Ahad, 19 Oktober 2014

Akhirnya dapat gambar berEmpat!

 Assalamualaikum everybody!!!

Since lepas bersalinkan Raikal, belum ada lagi gambar bersama. Yang ada masih bertiga, itu pun time Aiman 2 tahun. Memang sadis betul keluarga ini, sampai gambar penuh sekeluarga pun non hado!

Namun begitu....











tara.......!!!!!!!






















eh..mana ni??











scroll lagi lah




















 

Ok, ayah tengah syok sendiri layan lagu, Aiman dengan ummi mata terpejam sebab bujet tula gaya paling cun..adek pulak..ermmmm, pasrah ajo lerrr 

fine, inilah gambar family ku yang ada, terima sajela seadanya...


dah, nak merajuk dulu, sob sob sob...

bui bui bui

Khamis, 16 Oktober 2014

Memilih untuk setia




Kadang kita diberikan kesulitan disaat akhir untuk menempuhi apa yang dirancang. Allah menguji sejauh mana kita mampu menghadapi dan bagaimana kita mengatasi. Dengan akal, hati, perasaan atau dengan iman.

Kalau korang dah tengok video kat atas tu and tengok liriknya, yup Ilot nak kongsi sedikit dari pengalaman Ilot sendiri. Maybe ada reader yang tengah baca ni mungkin dalam persimpangan nak memilih 'pilihan' yang mana kan? Harap entry kalini takde yang nak provok ye.... mudah-mudahan ianya dapat membantu sesiapa yang mengalaminya sekarang.

Bila kita bertunang, kita akan mengalami 1 fasa dimana kita perlu bersedia untuk menerima kekurangan dan kelebihan partner kita. Masa tu kita dah tau 95% semua pasal dia. Dan yang paling famous, masa tu kita dipanggil 'darah manis'.
Time darah manis tu masyaallah, dugaan memang banyak sangat, kadang yang tak disangka terjadi.
Dihujung tempoh pertunangan didatangi dugaan dengan berjumpa insan lain, dan hubungan kawan berlanjutan hingga ada perasaan something. Apa yang perlu dilakukan?

** jika boleh dielak, elaklah dia kerana banyak perasaan yang akan terluka.
** ingat Allah, ingat keluarga, ingat semuanya...
**paling penting solat istikharah...minta petunjuk jalan mana yang elok, semoga Allah memberi jalan yang terbaik dan tunjukkan mana yang baik untuk diri sendiri.


Kita hanya merancang, Allah yang tentukan,,,,







Jumaat, 10 Oktober 2014

Perempuan dan handbag!

Oh my Gucci..oh my prada...

Hahahaha...oh, perempuan..ko memang suka kan kalau bab handbag? Ok, sapa yang tak suka beli handbag? waima korang beli juz kat pasar malam, yang ori, yang tak ori, yang murah or yang harga beribu hengget. Mesti 100% komfem korang suka bag. 
Kalau Ilot korang toksah tanyalah, i'm so obses dengan namanya handbag!
Dulu time sekolah pun ilot suka kumpul bag. Hari isnin beg tu hari selasa beg ni..macam tulah seterusnya.

Bila dah naik usia, pengaruh kakak yang suka beli bag memang banyak menghasut (ampunkan daku wahai kakak, tak masal ko pun terlibat dalam ini cerita). Ceh, mula-mula tu juz beli beg longgok yang ada kat mall. Biasa brand Polo or ntah brand apa ntah. Dapat beli bag tu yang harganya RM50 lebih terasa macam muahall gituww. Balik umah asyik dok kelek beg tu je. Hahahah...
Lepastu dah kerja lama, gaji dah up ditambah pulak dengan keinginan nak pakai beg yang ada nama so bermulalah Ilot beli beg jenama Carlo Rino, Sembonia, Guess... 
Time tu memang keraplah beli. Ilot pernah beli beg 3 biji dalam masa sebulan. Semua tu brand Carlo Rino yang harganya RM3++. Masyaallah..boros tahap gaban tau! isk isk isk....


