Sabtu, 14 Disember 2013

SWEET DECEMBER

Assalamualaikum....

Rasa teruja nak update entry kali ini. Nak habaq ni...today is my abah befday... yuhuuuuu!
Alhamdulillah, abah masih diberi kesihatan yang baik dan dapat celebrate befday dia today. Hepi befday abah. i love u very much. 

Actually, bulan doblas ni bukan takat sambut befday abah, tapi sambut jugak befday Encik suami tersayang ( 4 Disember ), emak (12 Disember ) abah (4 Disember ). Juga tidak dilupa befday owner blog ni sendiri ye (16 Disember ).  Saje letewww nak expose jugak..hahahaha....

Planning awal kitorang nak belah kek together-gether tapi disebabkan harini mak abah kena pergi Kulai so terpaksala dicepatkan sikit. Tu pun last minit Ilot tempah je kek cheese dengan member. Memang superb la kek dia. Even deco kek dia macam tak best tapi rasa dia mmg nyum nyum....


Atok...cepatla potong kek coket.....
Befday nenek n atuk tp mcm bfday dia aje



 Semoga Allah memberkati hidup kalian...amin
Sayang mak abah

Tengokla tu Muhammad Aiman Darwisy begitu teruja macam kek tu dia punya aje.. hahahah....bertuah punya anak bujang. 

Yang takley tahan, siang tadi diorang dapat potong kek lagi kat umah kakak...hihi 



 fuh...spesel gitu tu keknya... nasibla atuk nenek. Pilihan hati Irfan, Husna and Afif. Mickey pun mickey la... Haha...



Toknek potong kek lagi....




Alhamdulillah...rasa bahagia sangat bila dapat gembirakan hati parents sendiri. Kengkadang dorang bukan nak hadiah yang beribu riban pun, cukuplah anak-anak sentiasa ingat dan sayang diorang selalu. 
Insyaallah mak abah., sampai bila-bila kitorang sayang kalian and jaga kalian dengan sempurna.....


 
 gambar kenangan dulu-dulu...
tetiba rindu time ni.......


* Selamat hari lahir emak, abah....
    kami semua sayang mak abah..... 

Isnin, 18 November 2013

Fisher Price New Born to Toddler Rocker

Assalamualaikum kawan semua...

Aritu Ilot ada bgtau Ilot tengah tunggu parcel Baby Rocker and than janji nak sharing kat next entry. So, for today Ilot nak tunaikan janji. Tujuannya adalah untuk bagi sedikit info kat kaum ibu dan ayah terutama yang baru menimang anak. Kalau nak ikutkan memang masih  baru kandungan baby kat dalam perut tapi setelah difikirkan pro and contras Ilot pun dengan rasa tak bersalah order Fisher Price New Born to Toddler Rocker  ni. 

Kasi tayang sikit....




Itu naaa.... tapi ni gambo kat kotak. Tengok kat gambar tepi tu ditunjukkan beberapa function yg boleh diguna. Bagusnya baby rocker ni adalah boleh menampung hingga berat 18kg. So, bila anak dah besar bolehla adjust jadik kerusi.


Ada 3 peringkat penggunaan baby rocker ni. Memang sangat berbaloi-baloi. 


Sebenarnya kalau tak silap Ilot, baby rocker by Fisher Price ni ada bermacam corak. Tapi harga diorang lain-lain. So, disebabkan Ilot tak tau samaada baby kat dalam perut ni boy or gurl so Ilot pilih jalan selamat dengan memilih Lion and the geng (sesuka hati aku je taruk nama..kih kih kih)

KENAPA MESTI PILIH Fisher Price New Born to Toddler Rocker

KELEBIHAN KEPADA IBU :
- kemudahan bertahun-tahun menggunakan ia kerana
produk ini mampu menahan berat sehingga 18kg.
-Ruang yang selesa bagi memberi susu kepada bayi
anda.
-Mudah dilipat,dibawa kemana-mana
-Dapat mengelakkan penggunaan buai.

