui Bui

Jumaat, 26 September 2014

Seronoknya shopping di SENGHENG ONLINE

Assalamualaikum....

Ya Allah, teruja bila dapat tau sekarang boleh sgopping kat SENGHENG secara online. Perghh...cayalah SENGHENG! Kalau nak tau Ilot memang teringin nak beli barang kat sana tapi kat tempat Ilot duduk ni takde cawangan SENGHENG, so memang agak hampa dan hampeh lerr..

Tapi bila dapat tau SENGHENG sekarang dah buat sistem belian online macamni, apalagi I over lah..nak beli tu, klik sana beli ini...aisey, parah!

Jom kita jenguk apa yang ada kat SENGHENG ONLINE





Ni adalah antara barang-barang yang ada kat SENGHENG ONLINE. Kalau nak tau lagi apa yang ada, korang tengoklah sendiri ye.  Sekarang ni diorang tengah buat sale, nampak tak kotak merah kat setiap gambar? tu semua potongan harga barang tau. Rugi kalau tak beli!

Untuk information korang bolehlah layari http://www.senheng.com.my/

Bagi yang dok nak pindah umah, taktau nak beli barang katne, jangan malu jangan segan sebab diorang tak nampak muka korang, juz klik klik je yoo!

ok bui bui bui


shopping dimana?
haruslah di SENGHENG!!!

Rabu, 24 September 2014

Exersaucer dari Oversea...


Setelah 3 minggu menunggu....

Posmen : Hello Ila, ada barang ko kat pos. Besar betul macam tayar lori. Ko ambik tau, aku takley nak anta.

Ilot : bereh din, petang karang aku ambik..


Bagus betul ada kawan keja posmen, tinggal roger-roger je. 
Wah!!!! exercauser yang beli kat Ebay haritu dah sampai..aduii, cepatla petang....

Akhirnya bila petang menjelma (ehem) Ilot pun pergilah ke pejabat pos. OMG memang besar dabak. Adeihh! orang-orang yang ada kat pejabat pos tu pun pandang slek je sebab parcel Ilot besar, parcel diorang kecik je..ehehehehe..Nak masukkan kat dalam kereta pun payah bebenor! 

Memang eksaitedlah nak bukak bungkusan ni. Sejak 2-3 bulan lepas memang Ilot sibuk Google exersaucer je. Try jugak carik kat area Batu Pahat tapi memang takde jual. Survey-survey online shop, ada pun tak banyak pilihan. Planning asal sebenarnya Ilot nak carik Jumperoo tapi bila tengok balik, macam comel lagi exersaucer lah!. 
Sekalitu Ilot pun survey kat Ebay, masyaallah...banyaknya design yang comel-comel. Memang rambang mata ko! Ingat nak beli brand Evenflo Amazon tu sebab nampak kat IG Irine Nadia, dia belikan Fiska Medina yang Amazon tersangat comel and praktikal. Tapi harga dia tersangat mahal. Yelah, benda ni guna pun tak lama. Nak beli yang over budget macam sayang pulak duit. So, survey punye survey akhirnya dapat jugak yang berkenan dihati...




Oh..memang comel pastu toys dia punya banyak. Yang Ilot beli ni brand Baby Einstein. Masa tengok kat ebay tu, dah terbayang-bayang Raikal kat dalam tu. Hahahaha..imaginasi mak dia melampau-lampau. Anak tak pape, ummi dia yang over.



 Alhamdulillah, tercapai hajat ummi nk tengok Raikal naik Exersaucer ni. Jauh tau ummi belikan..


Abang Aiman sibuk nak naik exersaucer, tapi mana muat, so main-main kat luar je ye...kesian dia dulu ummi tak belikan. Dulu ummi tak tau pun ada benda alah ni.







comel letewww... ;)

Ramai jugak yang tanya Ilot, berbaloi ke beli exersaucer ni sebab harga dia memang agak boleh tahan. Second je pun dah RM3++ inikan pulak baru. Macam Ilot, untuk baru memang agak murah harganya beli kat ebay. Mungkin sebab memang beli kat negara pengeluar cuma shipping dia yg up sikit. Tapi bila difikir balik, klu beli ini yang baru harga dia sama dengan second kat sini. 
Dari segi benefit, certain kata exersaucer dan jumperoo lagi bagus dari walker dan ada yg cakap sebaliknya. Pada Ilot itu semua depend pada ketahanan anak masing-masing cuma dari segi keselamatan memang more pada exersaucer dan jumperoo sebab takde roda. Alah, dulu time Aiman pun Ilot guna walker je.Alhamdulillah Aiman tak pernah cedera.. cuma time Raikal ni Ilot risau kalau naik walker nanti Aiman tolak adeknya. Baik pakai exersaucer je.

So, semua tu terpulang pada kemampuan dan ok or tak ok kepada parents.

Yang penting Ilot happy bila Raikal duk kat dalam tu pastu tangan dia dok lincah main semua toy tu. Tau-tau nanti dia merengek sebab nak tido. Ilot nak buat kerja pun senang hati.

Oklah semua..bui bui bui...