 Ni sebahagian. Ada yang dah bagi emak. Ada yang dah rosak pastu sayang nak buang, Letak je dalam almari buat pekasam. Yeaa....bagus bagus !



Nah, sumbat semua dalam beg. Handphone,wallet, organizer. Paling best siap letak pampers anak-anak bujang ni, minyak vicks dengan towel kecik. Lipstik dengan compact powder dah kelaut. Tak muat nak masukkan, huhuuuu...sob sob sob...

Persoalannya, penting ke bag banyak-banyak tu? siap ada yang sanggup keluarkan duit ribu riban untuk sebijik handbag. Jawapannya simple...tepuk dada tanya diri sendiri. Pernah tengok cerita omputih ''When the devil wear Prada''? lakonan Anna Hathaway. Kat situ ada guy cakap, bag itu bukan pasal kita nak masukkan barang dalamnya. Tapi kepuasan bila membawanya. Yup, maybe kot!

Ok, last question nak korang bagi suggestion yang mana 1 cun??


ini ke..


 atau yang ini???




***peace suamiku! jangan dok jeling-jeling ye.ihihiiii ;)


bui bui buiii....

Nak Rambut Lurus Je??? jom jom jom

Assalamualaikum...

Best giler dengan shampoo Sunsilk sekarang ni. Aritu Ilot ada cerita pasal shampoo Sunsilk Lively Clean kan? Now, dengan rasa terujanya Ilot nak cerita pulak pasal  satu lagi keluaran yang superb dari Sunsilk iaitu SUNSILK CO-CREATIONS PERFECT STRAIGHT WITH STRAIGHT LOCK TECHNOLOGY

Masyaallah....cantek kaw bila tengok botol dia yang kaler pepel tu. Tu baru tengok botolnya je, baik korang cepat-cepat try guna shampoo ni.


Bestnya shampoo ini adalah bila korang rushing nak kuar, pastu rambut belum kering mesti  korang akan takut, nanti ranbut menggerbang macam Hantu Kak Limah kan? But bila guna je shampoo
SUNSILK CO-CREATIONS PERFECT STRAIGHT WITH STRAIGHT LOCK TECHNOLOGY ni korang tak perlu risau semua tu. Bila rambut uolzz dah kering, rambut tu akan lurus dengan sempurna secara otomatik sebab sekarang Sunsilk menggunakan Teknologi Straight Lock. Best kan??

Bagaimana cara yang betul untuk mendapatkan rambut yang kekal lurus menawan dengan SUNSILK CO-CREATIONS PERFECT STRAIGHT WITH STRAIGHT LOCK TECHNOLOGY? Caranya adalah :

1) Basahkan rambut secara rata bermula dari kulit kepala hingga hujung rambut. Cuci betul - betul sehingga semua kotoran atau benda asing hilang dari melekat di kulit kepala dan rambut.

2) Tuangkan syampu terus ke atas rambut atau keatas tapak tangan. Lumurkan syampu secara rata dengan kuantiti yang sesuai. Jangan terlalu sedikit (kedekut) atau terlalu banyak.

3) Urut kulit kepala dengan menggunakan hujung jari, BUKAN  dengan kuku. Urut dalam 10 minit dan diikuti mengosok rambut. Tujuan mengosok rambut yang telah disapu syampu adalah bagi memudahkan syampu yang telah diperkaya dengan "STRAIGHT LOCK TECHNOLOGY" menyerap masuk ke dalam struktur rambut. Gosok dari arah atas ke bawah  dalam masa 3 -5 minit.

4) Biarkan dalam 3 - 5 minit , bagi merehatkan akar rambut dan struktur rambut itu sendiri.

5) Basuh dan bilas dengan menggunakan air dan gosok kepala serta rambut sehingga tiada lagi kesan syampu di atas rambut.

6) Ulangi langkah 2 sehingga langkah 5

7) Lap sedikit @ pastikan rambut didalam keadaan lembap, bukan dalam keadaan basah sebelum menggunakan SUNSILK PERFECT STRAIGHT NOURISHING  CONDITIONER.