KELEBIHAN KEPADA BAYI :
-Selesa
-Getaran yang akan menidurkan bayi anda dengan
lebih lena.
-Permainan interaktif untuk anak anda.
-Boleh berubah-ubah cara penggunaan berdasarkan
umur dan berat bayi.
-Lebih selamat kerana menggunakan bateri(bukan
elektrik


Ok, dari segi harga pulak honestly memang agak mahal sikit. TAPI kalau korang rajin survey memang akan dapat harga yang jauh lebih murah dari yang kat kedai. Ni pun after Ilot beli ni rupanya ada lagi tempat lain yang jual lagi murah. Takpela... bukan rezeki kot. Cuma Ilot nak bagitau kat sini, Ilot beli rocker ni secara online sbb Ilot memang dah terbiasa dengan pembelian secara pos ni sampai posmen tu pun dah kenal Ilot (mana tak kenal kalau posmen tu dah sekampung dengan aku) wakakaka! Sesetengah orang tak suka sbab korang tak dapat belek and tengok secara berdepan. Semua tu terpulang dengan diri korang. Cuma kebanyakkannya beli kat kedai mahal sikit and than kualitinya sama je. So, bagi korang yang malas nak survey harga Ilot bagi no telefon tempat yang jual baby rocker ni dengan harga yang berpatutan

1- Rannia Baby Collection
     No 53, Jln Sagu 15,     
     Taman Daya JB. 
     No Tel : 014-9895124
     Facebook : Hanni RanniaBaby

2- Facebook : Kawaii Shop
    
3- Facebook : BabyBonus
    No Tel : 019-673 2947

Korang tryla survey2 kat situ. Insyaallah nanti korang dapatla apa yang korang nak. 

Hope entry kali ni dapat tolong korang ye...
Sharing is caring...

* Lepas ni nak survey untu bedding set pulak. Bui Bui Bui~~~~ 

Rabu, 6 November 2013

MENGATASI KULIT KUSAM SEMASA HAMIL

Assalamualaikum...

Amboi-amboi...baca title je mesti ada yg teruja kan? Yup, ni semua berdasarkan pengalaman diri sendiri. Ok, untuk pregnant kali kedua ni, Ilot memang ada perasan satu perubahan kat kulit muka and badan Ilot. Kulit muka macam kusam, tak bermaya pastu mcm ada kuar jerawat kecik-kecik kat muka. Lepas tu kan klu korang nak tau, kat badan pun ada kuar jerawat. So, bila sebelum ni tak cam gitu and than skunk jadik cenggitu of coz ler Ilot risau kan?? 

Sebenarnya untuk ibu-ibu mengandung macam Ilot, tu semua tak mustahil sebab bila kita mengandung, perubahan pada hormon memang berlaku. Macam Ilot pulak, masa mengandungkan Aiman, takdela pulak rasa mcm ni. Tu yang kengkadang ada orang cakap kalau muka mak dia kusam pregnant anak pompuan letewww sebab seri mak dia diambik si anak dalam perut. Heheheheh...org dulu-dulu kan... Tapi, Ilot tak kesah dapat baby boy or pompuan asalkan sihat dan membesar dengan sempurna. 

Baiklah, untuk mengatasi masalah kulit kusam ni  Ilot suggest pakai 



Krim Ku-Neng (Yellow Cream) dari DNARS SKINCARE

Cara nak pakai? 
Every night sebelum nak tido Ilot sapu tipis-tipis kat muka. Krim ni lagi satu memang bagus untuk ilangkan parut-parut jerawat dan jeragat kat muka. Lagi satu, boleh elak jerawat keluar.

Memula pakai memang muka kuning sikitla (dah nama pun Krim Ku-neng). Tapi pesan kat encik suami dan si anak, jangan takut... ni muka org bukan muka org sakit kuning.... wakkakakakak!


Bagi merawat jerawat kat badan pulak, Ilot guna sabun

 Whitening Body Soap 


Alhamdulillah, jerawat kat badan dah takde dah sekarang... Memang tak selesa tau kalau jerawat kuar kat badan. Bila berpeluh je comfem badan rasa pedih and gatal. Dan, superbestnya sabun ni bau dia giler wangi.... bagi kaum ibu mengandung yang ada masalah bau badan pakaila sabun ni..Insyaallah, bau badan akan hilang....

Hahahahah.... best kan produk Dnars Skincare ni. Sangat memahami  condition si pemakai. Paling penting ianya 100% selamat utk dipakai oleh IBU MENGANDUNG. Jadi, toksahla nak risau kalau Dnars ni bahaya ke apa ke untuk baby dalam perut. 


Ok, sayang semua. Semoga entry kali ni dapat bagi info sikit kat korang yang hamil. 




Last but not least








Bui Bui Bui.....



Selasa, 29 Oktober 2013

Hidup Kami Bersama Orang Baru...

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak melepaskan rindu pada blog ni. Serius, Ilot merindukan blog ni sangat-sangat. Actually, ramai jugak yang tanya kat Private mesej kat facebook, bila nak update blog, mcm dah lama tak update. Dalam hati, oh ada jugak yang sudi untuk baca blog aku nih...Thanks semua. 

Sebenarnya Ilot dah lama tak update blog bukan sebab merajuk ke, lupa daratan ke apa ke..bukan ye....
Ilot busy sikit dalam sebulan yang lepas. Ilot and suami sibuk angkut barang ke rumah baru dalam erti kata yang sebenar pindah ke rumah sendiri... Yeeeaaaaahhhhh!!!
So, mesti korang dapat bayangkan betapa banyaknya barang yang kitorang kena angkut. Nasib baik kitorang takde masalah dalam urusan transport and sewa lori. Rumah yang kitorang duduk sebelum ni rumah sewa. Rasanya dah 3 tahun jugak kitorang dok kat sana. Seingat Ilot dari Ilot pregnantkan Aiman 6 bulan kitorang masuk sana. Memang banyak kenanganlah. Kat situlah Aiman membesar.

Kenangan kat pintu depan umah sewa... ;)


Berlatar belakangkan ruang tamu rumah sewa

Macam mimpi tau bila dah berpindah kerumah sendiri. Hari pertama stay kat rumah baru, perasaan tenang sangat. " Inilah rumah aku sampai aku mati" Yup, tula yang terdetik kat hati. Ilot beruntung sebab ramai kengkawan sebaya Ilot masih lagi ada yang collect duit untuk buat rumah sendiri. Hei, dont give up okehhh! 

Rumah ni sebenarnya dari sebelum raya dah siap cuma kitorang yang tak nak pindah dulu coz nak tambah dapur. Yelah, dapur yang ada ni kecik pulak, Ilot pulak suka main masak-masak. so, tu yang request kat encik suami nak besarkan dapur. Alhamdulillah impian Ilot tercapai....

Masa tengah sibuk-sibuk kitorang nak pindah, dalam masa yang sama Ilot macam rasa tak sedap hati taw. Dah dekat 2 bulan period Ilot tak datang. So, Ilot pun check kat tester and alhamdulillah POSITIF. Ya Allah...betapa mewahnya rezeki yang Kau telah berikan. memula Ilot juz bagitau kat suami je. Dia memang suka sangat!


Buku merah time Aiman dan baby

Betullah kan orang kata, rezeki anak tu memang besar. Dalam merancang nak itu ini Allah bagi satu lagi rezeki yang tak ternilai. Mula-mula takut jugak kalau Aiman meragam itu ini sebab ramai org cakap, kalau nak dapat adik ni nanti abang meragam. Entah ek, sebab Aiman ni suka melekat dengan umi dia so tak dapat beza dia meragam ke tak.Sama je macam selalu. Hehehehehe....

 Ok, ni umi dia tadi jenjalan and ternampak benda comel ni...so umi dia laju-laju capai. RM5.00 je sekotak, so apedehal kannn??? hihiiiii...
Rasanya selamat ni utk boy or gurl. Tayang kat Aiman dia jeles pulak..hihi,...

So, tadi Ilot tempah Todler Newborn Rocker by Fisher Price kat

babybonus 

Nanti kalau dah sampai Ilot update kat New entry ye....tunggu.....

Sabtu, 31 Ogos 2013

KITA YANG UBAH DIRI KITA



Kita sebagai manusia sentiasa diberi pilihan untuk menjadi susah atau senang. Kalau nak senang pun masih lagi dibagi peluang samaada nak rajin uaha atau malas. Tapi hamba Allah yang terlalu banyak kekurangan, kita selalu cakap dah Allah takdirkan kita macam ni.... Hey! Tu kata-kata orang yang loser u know..!

Sebenarnya, bukan senang nak jadi senang. Bagi manusia yang baru berumur 25 tahun ni, banyak benda yang Ilot kena usaha. Usaha untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna, usaha untuk jad ummi dan isteri yang baik dan macam-macam lagi... 24jam kini dah tak cukup untuk Ilot. Masa kena dibahagi dengan sempurna. Kadang macam tak cukup energy nak buat semua ni tapi alhamdulillah, sokongan suami dan all family memang sangat membantu.

 Today, i'm working hard. But tomorrow my dream is coming true... Insyaallah


Rabu, 28 Ogos 2013

FLORAL MASK by DIAN PIXY

Assalamualaikum semua...

Sape ada  masalah black head dan white head yang kronik? Sape yang nak sangat tanggalkan sel kulit mati kat muka biar muka bersih dan tak berkerak??

Introducing....




YEAHHHH!!!