8) Tuang SUNSILK PERFECT STRAIGHT NOURISHING  CONDITIONER dalam kuantiti yang mencukupi diatas tapak tangan.

9) Sapu SUNSILK PERFECT STRAIGHT NOURISHING  CONDITIONER keatas rambut. Pastikan tidak terkena kulit kelala.

10) Sapu dan pastikan SUNSILK PERFECT STRAIGHT NOURISHING  CONDITIONER rata ke seluruh rambut . Sapu dengan cara menyapu @ mengosok dari atas ke bawah

11) Urut rambut dalam masa 3 - 5 minit dari arah atas kebawah

12) Biarkan rambut selama 1 minit agar semua khasiat SUNSILK PERFECT STRAIGHT NOURISHING  CONDITIONER menyerap ke dalam rambut.

13) Basuh dan bilas rambut dengan air yang mengalir sehingga cuci dan kesan SUNSILK PERFECT STRAIGHT NOURISHING  CONDITIONER tidak lagi kelihatan semasa mencuci rambut.

14) Balut rambut dengan tuala bersih dan biarkan dalam 10 - 15 minit. Kemudian, biarkan rambut kering dengan cara semulajadi atau menggunakan pengering rambut.


Yang bestnya lagi adalah, Sunsilk ada tawarkan hadiah bernilai RM10000.00 termasuklah baucer percutian di HOTEL GRAND HYATT, KUALA LUMPUR. Ya Allah..bestnya!!!

Untuk makluman lanjut bolehla korang jenguk dekat https://www.facebook.com/SunsilkMalaysia 


Khamis, 9 Oktober 2014

Ikan Masak Singgang

Assalamualaikum.

Tak tau nak masak apa? ha..meh sini, Ilot nak sharing resepi Ikan masak singgang. Kalau duduk kampung, tak reti nak masak singgang macam malu lah. Senang je nak masak ni. Punya senang sampai budak darjah 6 pun tau nak masak ni. Seriyes! Ilot tak tipu... 

ok, jom kita masak!

 
Bahan untuk ditumis
seulas bawang besar (potong mayang)
4 biji bawang putih (diketuk)
 cili padi (di potong dua)
halia (dipotong)
kunyit (ditumbuk )
serai (dititik)

 Daun kunyit (masukkan kendian)


 Ok, masukkan minyak. Bila dah panas, bahan untuk ditumis. Tumis sehingga naik bau.


 
Masukkan air (agak-agak imbang dengan ikan yang nak dimasukkan, jangan banyak sangat, nant kecayiren..huhuhu)


Masukkan asam keping (boleh juga ganti dengan masukkan tomato. Nak masukkan asam keping ngan tomato pun boleh. Tapi balance kan ye, biar tak masam sangat)

 Bila rempah dan air dah sebati, tunggu sampai air tu macam nak mula mendidih. Ohye, lupa pulak... bubuh garam, ajinamoto ikut sesuka korang.

Masukkan daun kunyit




Ok, ada certain orang dia tak tutup time nak biar ikan tu masak. Tapi Ilot suka tutup, so ikan tu masak macam ala stim dan yang penting ikan tak hancur. Rasa ikan tu pun lagi sedap. (depend kat korang ye. 
Ok, bila dah rasa semuanya dah complete, ikan dah masak boleh matikan api. Singgang ni sodap kalau korang buat sambal belacan pastu buat telur dadar..pergghhhhhh! mantap!

Ok, selamat masak untuk esok ye!


** sengaja post entry ni tengah malam, esok pagi korang dah tak pening nak masak apa. 

bui bui bui~~~~

Selasa, 7 Oktober 2014

Mak-mak sangat!

Assalamualaikum.

Ilot start menjadi ummi yang vouge time 2011. Ok, vouge itu harus dianggukkan walau terpaksa ye..hahahha. Peh, menjadi seorang emak ni rupanya bukan satu tugas yang senang. Pernah satu masa dalam sibuk kemas itu kemas ini, lepas tu konon nak baring kejap lepaskan penat. Baru nak rasa selesa tetiba 'ummi..!!!' adei..... terpaksalah bangun jugak melayan perangai anak-anak. 