Nilah dia masker best + bagus sesangat. Kenapa Ilot cakap bagus? 
Sebab dia boleh remove bintik-bintik putih dan blackhead kat muka terutama sekali kt  bahagian hidung. Cer korang peggang and raba part hidung korang, mesti ada rasa macam menggerutu kan???
(eleh...tanak ngaku letewww)


 Eeewwww...geli kan bila tengok byk bendasing yg melekat kat FLORAL MASK
   tu. 

siapa mereka ini yang serba ungu di muka??????

 artis youtube popular #ainantasneem , dan 3 org blogger popular #fatinliyana , #yuyuzulaikha , #benashaari
Tengok tu, org popular pun dah cuba FLORAL MASK tau!


How to using FLORAL MASK ?


Make sure tunggu kering taw baru tarik! lepas tu korang nmpkla kekotoran kat muka korang tanggal dengan rakusnya...wakakaka!

So, kepada sesiapa yang ingin mencuba silalah membuat tempahan dahulu ye.
PM/SMS Ilot segera untuk tempahan

Ilot Naim : 013-7102657

Isnin, 12 Ogos 2013

KURUS SEMULA SELEPAS RAYA DENGAN BIUTY SLIM

Wah..gempak kau title Ilot taruk tuh. KURUS SEMULA so that mean lemak-lemak degil yang mula nak bersarang after korang melantak 50 bijik ketupat, sepinggan besar rendang, sebalang almond london dan 5 botol air sarsi F&N (adekah perutmu seperti tong sampah kawan??? hik hok hik hok ), perlu disental keluar dari perut dan usus-usus kite perlu dibersihkan supaya penyakit banyak lemak tidak bersarang. Actually, Ilot bukan ape, tuan tanah kedaung blog ni pon time raya ni melantak tak hengat dunia kau! setiap umah kuih raya ku bedal dengan rakusnya (ngeh ngeh ngeh). Dan paling syoknya, ilot pantang nak berkata TIDAK pada ketupat dan sayur lodeh... OME (oh mak engko!).

So, untuk mengawal berat dan ingin memastikan lemak tak terkumpul everyday Ilot akan telan BIUTY SLIM


 DILULUSKAN OLEH KKM 
MAL 20034671TC



Formulasi bahan yang terkandung di dalamnya telah digunakan sejak zaman-berzaman lagi bagi mengatasi masalah berat badan yang berpunca daripada keturunan, corak pemakanan yang tidak sihat dan juga gaya hidup yang tidak sihat. Ia bertindak dengan memudahkan pergerakan usus menolak segala bahan buangan, lemak, toksik yang mermudaratkan pada badan keluar dari tubuh secara semulajadi melalui proses pembuangan air besar tanpa mengakibatkan cirit birit yang teruk kerana kombinasi herbanya menepati dos yang ditetapkan.
 
 
 
 
 FUNGSINYA IALAH :
~ Membina otot tanpa lemak dan menindas simpanan lemak.
~ Anti selulit - menghapuskan kesan kulit limau.
~ Termo - genesis - melanjutkan kesan pembakaran lemak serta menukarkan lemak kepada tenaga.
~ Menyelaraskn fungsi tubuh dan metabolism ke paras optima atau kebolehan membakar kalori tanpa menghasilkan kesan sampingan negative pada sistem saraf pusat dan sistem kardiovaskular.
~ Mengawal perasaan lapar /selera makan.
~ Meransang gerakkan usus dan meningkatkan kadar penyerapan zat-zat dan air di dalam usus kecil & besar.
~ Mengurangkan kolestrol.
~ Melegakan sembelit dan keletihan.
~ Menyingkirkan toksin- toksin dalam tubuh badan.

Cara Pengambilan :
* 60KG Kebawah - 4biji Selepas Makan Petang/Malam
* 6OKG Keatas - 6biji Selepas Makan Petang/Malam

HARGA : RM39.90/UNIT

Berat : 100 kapsul
Sebelum tu Ilot nak tekankan kat sini, mesti banyakkan minum air masak. Insyaallah proses pembakaran lemak akan lagi cepat bertindak.
So, pada yang berminat jangan malu - malu untuk contact Ilot di no 013-7102657 dan link untuk FB dan page FB Ilot ade kat tepi tu..
 
Korang boleh tekan salah satu and pm untuk pertanyaan dan tempahan. Insyaallah, harga dan paling penting khidmat konsultansi akan diberi <3

Oklah korang...
bui bui bui....
* cantik tertarik menarik engkau memang deboom!