Sebab tu kan, bila orang cakap ''anak ko gini anak ko gitu'', Ilot ada rasa touching yang melampau. Nak jugak kadang membalas dengan bahasa yang kesat tapi untuk apa? Oh, takpelah...its ok. 
Maybe memang satu benda yang normal kerana mulut dan pemikiran manusia itu tidak sama. Kita rasa kita betul but untuk orang lain mungkin tak.

Sebenarnya benda ni bukan Ilot sorang je yang rasa. Ilot ada borak dengan kawan lama kat whatsapp, Ilot tanya " korang rasa sentap tak bila orang kata anak ko ni tak macam anak si polan, ko ni salah didik anak, ko ni garang sangat ko gitu ko gini''
So kawan pun jawab " of course sangat sentap Lot. Kita mengandungkan dia 9 bulan, selama tu kita rasa segala hormon kita berubah. Kita loya, pening, kena cucuk amik darah tiap bulan...tu belum keluar strechmark kat sana sini. Bila nak bersalin, kita sakit lagi kena seluk untuk ukur berapa cm, kena cucuk kat tangan untuk pasang salur ubat. Dah bersalin, sakit pulak kena jahit...bla bla bla...(banyak sangat yang dia cakap) sebab tu kita memang patut untuk rasa sensitif. ''
Pengalaman kawan Ilot lagi sedih. Anak dia ada komplikasi masa baru dilahirkan dan kena tahan kat wad sangat lama. Tapi yang tak patutnya adalah, saudara mara salahkan kawan Ilot kerana tak jaga pantang larang masa mengandung. Dan bila anak dia dah dekat setahun, dia punya perkembangan agak lambat sikit. Masa tu lagi teruk dia kena hentam. 

That's why if kita tak nak orang lain buat kat kita macam tu, kita jangan buat macam tu kat orang lain. Sepatutnya berikanlah semangat, doa dan pertolongan. Bukan cemuhan, umpatan dan tuduhan. Semua yang jadi kat kita ni adalah ciptaan dan dari kuasa Allah. 
Sebab tu, bila Ilot tegur seorang sahabat lain yang belum berkahwin untuk jangan mengata anak orang, dia akan cakap '' ko ni mak-mak sangatlah Lot''Ilot jawab ''kalau ko dah ada anak ko akan akan rasa apa yang aku rasa ni''


alhamdulillah syukur....



Sabtu, 4 Oktober 2014

Sangat terkesan!

Lately baca status kawan-kawan sebaya Ilot yang baru nak menapak dalam hidup mengeluh. Oh, minyak naik lagi 20 sen. Macam sikit, tapi bila dah naik ofcoz secara otomatik harga barang akan naik. 
Macamana kitorang nak kumpul aset? nak beli rumah? nak beli kereta? nak tambah tabungan untuk sekolah anak esok? nak tambah simpanan dalam bank? wooo......sangat terkesan beb! itu baru sikit, banyak lagi impact kat rakyat.
Macam minggu lepas. Susu anak dah naik harga. Bukan singgit dua, terus naik 5 hengget kau! macamanalah yang pendapatan isi rumahnya RM1500.00 pastu binik tak kerja. Dengan kos belanja anak sekolah. 
 
Oh..takpelah. Rezeki ada dimana-mana. Cakap lebih-lebih nanti diri sendiri juga yang merana. Hanya luahan perasaan mewakili kawan-kawan seangkatan.


 huhuhu...pandai org tu buat kira-kira. Tu congak pakai sampoa ke?? tak masal kena sound dengan Abam Bocey
 

Apa nak buat? redha sajelah. Bak kata seorang kawan, biarlah minyak naik lagi, kerana lama-lama minyak turun jugak dari takuknya...ermmmmmm 


 ukur baju kat badan sendirilah Lot, nak jimat kan? baju ngandung ko pakai je...